Ahad, 9 Oktober 2011

Kesibukan yang sia2

Kongsi


"Jika kesibukan dapat menimbulkan kelelahan,maka waktu yang kosong akan menimbulkan kerosakkan " (Barzanzamhari)

Apa kesibukan yang sering melandamu wahai sahabat2ku?? Barapa saat kita mengingagati Allah,Berapa minit kita solat, berapa jam kita belajar,berapa jam kita main game, berapa lama kita berada di depan komputer menonton filem, facebook, chatting..
Astagfirullah...Sama2 pulang kembali mengingati Allah..Begitu banyak waktu yang habis tanpa amal apa lagi prestasi yang dirintis..

Jom kita lihat kembali sejarah..

Hassan bin Hannan melewati sebuah rumah yang selesai dibangun. Beliau berkata, "bila rumah ini dibangun??"Kemudian beliau menegur dirinya sendiri, "Mengapa kau tanyakan sesuatu yang tidak berguna utk dirimu?? Akan kujatuhkan hukuman dengan puasa setahun (diluar waktu2 yg diharamkan puasa)!!! SubhanaAllah

Sportif..Itulah cara benar menjadi besar..Berani menghukum kelalaian diri agat tidak mengulangi kesalahan serupa..Mengapa harus berkomentar pada hal2 yang relevan?? sia2

"Barangsiapa tidak menyibukkan diri dalam kebaikan, niscaya ia akan disibukkan dalam kesibukan dalam keburukan."


Umar Bin khattab :
"Tidak adanya kesibukan bagi kaum lelaki akan membawa kelalaian , sedangkan bagi kaum wanita akan membawa kepada hal2 yang memuaskan syahwat,"

Bagaimana dengan kita wahai sahabat2..
Berapa banyak sampah yang kita masukkan ke dalam hati dan otak kita dengan tangan kita sendiri setiap hari

Berapa banyak dosa2 kecil yang kita buat setiap hari sehingga menjadi satu habit pada diri kita.



Jika para sahabat dan salafus soleh bertemu saling muraja'ah hafalan Qur'an dan saling berpesan memesan kearah kebaikan?? kita bagaimana?? Marcapada saat bertemu antara satu sama lain akan berbual ttg jumlah kekayan , jenis hiburan dan game yg menarik..

Ayuh muhasabah diri ...

Sebaik2 kesibukan adalah membaca Al-Qur'an,
sebaik2 teman duduk adalah buku,
sabaik2 tempat hiburan adalah perpustakaan,
Sebaik2 majlis adalah halaqah zikir dan ilmu
Sebaik2 pengawal adalah amal
Sebaik2 sahabat adalahyg mengingatikamu utk taat kpd Allah , bahkan apabila melihatnya akan ingat kpd Allah...SubhanaAllah...(Quauntum tarbiyah)
read more "Kesibukan yang sia2"

Rabu, 18 Mei 2011

Datanglah kepadaku..

Kongsi
Alhamdulillah Allah mengizinkan jari2ku dan hatiku ini bergerak untuk mengupdate blog..Afwan dah lama tk update blog nie disebabkan kekangan waktu..

Tanpa disedari hampir 9 bulan kuberada di bumi anbiya' ini..SubhanaAllah masa sangat cepat berlari meninggalkan kita.Pahit dan manis disini banyak mengajar dan mendidiku erti sebenar sebuah perjuangan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saat Ujian yang menyapa

Saat ujian menyapa maka diri yang hebat dimata manusia namun hakikatnya jiwa dan hatinya lemah dan parah menyebabkan diri akan bermain-main dengan beribu-ribu persoalan.. kenapa kita diuji sperti ini,apa dosaku sehingga diuji seperti ini, Adakah Allah telah lupa akanku?? Adakalanya persoalan2 ini menyebabkan kita ini berputus-asa dengan Allah kerana manusia itu lemah, jiwanya akan terlena dan ruhnya akan tertidur sementara hawa nafsunya akan terbebas dan mengaburi matlamatnya maka dengan itu akan terhentilah pertarungan antaranya dan hawa nafsu tersebut.

Di dalam keadaan yang teruji ini janganlah kita berkata pada diri bahawa kita bukanlah dijadikan sebagai malaikat yang suci, bersih, bukan juga seorang manusia yang ma'sum (terpelihara) tetapi sebagai seorang manusia yang sentiasa berperang di antara kebaikan dan kejahatan. Kadangkala ruh akan menang dan ia akan menjadi tinggi dan kadangkala nafsu akan menang dan anda akan jatuh ke tempat yang serendah-rendahnya.

Saat Ujian menyapa dirimu wahai sahabat-sahabatku ingatlah satu sabda Rasulullah

" Sesungguhnya Allah Ta'ala membuka (tangan-Nya) di waktu malam untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesilapan di singa hari dan membuka (tangan-Nya) di waktu siang untuk menerima taubat orang-orang yang membuat kesilapan di waktu malam sehinggalah tiba hari akhirah. "

Dengan ini terhapuslah segala kesilapan, jiwa kembali kuat, hati menjadi sejahtera dan akan menanglah kekuatan ruh dan tewaslah kehendak-kehendak jiwa manusia

Taklifan yg sesuai

Allah S.W.T. Maha Mengetahui tabiat manusia yang lemah. Ia tidak mentaklifkan ke atas manuia supaya 'Ismah (suci dari dosa), kerana taklif ini adalah taklif yang tidak mampu disemournakan oleh manusia. Firman Allah S.W.T. :


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo’a): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnyua. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. “
(Surah al-Baqarah: ayat 286.)

Allah S.W.T. mentaklifkan manusia berkejar ke arah 'ismah setiap kali diri mereka lari darinya dan supaya mereka membersihkan diri setiap kali mereka melakukan dosa. Nabi Adam a.s. juga pernah melakukan kesilapan. Firman Allah S.W.T. :

Terjemahannya:

" Kemudian Tuhannya memilihnya, maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk ."
(Surah Taha: ayat 122.)


Terjemahannya:

" Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubatnya lagi Maha Penyayang. "
(Surah al-Baqarah: ayat 37.)

Datanglah kepadaku...

Islam sentiasa membuka pintu harapan dan mengajak mereka yang telah melakukan dosa supaya bertaubat dan meminta keampunan daripada Allah S.W.T. (beristighfar). Allah S.W.T. mengampuni mereka walau sebesar mana sekalipun dosa mereka. Firman Allah S.W.T.:

Terjemahannya:

" Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesunguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semua. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “
(Surah az-Zumar: ayat 53.)

Ayat ini jelas mengambarkan bahawa Allah mengajak hamba2 dengan penuh kasih-sayang untuk kembali kpd-NYA..Maka adakah kita masih ragu2 dengan nikmatNYA.Marilah sama-sama kita bermuhasabah sebentar dengan firman Allah yang bermaksud

" Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun daripada Allah, nescaya mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
(Surah an-Nisa: ayat 110.)

Firman Allah S.W.T. di dalam sebuah Hadith al-Qudsi yang bermaksud:

" Allah berfirman: Wahai anak Adam, selagi engkau berdoa terhadap-Ku dan bergantung harap kepada-Ku, Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosamu memenuhi awan di langit, kemudian engakau memohon ampun dari-Ku, Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi danengakau berjumpa dengan-Ku dalam keadaan engkau tidak syirik pada-ku sedikitpun, maka Aku akan datang kepadamu sebanyak itu juga dengan keampunan. "


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SubhanaAllah adakah hati kita masih tidak tersentuh dengan kasih-sayang dan rahmat Allah yang luas ini..Adakah ujian yang menimpa kita menyebabkan hati kita berputus asa dengan Allah..Bertaubatlah wahai hati2 yang lalai dan melampaui batas..Janganlah engkau berdalih lagi..akurlah bahawa Allahlah yang Pengatur yang Terbaik dan Allahlah yang Maha Bijaksana..

Taubat ini tidak berhajat kepada sumpah seperti yang dilakukan oleh agama Kristian. Tidak juga berhajat kepada syeikh atau guru dan tidak juga pergi ke satu tempat yang tertentu, tetapi ianya hanyalh suatu kesedaran jiwa untuk melakukan perubahan. Merasai ia telah berlaku penyelewengan dari manhaj yang betul dan cuba untuk kembali dan tetap di atasnya.

Selama mana jiwa itu sedar dan diri itu kembali kepada apa yang sepatutnya, serta cuba untuk memperbaiki kesilapan yang lalu, itulah sebenarnya taubat yang disukai oleh Allah S.W.T. kerana itulah Allah S.W.T. mengampuni dosa-dosa yang ia telah lakukan. Firman Allah S.W.T. :

" Dan apabila orang-orang yang apabila ia melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakh lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa mereka selain dari Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji tersebut sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasan mereka keampunan dari Tuhan mereka dan balasan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kekal mereka di dalamnya, itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal. "
(Surah Ali 'Imran: ayat 135-136.)

Oleh itu Allah S.W.T. mengakui orang yang mengakui keburukan dan kesalahan mereka atau kezaliman yang mereka telah kerjakan dengan perbuatan mereka sendiri apabila mereka mengingati Allah.

Serta mereka menyedari bahawa mereka tidak berkuasa ke atas kekuasaan Allah S.W.T. kerana terlau sedikit kemampuan yang mereka miliki.
Di kala mereka melakukan kesilapan, mereka terus merasa pedih, sakit dan sedih yang amat sangat, dengan itu mereka terus berlari kepada Allah S.W.T. untuk memperbaiki kesilapan mereka dengan segera.

Inilah sebenarnya tanda hati yang sihat serta jiwa yang hidup.

Di sini suka ana berkongsi apabila ditanya oleh adik-adik.. Apakah amalan-amalan soleh yang boleh menghapuskan dosa-dosa yang kita buat..dipetik dr karangan Syed Sabiq ( buku islamuna )

1. Berwudhu'. Daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

" Apabila seseorang hamba Muslim atau Mu'min itu membasuh mukanya maka keluarlah segala dosa dari pandangan matanya dengan mengalir air wudu'. Apabila ia membasuh tanganya maka terhapuslah dosa yang dilakukan oleh kedua-dua belah tangannya bersama mengalir air wudhu'. Apabila ia membasuh kedua belah kakinya dengan mengalirnya air sehingga ia menjadi bersih daripada dosa-dosa. "

2. Bersolah.

Daripada Abu Hurairah telah berkata " Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apa pendapat kamu jika di depan rumah seorang kamu terdapat sebatang sungai, lalu ia mandi di dalamnya ia mandi lima kali sehari, ada atau tidak daki terlekat pada tubuhnya." Jawab sahabat-sahabat: "Tiada lagi." Rasulullah S.A.W. bersabda lagi: "Begitulah solah liama waktu. Allah S.W.T. membersihkan dengannya dosa-dosa. "

3.Solah Jumaat.

Hadith riwayat oleh Bukhari dari Salman al-Farisi berkata bahawa sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Tiada seorangpun yang mandi pada hari Jumaat dan membersihkan badannya sebersih-bersihnya, memakai minyak wangi, kemudian ia keluar dari rumahnya dalam keadaan tidak bermusuhan dengan siapapun, kemudian ia mengerjakan solah ia mengerjakan solah yang diwajibkan ke atasnya serta dia diam bila imam berkhutbah, kecuali akan diampunkan dosanya sehingga datang hari Jumaat yang lain. "

4.Mengerjakan haji dan umrah.

Abu Hurairah berkata bahawa ia pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: " Sesiapa yang menunaikan haji dan ia tidak berkata-kata dengan perkara-perkara yang keji serta tidak melakukan kejahatan dia akan pulang dalam keadaan seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya. "

5.Berjihad.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Seorang sahabat telah melalui sebuah lembah yang di dalamnya terdapat sebuah mata air yang jernih dan menakjubkannya lalu ia berkata: "Jika aku mengasingkan diriku dari manusia dan tinggal di lembah ini .... tetapi aku tidak melakukannya melainkan setelah diizinkan oleh Rasulullah S.A.W.. Kemudian beliau bertanya Rasulullah S.A.W., Baginda bersabda: "Jangan lakukannya. Sesungguhnya kedudukan salah seorang daripada kamu Fi Sabillillah lebih baik dari mendirikan solah di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah engkau mengingini Allah mengampuni kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga? Berperanglah di jalan Allah. Sesiapa yang berperang di jalan Allah sekalipun tempohnya selama diperahkan susu unta, wajiblah kepadanya syurga."

6.Akhlaq yang baik.
Termasuk pemaaf, manis muka dan bersalam salaman ketika tersilap semuanya itu akan mengamounkan dosa-dosa. Rasulullah S.A.W. bersabda: " Tidakpun seorang Muslim yang bertemu dan bersalam-salaman kecuali Allah S.W.T. mengampuni dosa kedua-duanya sebelum berpisah. "

7.Kesakitan.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Tidak akan terkena ke atas seorang Muslim daripada kepenatan, kesakitan, kesusahan, kesedihan dan kedukaan sehingga duri yang mencucuknya kecuali semua itu akan diampunkan dosa-dosanya. "

8. Beristighfar. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Sesiapa yang sentiasa beristghfar, Allah akan memberikan jalan keluar dalam setiap kesusahan dan memberikan kemudahan dalam setiap kepayahan dan memberikan rezki yang tidak disangka-sangka."

Wallahu 'Alam..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
read more "Datanglah kepadaku.."

Khamis, 27 Januari 2011

Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah

Kongsi



Oleh: Dr. Fathi Yakan

Assalamualaikum wr. wbt.

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina,memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah ke atas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia di seluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah Taala yang bermaksud: "Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul".(An Nisa' 165)

Dan firman-Nya yang bermaksud: "Dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi ke atas kamu".(Al Baqarah 143).

Walau bagaimanapun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak lagi merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali ???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "Biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret kepada kematiannya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

3. Kemudian duduk di hadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Di samping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka; kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Untuk merealisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi di zaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah S.A.W secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi, antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia".(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabbaal alamin.

Bicara seorang hamba

Sebagai seorang yang menyakini bahawa Allah itu adalah Illahnya dan mencintaiNYA dengan sepenuh hati maka dia akan seronok apabila kekasihnya selalu bersama2nya..Marasai muraqabatullah dan maiyatullah adalah kenikmanatan yang membawa kita sifat khauf dan raja'..

Internet itu ada faedahnya dan kemurukannya.Jadikan internet ini satu wadah itu mendekatkan diri kpd Allah bukan mencari kemungkaran.
read more "Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah"

Rabu, 26 Januari 2011

Surat Dari Hawa Kepada Hawa

Kongsi

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya ,kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia , sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya

Bukan tulisan tangan
read more "Surat Dari Hawa Kepada Hawa"

Pengangguran hati

Kongsi


HATI yang menganggur lebih berbahaya daripada tubuh badan yang sakit. Seseorang yang memiliki hati pasif, diam dan tiada gerakan ibadat sebenarnya sudah mati sebelum dicabut nyawanya. Kekosongan hati timbul akibat lemahnya semangat manusia untuk bangkit dan melawan keinginan hawa nafsu.

Kita perlukan semangat melupakan kesedihan, bangkit dan berjuang melawan musuh yang nyata iaitu syaitan. Tiada seorang manusia yang tetap tinggi kedudukan imannya. Ada kala dia terjatuh dan tersungkur, kemudian menyesali kelalaian dan kembali bertaubat. Ini digambarkan dalam al-Quran bermaksud:“Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” Surah Ali Imran: Ayat 135

Hati menganggur, malas dan berputus asa ada ciri-ciri sebagai berikut:

Berlebih-lebihan melakukan perkara mubah. Terlalu banyak berehat, santai dan mengisi kekosongan masa dengan hiburan, makanan, tidur yang panjang, bermain dan bergurau, banyak tertawa, panjang angan-angan dan semua itu berbahaya jika diteruskan dalam kegiatan seharian. Kehidupan serba senang tanpa cabaran dan tekanan membuat manusia lupa diri dan lemah semangat bila ditimpa susah. Berhati-hati jika terus berada dalam zon selesa. Orang mukmin hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan paling teruk yang menghalangnya.

Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan RA yang hidup sebagai Khalifah paling berkuasa selama berpuluh-puluh tahun pernah berkata: “Aku memakai pakaian daripada semua jenis kain, tetapi tidak pernah menemui sehelai pakaian terbaik setanding pakaian takwa. Aku juga sudah merasai semua jenis makanan, tetapi tidak pernah menemui kelazatan seperti kelazatan sabar. Aku memiliki segala jenis kenikmatan, tetapi tiada kenikmatan mampu menandingi kenikmatan duduk mendekatkan diriku kepada Allah SWT.”

Anggota badannya menolak hidayah Allah SWT. Pernahkah anda berasakan suara hati anda menyuruh berbuat baik, melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat? Sebenarnya dalam jasad manusia ada yang mempengaruhi hati dan perasaannya, adakah ia unsur malaikat atau unsur syaitan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia diiringi temannya daripada bangsa jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Sahabat bertanya: “Pada dirimu juga ya Rasulullah? Sabda baginda: Padaku juga begitu, tetapi Allah Taala menolongku terhadapnya sehingga ia tiada menyuruhku melainkan kebaikan saja.” (Hadis riwayat Muslim)

Hati yang suka menganggur menjadikan syaitan sebagai teman karibnya. Sementara hati yang aktif dan positif gerakannya dipengaruhi hidayah Allah SWT. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu menggerakkan kita berbuat baik. Hidayah-Nya saja menunjuk kita ke arah jalan selamat. Namun, ramai manusia menolak hidayah Allah SWT. Mereka lahir sebagai orang Islam, tetapi tidak mahu belajar agama Islam. Mereka dipilih Allah SWT sebagai hamba-Nya yang beriman, tetapi membiarkan dirinya kecundang oleh bisikan nafsu dan syaitan. Mengapa kita menolak hidayah Allah SWT yang berada di dalam hati kita? Allah Taala berfirman bermaksud: “Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai. (Surah Al-A'raf ayat: 179).

Biasanya masa membuat mereka bertangguh menerima hidayah Allah SWT. Sampai bila harus menunggu? Jika tulang rapuh dan mata menjadi rabun, fikiran bercelaru, mengapa menunggu kematian menjemput, padahal setiap hari hidayah Allah SWT itu turun ke hati kita. Persekitaran mempengaruhi keperibadian kita. Jika suka duduk bersama dan mendengar perbualan ahli perniagaan berjaya atau pakar motivasi hebat, kita semestinya terpengaruh dengan kata rangsangan dan galakan untuk lebih berjaya. Namun, jika melepak bersama orang bermentaliti lemah dan kualiti kehidupannya juga rendah, sedikit sebanyak ada pengaruh ditinggalkan dalam karakter diri kita. Lebih baik rajin di dunia dan menganggur di akhirat selama-lamanya daripada memanjangkan angan-angan di sini, namun sengsara tiada penghujungnya di akhirat.

read more "Pengangguran hati"