Rabu, 18 Mei 2011

Datanglah kepadaku..

Kongsi
Alhamdulillah Allah mengizinkan jari2ku dan hatiku ini bergerak untuk mengupdate blog..Afwan dah lama tk update blog nie disebabkan kekangan waktu..

Tanpa disedari hampir 9 bulan kuberada di bumi anbiya' ini..SubhanaAllah masa sangat cepat berlari meninggalkan kita.Pahit dan manis disini banyak mengajar dan mendidiku erti sebenar sebuah perjuangan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saat Ujian yang menyapa

Saat ujian menyapa maka diri yang hebat dimata manusia namun hakikatnya jiwa dan hatinya lemah dan parah menyebabkan diri akan bermain-main dengan beribu-ribu persoalan.. kenapa kita diuji sperti ini,apa dosaku sehingga diuji seperti ini, Adakah Allah telah lupa akanku?? Adakalanya persoalan2 ini menyebabkan kita ini berputus-asa dengan Allah kerana manusia itu lemah, jiwanya akan terlena dan ruhnya akan tertidur sementara hawa nafsunya akan terbebas dan mengaburi matlamatnya maka dengan itu akan terhentilah pertarungan antaranya dan hawa nafsu tersebut.

Di dalam keadaan yang teruji ini janganlah kita berkata pada diri bahawa kita bukanlah dijadikan sebagai malaikat yang suci, bersih, bukan juga seorang manusia yang ma'sum (terpelihara) tetapi sebagai seorang manusia yang sentiasa berperang di antara kebaikan dan kejahatan. Kadangkala ruh akan menang dan ia akan menjadi tinggi dan kadangkala nafsu akan menang dan anda akan jatuh ke tempat yang serendah-rendahnya.

Saat Ujian menyapa dirimu wahai sahabat-sahabatku ingatlah satu sabda Rasulullah

" Sesungguhnya Allah Ta'ala membuka (tangan-Nya) di waktu malam untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesilapan di singa hari dan membuka (tangan-Nya) di waktu siang untuk menerima taubat orang-orang yang membuat kesilapan di waktu malam sehinggalah tiba hari akhirah. "

Dengan ini terhapuslah segala kesilapan, jiwa kembali kuat, hati menjadi sejahtera dan akan menanglah kekuatan ruh dan tewaslah kehendak-kehendak jiwa manusia

Taklifan yg sesuai

Allah S.W.T. Maha Mengetahui tabiat manusia yang lemah. Ia tidak mentaklifkan ke atas manuia supaya 'Ismah (suci dari dosa), kerana taklif ini adalah taklif yang tidak mampu disemournakan oleh manusia. Firman Allah S.W.T. :


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo’a): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnyua. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. “
(Surah al-Baqarah: ayat 286.)

Allah S.W.T. mentaklifkan manusia berkejar ke arah 'ismah setiap kali diri mereka lari darinya dan supaya mereka membersihkan diri setiap kali mereka melakukan dosa. Nabi Adam a.s. juga pernah melakukan kesilapan. Firman Allah S.W.T. :

Terjemahannya:

" Kemudian Tuhannya memilihnya, maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk ."
(Surah Taha: ayat 122.)


Terjemahannya:

" Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubatnya lagi Maha Penyayang. "
(Surah al-Baqarah: ayat 37.)

Datanglah kepadaku...

Islam sentiasa membuka pintu harapan dan mengajak mereka yang telah melakukan dosa supaya bertaubat dan meminta keampunan daripada Allah S.W.T. (beristighfar). Allah S.W.T. mengampuni mereka walau sebesar mana sekalipun dosa mereka. Firman Allah S.W.T.:

Terjemahannya:

" Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesunguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semua. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “
(Surah az-Zumar: ayat 53.)

Ayat ini jelas mengambarkan bahawa Allah mengajak hamba2 dengan penuh kasih-sayang untuk kembali kpd-NYA..Maka adakah kita masih ragu2 dengan nikmatNYA.Marilah sama-sama kita bermuhasabah sebentar dengan firman Allah yang bermaksud

" Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun daripada Allah, nescaya mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
(Surah an-Nisa: ayat 110.)

Firman Allah S.W.T. di dalam sebuah Hadith al-Qudsi yang bermaksud:

" Allah berfirman: Wahai anak Adam, selagi engkau berdoa terhadap-Ku dan bergantung harap kepada-Ku, Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosamu memenuhi awan di langit, kemudian engakau memohon ampun dari-Ku, Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi danengakau berjumpa dengan-Ku dalam keadaan engkau tidak syirik pada-ku sedikitpun, maka Aku akan datang kepadamu sebanyak itu juga dengan keampunan. "


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SubhanaAllah adakah hati kita masih tidak tersentuh dengan kasih-sayang dan rahmat Allah yang luas ini..Adakah ujian yang menimpa kita menyebabkan hati kita berputus asa dengan Allah..Bertaubatlah wahai hati2 yang lalai dan melampaui batas..Janganlah engkau berdalih lagi..akurlah bahawa Allahlah yang Pengatur yang Terbaik dan Allahlah yang Maha Bijaksana..

Taubat ini tidak berhajat kepada sumpah seperti yang dilakukan oleh agama Kristian. Tidak juga berhajat kepada syeikh atau guru dan tidak juga pergi ke satu tempat yang tertentu, tetapi ianya hanyalh suatu kesedaran jiwa untuk melakukan perubahan. Merasai ia telah berlaku penyelewengan dari manhaj yang betul dan cuba untuk kembali dan tetap di atasnya.

Selama mana jiwa itu sedar dan diri itu kembali kepada apa yang sepatutnya, serta cuba untuk memperbaiki kesilapan yang lalu, itulah sebenarnya taubat yang disukai oleh Allah S.W.T. kerana itulah Allah S.W.T. mengampuni dosa-dosa yang ia telah lakukan. Firman Allah S.W.T. :

" Dan apabila orang-orang yang apabila ia melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakh lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa mereka selain dari Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji tersebut sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasan mereka keampunan dari Tuhan mereka dan balasan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kekal mereka di dalamnya, itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal. "
(Surah Ali 'Imran: ayat 135-136.)

Oleh itu Allah S.W.T. mengakui orang yang mengakui keburukan dan kesalahan mereka atau kezaliman yang mereka telah kerjakan dengan perbuatan mereka sendiri apabila mereka mengingati Allah.

Serta mereka menyedari bahawa mereka tidak berkuasa ke atas kekuasaan Allah S.W.T. kerana terlau sedikit kemampuan yang mereka miliki.
Di kala mereka melakukan kesilapan, mereka terus merasa pedih, sakit dan sedih yang amat sangat, dengan itu mereka terus berlari kepada Allah S.W.T. untuk memperbaiki kesilapan mereka dengan segera.

Inilah sebenarnya tanda hati yang sihat serta jiwa yang hidup.

Di sini suka ana berkongsi apabila ditanya oleh adik-adik.. Apakah amalan-amalan soleh yang boleh menghapuskan dosa-dosa yang kita buat..dipetik dr karangan Syed Sabiq ( buku islamuna )

1. Berwudhu'. Daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

" Apabila seseorang hamba Muslim atau Mu'min itu membasuh mukanya maka keluarlah segala dosa dari pandangan matanya dengan mengalir air wudu'. Apabila ia membasuh tanganya maka terhapuslah dosa yang dilakukan oleh kedua-dua belah tangannya bersama mengalir air wudhu'. Apabila ia membasuh kedua belah kakinya dengan mengalirnya air sehingga ia menjadi bersih daripada dosa-dosa. "

2. Bersolah.

Daripada Abu Hurairah telah berkata " Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apa pendapat kamu jika di depan rumah seorang kamu terdapat sebatang sungai, lalu ia mandi di dalamnya ia mandi lima kali sehari, ada atau tidak daki terlekat pada tubuhnya." Jawab sahabat-sahabat: "Tiada lagi." Rasulullah S.A.W. bersabda lagi: "Begitulah solah liama waktu. Allah S.W.T. membersihkan dengannya dosa-dosa. "

3.Solah Jumaat.

Hadith riwayat oleh Bukhari dari Salman al-Farisi berkata bahawa sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Tiada seorangpun yang mandi pada hari Jumaat dan membersihkan badannya sebersih-bersihnya, memakai minyak wangi, kemudian ia keluar dari rumahnya dalam keadaan tidak bermusuhan dengan siapapun, kemudian ia mengerjakan solah ia mengerjakan solah yang diwajibkan ke atasnya serta dia diam bila imam berkhutbah, kecuali akan diampunkan dosanya sehingga datang hari Jumaat yang lain. "

4.Mengerjakan haji dan umrah.

Abu Hurairah berkata bahawa ia pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: " Sesiapa yang menunaikan haji dan ia tidak berkata-kata dengan perkara-perkara yang keji serta tidak melakukan kejahatan dia akan pulang dalam keadaan seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya. "

5.Berjihad.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Seorang sahabat telah melalui sebuah lembah yang di dalamnya terdapat sebuah mata air yang jernih dan menakjubkannya lalu ia berkata: "Jika aku mengasingkan diriku dari manusia dan tinggal di lembah ini .... tetapi aku tidak melakukannya melainkan setelah diizinkan oleh Rasulullah S.A.W.. Kemudian beliau bertanya Rasulullah S.A.W., Baginda bersabda: "Jangan lakukannya. Sesungguhnya kedudukan salah seorang daripada kamu Fi Sabillillah lebih baik dari mendirikan solah di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah engkau mengingini Allah mengampuni kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga? Berperanglah di jalan Allah. Sesiapa yang berperang di jalan Allah sekalipun tempohnya selama diperahkan susu unta, wajiblah kepadanya syurga."

6.Akhlaq yang baik.
Termasuk pemaaf, manis muka dan bersalam salaman ketika tersilap semuanya itu akan mengamounkan dosa-dosa. Rasulullah S.A.W. bersabda: " Tidakpun seorang Muslim yang bertemu dan bersalam-salaman kecuali Allah S.W.T. mengampuni dosa kedua-duanya sebelum berpisah. "

7.Kesakitan.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Tidak akan terkena ke atas seorang Muslim daripada kepenatan, kesakitan, kesusahan, kesedihan dan kedukaan sehingga duri yang mencucuknya kecuali semua itu akan diampunkan dosa-dosanya. "

8. Beristighfar. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Sesiapa yang sentiasa beristghfar, Allah akan memberikan jalan keluar dalam setiap kesusahan dan memberikan kemudahan dalam setiap kepayahan dan memberikan rezki yang tidak disangka-sangka."

Wallahu 'Alam..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
read more "Datanglah kepadaku.."