Ahad, 27 Disember 2009

penyelewangan syiah(5)

Kongsi

3.2.3. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM.

i. Menziarahl Kubur Saidina Husain, Ganjarannya Syurga

Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga, perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-lrsyad oleh as-Syeikh al-Mufid halaman 252. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:

Terjemahannya;

"Sesiapa yang menziarahi Husain selepas wafatnya nescaya ia akan memasuki syurga"

ULASAN

Tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadith sahih Nabi s.a.w. yang menyatakan bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga. Tetapi yang jelas di dalam hadith nabi s.a.w yang menyatakan bahawa orang yang menziarahi kubur nabi s.a.w. akan pasti mendapat syafaatnya. Ini bertepatan dengan sabda nabi s.a.w yang bermaksud,

" Sesiapa yang menziarahiku di Madinah dengan tulus ikhlas, nescaya aku akan menjadi saksi dan pemberi syafaat kepadanya pada hari kiamat."

( Riwayat al-Baihaqi)

ii) Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 98:

Terjemahannya:

Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Husain.

Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian syahid Saidina Husain. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lubnan pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan. Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala' hingga sampai kepada bait ini iaitu:

"Berapa ramai orangyang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh."

Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa Imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati syahidnya Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. dan kelebihan-kelebihan mereka.

ULASAN

Upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana perbuatan seumpama ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud,

"Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam Islam telah ditentukan adab sopan ketika menziarahi jenazah iaitu dengan membanyakkan doa ke atas simati supaya diampunkan dosanya. Dilarang meraung-raung ke atas kematian seseorang, tetapi dibolehkan menangis tanpa suara yang kuat. Ini bertepatan dengan sabda nabi s.a.w. yang bermaksud,

"Daripada Ibn Umar ra., bahawasanya Rasulullah s.a. w. telah menziarahi Saad bin Ubadah bersama-sama baginda ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abu Waqqas dan Abdullah bin Mas'ud, Ialu Rasulullah s.a.w. menangis. Maka apabila orang ramai melihat Rasulullah s.a.w. menangis, merekapun menangis, lalu Baginda bersabda, " Tidakkah kamu mendengar bahawasanya Allah
S. W. T tidak akan menyeksa (mayat) kerana air mata dan kesedihan hati, tetapi Allah S. W. T menyiksa atau merahmati seseorang kerana ini, lantas Baginda menunjukkan lidahnya."

(Riwayat al-Bukhail dan Muslim)

ii. Menghina Isteri-isteri Nabi s.a.w.

Golongan Syiah juga jelas menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tuhfah al-'Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain. hal. 330:

Terjemahannya:

"Ya Allah, laknatlah olehmu dua berhala Quraisy dan dua Thagut, dua pendusta, dua anak perempuannya yang mana mereka berdua menyalahiperintah engkau, mengingkari wahyu engkau, mengingkari nikmat engkau dan menderhaka terhadap wahyu engkau dan mengubah ugama engkau dan menyelewengkan al-Quran dan mencintai seteru engkau dan mengingkati nikmat batin engkau dan menggagalkan perkara perkarafardhu engkau dan melanggar ayat-ayat engkau dan memusuhi wali-wali engkau dan melantik musuh engkau dan memerangi negara engkau dan merosakkan hamba-hamba engkau. Ya Allah laknatlah mereka berdua dan pengikut-pengikut mereka berdua dan wali-wali mereka dan penyokong-penyokong mereka, kekasih-kekasih mereka. Maka sesungguhnya mereka telah meruntuhkan institusi kenabian."

ULASAN

Isteri-isteri Nabi adalah Ummahatul Mukminin. Merekajuga adalah tergolong dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. yang adil. Oleh itu haram bagi orang mukmin menikahi mereka selama-lamanya, selepas wafat Rasulullah. Mereka wajib dihormati dan tidak boleh dicaci dan dicela rnereka. Ini dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud,

"Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada dial mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka........

(Surah al-Ahzab ayat 6)

Firman Allah S.W.T. lagi yang bemaksud,

... Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.

(Surah al-Ahzab ayat 53)

Merekajuga merupakan orang yang bekerjasama dengan Nabi s.a.w. dalam meyebarkan dakwah dan menegakkan syiar Islam kepada masyarakat di zaman mereka.

iv. Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua Keadaan

Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) hal. 36:

Ja'fari: Harus menjamakkan di antara sembahyang Zohor dan 'Asar, Maghrib dan 'Isya' sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebarang sebab.

ULASAN

Mengamalkan sembahyang jamak tanpa sebab secara berterusan adalah beitentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan amalan para sahabat Rasulullah s.a.w. Dalam syariat Islam, kedudukan hukum dipandang melalui kemudahan atau kesulitan melaksanakannya iaitu yang disebut Azimah dan Rukhsah. Azimah ialah sesuatu hukum yang kekal dengan hukum asalnya. Ia tidak berubah dengan adanya sebab-sebab seperti sembahyang lima waktu dikekalkan jumlah rakaat mengikut waktunya. Manakala Rukhsah ialah suatu hukum yang diharuskan kepada orang Islam melakukannya disebabkan adanya sebab-sebab keuzuran dan kesulitan dan sekiranya tanpa sebab-sebab di atas, haram berbuat demikian, seperti sembahyang jamak dan qasar diharuskan pada masa musafir (6).

v. Imamah dan Khilafah Sebahagian daripada Rukun Islam dan lanya Berlaku Melalui Nas

Golongan Syiah mendakwa Imamah dan Khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 145-146:

Ja'fari: Imamah dan Khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.

ULASAN

Pendapat ini hanyalah rekaan semata-mata, sedangkan di dalam Islam jelas menyatakan bahawa rukun Islam hanyalah lima perkara sahaja. Ini adalah berdasarkan hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,

"Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a. w. pesuruh Allah, menditikan sem-bahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan "

(RiwayatAhmad, al-Bukhati,Muslim, Tirmidhi dan al-Nasai)

vi. Sembahvang Duha Adalah Bid'ah

Golongan Syiah mendakwa sembahyang Duha adalah bid'ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terj emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 31:

Ja'fari: Sembahyang Duha adalah bid'ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah s.a. w. yang ditiwayatkan oleh al-Humaidi di dalam al-Jami'Baina al-Sahihain daripada Marwan al-'Ajali, dia berkata : Aku berkata kepada Ibn Umar, "Anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab, tidak. Aku pun bertanya lag4 Abu Bakr? Dia menjawab: "Tidak, " Aku bertanya lagi: Nabi s.a.w.? Dia menjawab: "Tidak." Humaidi pula meriwayatkan datiaisyah di dalam MusnadAisyah, dia berkata, sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah bin Umar juga berkata, "Sembahyang Duha adalah bid'ah dati segala bid'ah. "

ULASAN

Pendapat di atas bertentangan dengan hadith-hadith sahih yang menyebut tentang pensyariatan sembahyang Duha ini. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

"Daripada Abu al-Darda'ra. katanya Nabi Muhammad s.a.wtelahmenasihatkankutentang3perkarayangaku tidakpernah meninggalkannya selama aku hidup iaitu berpuasa 3 hail bagi tiap-dap bulan, sembahyang Duha dan aku tidak tidur kecuali aku telah mengerjakan witir".

(Riwayat Muslim Abu Daud dan al-Nasai)

"DaripadaAbu Hurairah ra. katanya: Telah menasihati daku oleh kekasihku s.a.w. dengan berpuasa tiga hari bagi setiap bulan, sembahyang dua rakaat Duha dan aku mengeilakan sembahyang witir sebelum aku tidur".

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Tirmidhi)

"Daripada Abu Zar r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Setiap pagi setiap anggota kamu bersedekah, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh dengan kebaikan adalah sedekah dan menegah daripada kemungkaran adalah sedekah dan memadailah dengan yang sedemikian itu dengan menditikan sembahyang Duha dua rakaat".

(Riwayat Muslim)

vii. Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji

Golongan Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnya Haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi.Ibrahim hal. 55:

Ja:fari: Islam bukanlah syarat wajibnya haji.

ULASAN

Perkara ini amat bertentangan dengan al-Quran dan hadith. Telah jelas diterangkan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah',"

Ayat ini dengan jelas menyatakan perintah Allah kepada orang-orang yang beragama Islam sahaja dan tidak ditujukan orang-orang yang bukan Islam. Sementara hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Wahai manusia, ambillah (daripadaku) cara-cara mengerjakan haji kamu, maka sesungguhnya Aku tidak mengetahui kerana berkemungkinan aku tidak dapat lagi mengerjakan haji lagi selepas tahun ini."

(Riwayat al-Nasai)

Hadith ini ditujukan kepada para sahabat Nabi yang beragama Islam sahaja. Sementara hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibnu Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

"Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu, mengucap dua kalimah syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."

Jelas hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa antara ciri-ciri seorang Islam itu ialah mengerjakan haji, sedangkan mengerjakan ibadat haji bukanlah menjadi amalan orang-orang bukan Islam. Sementara ibadat haji yang dilakukan oleh orang-orang musyrik di zaman Jahilliyyah dahulu adalah dengan cara bertela ' niang. Apakah cara mengerjakan haji seperti itu sesuai diamalkan di zaman sekarang ini dan berhujah mengatakan Islam bukan syarat wajib haji, sedangkan perbuatan seumpama itu tidak diterima Allah dan tidak boleh diterima pakai di zaman ini. Sudah jelas apabila datangnya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., dengan sendirinya amalan-amalan di zaman Jahiliah itu telah ditolak oleh Islam.

viii). Wajib Menyapu Kedua Dua Kaki Dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-Keduanya.

Golongan Syiah mendakwa wajib menyapu kedua-kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, ter . emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 13 - 14:

Ja'fari: Wajib menyapu kedua kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua duanya. Ini juga adalah pendapat sebahagian para sahabat, tabiin seperti Ibn Abbas, Iktimah, Anas, Abu al-Aliyah dan al-Syabi.

ULASAN

Pendapat ini adalah bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah dan para Qurra' dan Ahli-ahli Tafsir yang muktabar. Jelas dinyatakan di dalarn hadith Nabi bahawa anggota wuduk yang wajib dibasuh termasuklah kaki. Sebagaimana sabda Baginda yang bennaksud,

"Dari Humran, bahawa Uthman bin Affan r.a. (minta dibawakan kepadanya) air untuk mengambil wuduk, Ialu ia berwuduk iaitu (mula-mula) ia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali, kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air kehidung serta meng-hembuskannya, kemudian ia membasuh mukanya tiga kali, kemudian ia membasuh tangan kanannya meliputi siku tiga kali, kemudian tangan kirinya seperti itujuga, kemudian ia menyapu sedikit dari kepalanya, kemudian ia membasuh kaki kanannya meliputi buku lali tiga kali, kemudian kaki kirinya seperti itu juga. Setelah itu ia (Saidina Uthman) berkata; " Aku melihat Rasuluilah s.a.w. berwuduk, sepertimana wuduk ku itu ."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

dirujuk dr Jakim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan