Khamis, 30 Disember 2010

Perayaan Tahun Baru

Kongsi


Tatkala lembaran kalender tinggal satu lembar sahaja, menunggu detik 31 Disember setiap tahun, kebanyakan orang mulai sibuk membuat segala persiapan untuk menyambut tahun baru Masehi. Pusat-pusat membeli belah dan gedung pakaian saling bersaing dengan menawarkan diskaun besar-besaran sempena tahun baru. Lalu, bagaimana Islam memandang perayaan tahun baru ini?

Telah diketahui, bahwa perayaan tahun baru Masehi bukanlah kebudayaan Islam. Bahkan kebudayaan ini berasal dari kebudayaan orang bukan Islam. Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada umatnya untuk menjauhi perayaan-perayaan yang membawa kepada pembaziran dan yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada masyarakat dan rakyat.

Dalam hadits yang shahih dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam datang ke Madinah, mereka memiliki dua hari besar untuk bermain-main. Lalu beliau bertanya, “Dua hari untuk apa ini ?” Mereka menjawab, “Dua hari di mana kami sering bermain-main di masa Jahiliyyah.” Lantas beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kalian untuk keduanya dua hari yang lebih baik dari keduanya: Iedul Adha dan Iedul Fithri.” (HR. Abu Dawud)

Dan dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Barangsiapa yang berdiam di negeri-negeri orang asing, lalu membuat tahun baru dan festival seperti mereka serta menyerupai mereka hingga dia mati dalam kondisi demikian, maka kelak dia akan dikumpulkan pada hari kiamat bersama mereka.” (Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, Syarah hadits no. 3512)

Kemudian Allah juga mengisyaratkan hal yang sama. Allah Ta’ala menjelaskan ciri-ciri ‘Ibadur Rahman (hamba-hamba Allah yang beriman):
والذين لا يشهدون الزور وإذا مروا باللغو مروا كراما
Artinya:
“Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qs. Al-Furqan: 72)

Sebagian ulama seperti Rabi’ bin Annas rahimahullah menafsirkan الزور (az zuur) pada ayat diatas dengan “hari-hari besar kaum musyrikin” (Lihat Mukhtashor Al Iqtidho‘)

Kesimpulannya, hamba-hamba Allah yang beriman tidak akan menjebakkan diri mereka ke arah kehancuran. Lihat sahaja pada malam ambang tahun baru. Kebanyakan golongan muda-mudi mengadakan hubungan terlarang, konsert dan ada yang mengadakan pesta arak.

Islam Melarang Tabdzir (Pembaziran).
Dalam merayakan tahun baru, tentu ada biaya yang dibelanjakan. Bahkan sampai ada yang menghabiskan wang hingga mencecah ribuan Ringgit hanya untuk mengadakan pesta sempena Tahun Baru! Padahal acara atau pesta tersebut tidak memiliki sebarang manfaat. Maka acara seperti ini dalam syariat Islam dinilai sebagai acara yang sia-sia saja. Sehingga menghamburkan banyak harta dalam acara seperti ini adalah termasuk menyia-nyiakan harta, atau disebut juga tabdzir, Allah melarang perbuatan tersebut dan mengecam pelakunya yang disebut mubadzir iaitu orang yang membazir.
Allah Ta’ala berfirman:
إن المبذرين كانوا إخوان الشياطين وكان الشيطان لربه كفورا
Artinya:
“Sesungguhnya para mubadzir (pemboros) itu adalah saudara-saudara dari setan. Dan setan itu adalah makhluk yang ingkar terhadap Rabb-nya.” (Qs. Al Isra: 27)
Allah Ta’ala tidak mencintai orang-orang yang memboroskan harta. Sedangkan wang dan harta yang digunakan untuk perayaan tahun baru adalah termasuk perkara membazir. Maka seorang muslim yang baik tidak akan mudah terikut-ikut dengan adat yg telah sekian lama diraikan ini. Wallahu'alm.

~Akademi Syariah MMY~
read more "Perayaan Tahun Baru"

Sabtu, 18 Disember 2010

Bersemangat ats keimanankah kita???

Kongsi



Siapakah itu orang-orang beriman?

Orang-orang beriman adalah mereka yang menjadikan redha Allah Subhanahuwata’ala sebagai tujuan tertinggi dalam kehidupan mereka dan berusaha keras untuk mencapai tujuan tersebut serta mereka ini sanggup berjuang mengorbankan harta bahkan jiwa mereka.

Golongan yang beriman mengabdikan hidup mereka untuk Allah Subhanahuwata’ala dan bersedia mengorbankan segala sesuatu yang mereka miliki, harta dan lain-lainnya, untuk mencari redha Allah Subhanahuwata’ala dan mendapatkan syurga-Nya. Orang-orang beriman menyibukkan diri dan istiqamah walau dalam keadaan yang sangat berat sekalipun. Mereka mengucapkan: Hasbunallah (cukuplah bagiku Allah).

Berbalik pada diri kita sekarang antara kita nak atau tidak kerana ingatlah tiada kemulian kecuali kemulian islam.


Semangat yang dihasilkan oleh iman merupakan kekuatan yang dapat meningkatkan kemampuan fizik dan mental. Sehingga orang beriman menjalani setiap saat dalam hidupnya dengan baik dan produktif. Semangat yang tumbuh kerana kecintaan kepada Allah Subhanahuwata’ala memberikan kekuatan spiritual, daya tahan, kemahuan dan keberanian yang tinggi. Melalui kekuatan spiritual orang-orang beriman mengatasi setiap kesulitan dan terus berusaha keras untuk menuju Allah Subhanahuwata’ala dalam apa jua situasi dan keadaan yang mereka hadapi.

Apakah semangat yang sebenarnya??

Apabila dikatakan tentang semangat mungkin terbayang difikiran kita sekarang orang yang sedang bercakap dengan nada yang tinggi dan menyala2 @ melakukan kerja dengan penuh tekun..itukah sebanarnya semangat menurut al-Qur'an dan sunnah??

Semangat adalah perasaan yang sangat kuat yang dialami oleh seseorang.
Semangat, dalam pengertian umum, digunakan untuk mengungkapkan minat yang mendalam, pengorbanan dan kegigihan untuk meraih sesuatu tujuan. Setiap orang mempunyai tujuan yang ingin diraih di sepanjang hidupnya.

Berbekalkan semangat, manusia berusaha untuk mencapai tujuan seperti menjadi kaya, memiliki karier cemerlang, menjawat jawatan tinggi, mendapat penghormatan, menerima pujian, lulus cemerlang dalam peperiksaan dan mendapat keuntungan dalam perniagaan.



Namun, semangat bagi sebahagian besar manusia, tidak dapat bertahan seumur hidup kerana ia tidak mempunyai landasan yang kuat. Mereka tiada matlamat khusus yang dapat memberikan kekuatan untuk mempertahankan semangat di sepanjang hayat.

Siapakah manusia yang tidak pernah kehilangan semangat?

Satu-satunya jenis manusia yang tidak pernah kehilangan semangat di sepanjang hidupnya ialah manusia beriman. Ini kerana sumber semangat mereka ialah keimanan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Matlamat mereka ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahuwata’ala, rahmat-Nya dan syurga-Nya..

Apakah faktor org2 beriman ini tidak pernah padam???

Semangat org-org beriman tidak pernah padam kerana mereka ini tidak pernah ragu2
Ayat ini menunjukkan bahawa semangat orang-orang beriman bersemayam dalam hati mereka. Perjuangan dan jihad mereka berlangsung seumur hidup, tanpa ragu-ragu dan hanya bersandarkan kepada ke¬imanan Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya.

“Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”
(al-Hujurat: 15).

Faktor lain yang membuat semangat orang-orang beriman tetap kuat dan segar adalah kerana rasa takut dan harap yang tinggi di hati mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala kebaikan padanya, Dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harap. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(al-A‘raf: 56).

Apa itu takut dan harap???

Makna rasa ‘takut dan harap’ ialah:

Seorang yang beriman tidak pernah menganggap bahawa keredhaan Allah Subhanahuwata’ala kepadanya telah terpenuhi. Ia juga tidak mengandaikan bahawa akhlaknya telah sempurna sehingga layak dan terjamin untuk mendapat syurga Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan hatinya sentiasa takut akan hukuman Allah Subhanahuwata’ala. Justeru itu beliau terus-menerus berusaha menyem¬pur¬nakan akhlaknya. Dan, terus meneruskan mengharapkan redha Allah Subhanahuwata’ala.



Beliau akan terus bersemangat dan berusaha semaksima mungkin untuk memperoleh redha Allah Subhanahuwata’ala dan mendapatkan cinta-Nya. Pada hatinya terkandung sifat-sifat takut dan harap sekali gus. Beliau bekerja keras, tetapi tidak pernah merasakan usahanya mencukupi dan tidak pernah menganggap dirinya telah sempurna, sebagaimana dinyatakan dalam ayat-Nya


“Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang di suruh oleh Allah supaya dihubungkan, mereka takut kepada kemurkaan Rabnya dan takut dengan hisab (perhitungan amal) yang buruk.”
(ar-Ra‘d: 21).

Rasa takut kepada Allah Subhanahuwata’ala menyebabkan mereka berwaspada dan menjauhi sifat lalai. Dan, rasa harap kepada Allah Subhanahuwata’ala menyebabkan mereka gembira akan janji syurga-Nya (atau khabar gembira) untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ini menyebabkan mereka bersemangat dan iltizam (komited) dengan ‘amal Islami. Antara ayat Allah Subhanahuwata’ala yang menceritakan khabar gembira bagi orang-orang beriman ialah:

“Dan sampaikanlah berita gembira kepa¬da orang-orang beriman, bahawa sesungguh¬nya mereka memperoleh kurnia yang besar daripada Allah.”
(al-Ahzab: 47).

Iman yang tulin dan tulus akan melahirkan semangat yang besar. Pemiliknya akan berlumba-lumba untuk bekerja dan memperolehi redha Allah Subhanahuwata’ala.
Ayuhlah syabab wa fatayat kita bangkit bersemangat berlandaskan al-qur'an dan sunnah..

p/s:Bersemangat utk melawan hawa nafsu dan syaitan lebih lagi di musim syita' nie..Ayuh kita jadi org2 yang berjaya di sisi Allah..Baiki diri dan serulah org lain..
read more "Bersemangat ats keimanankah kita???"

Rabu, 15 Disember 2010

Saat lafaz sakinah

Kongsi




Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang..ALhamdulillah akhirnya dgn izin Allah dpt up date blog nie..afwan blogku dah berabut.

BarakaAllah kuucapkan kepada pasangan Munaeem(Along)dan Qbee baru disatukan oleh Allah..Semoga pernikahan ini makin mendekatkan diri kepada Allah.Meskipun ku tidak bersama kalian namun doa kukirimkan tanda kasih-sayang seorang adik kepada abangnya

Penulisan ini khusus buatmu wahai abang dan kakak iparku...

Saat lafaz sakinah dituturkan oleh seorang lelaki yg akan mendapat pangkat menjadi seorang suami maka pada saat itulah semakin bertambah amanah dan tanggungjawapnya .


Pernikahan adalah amanah sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW
“Kalian menerima isteri berdasar amanah Allah SWT”


RUMAH TANGGA MESTILAH DIBINA DI ATAS ASAS KEIMANAN DAN UBUDIYYAH KEPADA ALLAH SWT. Inilah ASAS yang paling KUKUH dan TEGUH yang menjadikan kesemua aktiviti rumah tangga adalah IBADAH kepada ALLAH SWT.

Cinta adalah kurniaan Allah SWT yang di tempatkan di dalam hati manusia yang menjadi pengikat yang kukuh antara suami dan isteri, yang mana keduanya membina rumah tangga atas ‘taqwa kepada AllahSWT’. Suami isteri saling cinta mencintai kerana Allah SWT.

“Cinta kerana Allah SWT akan membawa kepada mencintai Allah dan dicintai oleh Allah SWT”

Matlamat pembentukan rumah tangga


Islam itu syumul dan mengambil berat kepada seluruh kehidupan penganutnya.Dalam aspek berumah tangga ini islam telah mengariskan matlamat , bukan sahaja mengikat dua insan yang mencintai antara satu sama lain tetapi islam memandang dengan pandangan yang jauh iaitu:

1)Mendirikan syari‘at Allah SWT dalam urusan rumah tangga;

2)Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan roh;

3)Mewujudkan Sunnah RasuluLlah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehingga umat manusia merasa bangga akan kehadiran kita;

4)Memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak, dan ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpang akhlak dan perilaku.

Pernikahan dan hidup berumah tangga adalah satu ibadah yang mempunyai matlamat yang tinggi, antaranya untuk membina generasi yang boleh mewarisi tanggungjawab menegakkan Deen Allah SWT dan mengatur bumi ini menurut syari‘at Allah SWT. Kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga ini dibina dengan usaha bersungguh-sungguh dan ikhlas atas tujuan untuk memperolehi keredhaan Allah SWT. Kebahagian ini dibina di atasa dasar-dasar: IMAN, CINTA, MAWADDAH, RAHMAH, AMANAH, SABAR dan penunaian hak serta tanggungjawab sebaik mungkin.



Di sini adikmu di perantauan mendoakan agar kalian berdua bahagia dan mendapat redha Allah di dunia dan akhirat..



read more "Saat lafaz sakinah"