Isnin, 6 Ogos 2012

Coretan seorang cucu

Kongsi
"Mana orag Jordannya" panggil tukkiku..
"Ye tukki kak cik(panggilnku di umah) kat sini.." sahutku
"Jom kita sahur" ajak tukkiku
Aku dan kakakku baru je sampai Terengganu time tu awal pagi setelah duduk kat Selangor selama seminggu di umah abang Long.Setelah ummi dan abah jemput kami di suatu tempat kami terus dibawa ziarah tuk dan tukkiku yang sedang sakit..
Alhamdulillah walaupun sedikit penat namun rasa bersyukur dan terhibur dengan gelagat tukkiku.Sempat lagi buat lawak walaupun tukki sedang sakit..
"kenapa makan sikit je nie orang Jordan, tambahlah lagi..tengok nie tukki makan banyak" usik tukkiku.<
Detik2 akhir
Ku masih ingat ketika first time jaga arwah tukki di Hospital Kuala Terengganu..Time tu baru je sehari sampai di Terengganu.Jaglek tu ada lagi mskipun sudah seminggu di tanah air.
Kak Ngahku adalah seorang kakak yang bertanggungjawap meskipun sedikit garang tapi sangat baik dan ambil berat.
"Hari nie turn kak cik jaga tukki ye..nnti kak Ngah hantar." pinta kak Ngah
"Baiklah" akurku
Suasana di hospital terasa janggal sebab dah lama tak pergi hospital dalam jangka masa yang lama..Seharian di hospital..Macam2 dapat lihat dan ambil pelajaran..Ada yang sedang merungut dan menangis dengan sakit yang ditanggung mereka..Tiba-tiba dalam tengah mengelamun
"Assalamualaikum,assalamualaikum"
Tiba2 terhenti lamunanku seketika.Rupanya seorang pemuda yang berkot putih menghampiri dan memberi salam kepadaku
"Waalaikusslam," Jawapku
"Adik nie anak kepada pesakit ini k" Tanya doktor
"Tak,saya cucu kepada pesakit nie" jawapku
"ooo..Adik k yang selalu jaga pesakit nie?" tanya doktor
"Tak2 saya baru first jaga sebenarnya sebab saya baru je balik dari luar negara, yang tu mungkin kakak saya," jawapku
"ooo..ye k..adik nie belajar kat mana, tahun keberapa, berapa umur dan ambik kos apa?" tanya doktor tu dengan panjang lebar
"Erm..doktor nie nak ta'ruf aku k @ nak tengok tukki aku" rungutku dalam hati
"oo..saya belajar kat Jordan, nak masuk tahun kedua dan ambik kos syari'ah" jawapku dengan sedikit malas.Malas nak jawap soalan umur tu..Biarlah rahsia.
"Ehem2" tegur kawannya disebelah setelah melihat kawannya sedikit terpesong dari tujuan asal
"Oo...mintak maaf tanya lebih2 pulak.." pohon doktor itu
"alhamdulillah" keluhku tanda lega
"Sebenarnya kami nak beritahu tentang keputusan medical check-up hari tu..Setelah kami meneliti dan mengkaji sebenarnya datuk adik nie menghidap penyakit kanser otak tahap 4" terang doktor lelaki itu.
Tergamanku mendapat berita tu..Tak tahu nak buat reaksi macamna di depan doktor tu.Tapi kukuatkan hati tak nak menitiskan air mata depan doktor tu..
"OO..Terima kasih doktor..nanti saya cakap kat ummi" kataku sambil menahan sebak
"Sabarlah ye..nnti kalau ada apa2 saya ada kat kat meja tu," katanya sambil menunjukkan meja yang tak jauh dari katil tukkiku..
Aku hanya mengangguk dan tanpa membuang masa kuterus menelefon kak Ngah dan ummi untuk melaporkan berita ini.Mereka akan datang lebih kurang sejam lagi sebab perjalanan dari Ajil ke Kuala Terengganu makan masa lebih 40 minit juga.
Keadaan tukki makin teruk apabila kahak di kerongkongnya terlampau banyak sehingga agak susah untuk bernafas meskipun dengan bantuan alat pernafasan.Pernafasan sangat laju dan berbunyi.Ku disisi tukki hanya mampu berdoa dan membaca Yassin untuk meringankan beban yang ditangguh.
Tiba2 teringat kenangan bersama arwah sebelum kuberangkat ke Jordan
"Nnti klu tukki mati kak cik ngaji kat tukki ye" kata tukkiku
"Insyaallah" jawapku
Tukkiku adalah seorang yang tekun dan rajin.Meskipun sudah lanjut usianya namun beliau tidak pernah berputus-asa untuk menghafal ayat2 Allah.
"Kak cik tolong tengok bcaan surah sejadah dan Yassin jap..tukki takut tersilap baca" pinta tukkiku.
"Kak cik hapal kat juzuk mana doh?? doh habes k?? tanya arwah
"Dok gi..bonyok gi tukki dok hafal..doklah banyak macam kak Ngoh satu qur'an hafal" jawapku
"kak cik hapal satu qur'an nanti boleh tolong tukki kat kubur"katanya sambil tersengih menyerup air kopi..
....................................................
Tanpa kusedari mataku dibanjri air dan mulutku terkumat-kamit mengalunkan ayat2 suci Qur'an disisi arwah..Arwah apabila dibacakan ayat suci Qur'an pernafasan yang kuat makin nampak perlahan..Betullah kata2 Allah
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram. (13:28).”
Semua adik-beradik ummiku berkumpul di hospital bila mendapat berita yang mengejutkan.Memang sangat mengejutkan sebelum nie tukkiku tak ada tanda2 kanser pun tup2 selepas medical cheuk-up 'kanser tahap 4'..Mengucap panjang ummiku saat pertama kali kukabarkan pada beliauku
Hari-hari bersama beliau
Setiap biasa kami cucu2,mak2 saudara dan ayah2 saudara akan bergilir2 menjaga tukkiku tapi kakakku, kak cik Na, Abang qi dan Along syazwan adalah orang yang paling banyak menjaga arwah..(Semoga Allah merahmati korang :)).
Kagum melihat arwah meskipun dalam keadaan sakit beliau masih ingat surah2 yang dihafal dulu..Dimulutnya bergerak2 mengalun surah sejadah, ayat Qudsi dan lain2..Meskipun dengar tak dengar..
"eh..orang Jordan bacelah ayat nie...alif lammimm..tanzilulkitab...." pinta arwah dalam keadaan lemah
"baiklah tukki" jawapku
Kubaca sambil berlenang air mata melihat arwah mengikut setiap ayat yang kubacakan..SubhanaAllah sebenarnya dalam ujian yang Allah bagi pada kita ada 2 je samaada kita makin rapat dengan Allah @ makin jauh dengan Allah.Arwah sedikit penat dan fikirannya sedikit terganggu sehingga menyebabkan beliu ingat2 lupa dek kerana terlalu tinggi kandungan dadah setiap dos ubat yang diberikan.
Sedang ku membaca Qur’an tiba2 arwah tukkiku tegur
"Mung nie sape" tanya arwah
"kak ciklah"
"anak Yang(panggilan ummiku) k" tambahnya lagi
"ye,tukki kenal dok," tanyaku
"oo.. benda nama mung?" tanyanya lagi
"kak cik..Orang Jordan tukki" jwapku
"oo....nok cerita kat mung sket nie"
Arwah menceritakan tentang pengalaman beliau ketika muda dulu..Panjang lebar sehinggalah beliau tertidor..Dalam banyak-banyak yang beliau cerita satu part memang terkena katku.
"Mung kena ajor semua sedara2 nie tau..Mung paham agame kna ajor ngaji sampai pandai..jangang pecoh beloh dengan sedara2 nie..jgn gocoh2..kne rapat2..klu mung tak dok peteh(duit)mung ambiklah tanoh2 tukki nie............." Panjang lebar nasihat arwah..
Saat genting
Semakin hari arwah semakin tenat.Dulu mampu bercakap dan bergerak dan pada saat itu arwah makin tenat sehingga tidak mampu bercakap dan bergerak..Satu peristiwa yang masih segar difikiranku saat arwah sangat2 tenat dan sedang nazak..Ketika itu giliranku untuk menjaga arwah bersama seorang sepupuku..First time aku berhadapan dengan orang yang sedang nazak..Time tu ummiku belum sampai di hospital.
"Kak cik bisikan syahadah kat telinga tukki..lagi 5 minit ummi sampai" pinta ummiku dalam hpku
Aku terkaku seketika melihat arwah setenat ini..
"Tukki ikut kak cik baca..LAILAHAILLAH" bisikku di telinga arwah..Berkali2 ku bisikkkan..
Namun arwah tetap tenat sehingga ummiku sampai dan ummi sapukan muka arwah berserta air zam2..alhamdulillah keadaan semakin tenang dan kembali stabil
Ya Allah begitu susah untuk mengalami sakarulmaut itu..sakit dan sangat sakit sehinggakan Rasulullah sanggup menanggung kesakitan sakaratulmaut umat ini pada baginda sendiri kerana tidak mahu kesakitan itu ditimpa oleh umatNya......
Rawatan alternatif
"Kita kena berusaha selagi mampu berusaha" kata ummiku dengan penuh semangat
Ummiku adalah seorang yang tak kenal erti putus-asa..Selagi mampu berusaha perlu berusaha..Ummiku mengambil keputusan untuk mencuba rawatan alternatif untuk merawat arwah meskipun tak ada harapan untuk dirawat di hospital..Meskipun arwah sakit tenat saat itu namun semangat dan motivasi beliau untuk sembuh amat tinggi..
Kembali dengan tenang
Hpku bernasyid dan skrin menunjukkan gambar abahku
"Assalamualaikum...bah.." Jawapku dengan suara yang ceria
" Waalaikumsalam..Kak cik..tukki dah tak ada" kata abah
"Inalillahiwainnailaihirajiuun.." kataku sambil menahan sebak dan terus menutup hpku..
"kak bie tukki kami dh meninggal duni" beritahuku pada roomateku sambil menahan sebak..Mula2 try senyum namun tak mampu terus masuk bilik dan mangambil mushafku untuk kusedekah Yassin pada arwah .
Sebak sangat ketika tu..tak mampu lagi untuk senyum namun dalam hatiku berbisik alhamdulillah berakhirnya juga penderitaan yang dialami dengan kerehatan yang abadi..Semoga Allah mengampunkan dosa2 arwah tukkiku dan menempatkan beliau dalam kalangan orang2 yang soleh..
Ummi selalu berpesan pada kami "Jangan lupa doa dan sedekahkan kat arwah tukki" nasihat seorang ummi kepada anaknya
“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." “ (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Sebenarnya banyak hikmat disebalik apa yang berlaku..Sepanjang arwah tukkiku sakit tenat hubungan antara kami sanak-sedara makin rapat..Masing2 kna jaga arwah ikut turn dan berpasang2..
p/s:wawa ingat tak kenangan kita buka puasa kat koridor hospital berlantaikan simen sebab time tu tak bawak surat khabar sebagai alasnya..
18 September 2011 dalam kenangan
"Semoga ikatan pertalian darah kita semakin erat dan diredhai Allah"
Maaf ini hanya coretan ringkas dr seorang hamba Allah yang bernama cucu..
read more "Coretan seorang cucu"

Jumaat, 3 Februari 2012

Lelaki dan perempuan 'saling memerlukan'

Kongsi



Wanita dan lelaki adalah makhuk Allah yang dianugerah kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ada yang berpendapat bahawa wanita dan lelaki adalah makhluk asing kerana banyaknya perbezaan antara mereka.

Di sini nak berkongsi satu kupasan yang menarik tentang tajuk diatas oleh Abu Hassan Ali Nadawi

Mula-mula sekali ingin saya bacakan sepotong ayat Al-Quran, dan
kemudian saya akan cuba menerangkan pandangan Islam tentang
perhubungan sosial dan menggambarkan betapa ianya amat realistik di dalam
kehidupan bermasyarakat Ayat itu bermaksud :

Wahai Manusia' Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu
dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang
biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan
mempergunakan namanya' kamu saling meminta antara satu sama lain, dan
peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
mengawasi kamu.
(Surah An-Nissa': 1)


Ayat ini menerangkan dengan jelasnya pandangan Islam tentang kedudukan wanita,hak-hak serta kewajipan lelaki dan wanita.Pertamanya,Allah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dijadikan dengan cara yang sama dan matlamat kewujudan mereka amat berkait rapat,seolah-olah mereka berasal dari tubuh yang satu.Kelainan dalam binaan tubuh-badan mereka menyebabkan mereka menjalani kehidupan ini dengan selesa.

Kedua-dua lelaki dan wanita dicipta dari satu jiwa dan jiwa itu dibahagikan kepada dua bahagian, namun demikian tidak wujud percangahan atau permusuhan sesama mereka. Dalam menjalani hidup ini, kaum lelaki diberikan seorang teman hidup dari jenisnya sendiri yang mana ia adalah sebahagian daripada tubuhnya. Selepas itu umat manusia berkembang biak dari mereka berdua.

Allah S.W.T merestui penyatuan, kasih sayang dan kehidupan rumahtangga mereka dengan menambahkan bilangan mereka,dengan ini mereka yang pada asalnya cuma dua orang kini telah berlipat ganda menjadi berjuta-juta orang sehingga tiada siapa yang dapat
memberitahu berapa ramai jumlah manusia yang dilahirkan di dunia ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Allah membayangkan ramainya bilangan mereka dengan menggunakan perkataan "Berkembang Biak".

Kemudian Allah menyatakan: Takutilah Allah yang atas namanya kamu meminta kepada orang lain. Satu saranan yang bersifat revolusioner pertama kali disebut oleh Al-Quran iaitu dalam hal ehwal pengendalian ekonomi manusia, tiada seorang pun boleh berdiri sendiri, semua orang bergantung kepada orang lain.

Setiap orang pada masa yang sama ialah seorang pemberi dan seorang peminta. Pembahagian ini bukanlah pada satu pihak terdiri dari.peminta-peminta dan pada satu pihak lagi adalah pemberi-pemberi. Si peminta juga adalah pemberi dan begitu juga sebaliknya. Setiap orang diikat oleh rangkaian hak-hak dan kewajipan,Dalam susunan (network) hidup bertamaddun setiap orang saling memerlukan antara satu sama lain.

Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau memintanya kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah.Seperti: "As aluka billah" ertinya: Saya bertanya atau meminta kepadamu dengan nama Allah.

Tanpa wanita, tiada lelaki yang dapat memenuhi perjalanan tabi'enya dengan cara yang selesa dan mudah, dan begitu juga, tiada wanita soleh yang dapat menjalankan kehidupan yang bahagia dan tenteram tanpa ada seorang teman hidup. Allah Pencipta alam menjadikan mereka saling memerlukan,yang mana tanpa ada seorang maka kehidupan seorang lagi menjadi tidak sempurna



Ikatan antara lelaki dan wanita adalah ikatan Iman dan kasih sayang; ikatan yang mendalam, rapat dan semula jadi. Ini, merupakan satu ikatan yang unik.Semua ini ialah keajaiban yang lahir dari menyebut nama Allah.Satu dunia baru dilahirkan apabila disertakan dengan Nama Allah.Muslim dan Muslimah tidak boleh bercampur secara bebas antara satu sama lain dan adakalanya mereka tidak boleh berjalan sama.'Mereka bukan muhrim’ (Mereka tidak boleh masuk ke bilik Muslimah dan sebaliknya).Tetapi satu ikatan yang suci dibuat sebaik sahaja Nama Allah di sebut di antara mereka


Dengan mempergunakan Namanya kamu saling meminta antara satu sama
lain.


Ayat ini seterusnya mendesak supaya kita bertaqwa kepada Allah yang dengan menggunakan Namanya kita menghalalkan apa yang dihalalkannya dan mencetuskan revolusi dalam kehidupan kita. Al-Quran telah menggunakan satu ungkapan yang tiada tolok bandingnya untuk menjelaskan perhubungan yang rapat antara suami dan isteri.

Ayat itu menyebut: Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. (S. Al-Baqarah 2:187) Hanya Al-Quran sahaja yang mampu menggunakan perkataan
pakaian dalam konteks ini. Pakaian digunakan untuk menutup kebogelan dan perhiasan hidup. Ia menyimpulkan kepada kita segala-galanya yang merangkumi pengertian perhubungan cinta, kepercayaan dan sikap amanah antara suami dan isteri. Jika tanpa pakaian manusia kelihatan seperti haiwan dan tidak berupa manusia yang bertamadun, maka begitu juga tanpa perkahwinan, manusia adalah tidak bertamadun.

Di dalam Islam perkahwinan tidak dianggap sebagai satu keperluan tetapi tergolong sebagai suatu Ibadah yang menghampirkan manusia kepada khalidnya atau dengan kata lain, konsep perkahwinan di dalam Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan biologi atau kehidupan sosial yang tanpanya kenikmatan hidup menjadi tidak sempurna, tetapi ia mempunyai kepentingan Aqidah dan mempunyai kedudukan sebagai satu Ibadah. Rasulullah S.A.W menunjukkan contoh yang terbaik dalam kehidupannya.Sabda Baginda "Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada keluarganya, dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku." Jika saudara mempelajari sirah Rasulullah S.A.W saudara akan ta'ajub terhadap kehormatan yang Islam berikan kepada kaum wanita. Usaha Rasulullah S.A.W untuk menggembirakan isteri-isteri Baginda, penglibatannya dalam aktivitiaktiviti rekreasi mereka dan keadilannya terhadap mereka amatlah mulia

Rasulullah amat baik hati dan sayang kepada kanak-kanak, sehingga Baginda akan memendekkan solah (Namaz) yang paling di sukainya, jika ia mendengar suara anak-anak menangis, inilah kemuncak kemurahan hati dan pengorbanan. Tiada suatu pun yang lebih berharga bagi Rasulullah selain dari Solat. Meskipun demikian Rasulullah menyatakan," Kadang kala saya gemar memanjangkan solah tetapi apabila saya mendengar suara kanak-kanak menangis, saya memendekkannya dengan berfikir yang ini akan menyusahkan hati para ibu (yang turut sama dalam solah jema'ah)". Contoh-contoh ini ada di hadapan kita.
Allah meminta kita menjaga nama baik kita. Kita tidaklah boleh mempunyai kepentingan yang lain. Perintah ini ditujukan kepada lelaki dan wanita. Saudara-saudara kini hidup dalam masyarakat Amerika. Kita bukan sahaja mesti memperkenalkan ajaranajaran
Islam kepada masyarakat Amerika, tetapi juga kita mesti menunjukkan model (contoh) sistem kekeluargaan Islam kepada mereka.




Perasaan kasih sayang dan sifat percaya mempercayai yang menjadi tunggak kehidupan keluarga sekarang ini diambil alih oleh sifat kepentingan diri dan syahwat. Ahli-ahli falsafah moden berasa bimbang dan kajian-kajian untuk menjaga keutuhan keluarga telah dilakukan. Seharusnya wujud perasaan simpati dan kasih sayang dari kedua-dua belah pihak, kerana inilah sahaja yang dapat memberikan kebahagian yang sebenarnya.

Walaupun berlaku kemiskinan dan kelaparan tetapi dapat diatasi oleh ketenteraman
kerana di sana terdapat kesediaan dan perasaan kasih sayang dan mengongsi perasaan antara satu sama lain. Sampai ke hari ini pun terdapat banyak keluarga di Timur yang tidak cukup makan tetapi mereka hidup bahagia kerana ada perasaan kasih sayang. DiBarat,terdapat segala kekayaan, penemuan saintifik, dan pencapaian keilmuan - tetapi hati-hati itu tidak merasai ketenangan dan kepuasan. Mereka tidak mampu menjadikan Rumah tangga mereka sebagai syurga.
Seperti kata Iqbal:la mencari orbit bintang, tetapi tidak dapat menyelami dunia pemikirannya.

Smg sama2 mendapat manfaat...Ssengguhnya stiap apa yang diciptakan Allah ada hikmah disebaliknya..

Ringkasan dr ceramah Abu Hassan Ali nadawi
read more "Lelaki dan perempuan 'saling memerlukan'"

Contoh muslimah abad 20

Kongsi


Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar
tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula
ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari
penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil
statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada
hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan
yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser

Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina
Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh. Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik
oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.



Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah peluru
durjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazali
terus berbai'ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am penganti Hassan
Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan
pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan
mengambil pengajaran daripada mereka.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang yang dihormati, seorang 'Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untuk
meneruskan da'wah ditengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab Al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan berbagai cara bagi melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital. Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab
sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, ia bersumpah "sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku". Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masih dalam Tahanan.

Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan,
kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat
dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal
Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan
menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu
dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti
Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi
Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: "Dalam perjuangan ku tidak
bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah" Jamal Nasser
telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah,
Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali
Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya pembunuhan telah
dirancangkan……sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab di tahan…..
setelah di tangkap semula, setelah di bebaskan pada tahun 1964.

Penyeksaan yang menyiksakan

Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta,
dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akal
dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran.
Setelah sampai ke penjara beliau diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajardihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia.
Merekamengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada
berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk
menanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluhpuluh
orang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali.
Dengan kata-kata yangkasar, ia diheret kehilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besarseperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan saya berdoa dalam hatisaya. "Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah
pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan
tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan
daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai".


Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke
dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan)
yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catitan, yang saya tahu
itu adalah buku catitan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa
Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.

Di waktu itu saya mendengar azan 'Asar ... saya bersyukur kerana ALlah
SWT telah menyelamatkan saya dari "keganasan syaitan". Saya dapat
menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan
sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan.
Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel
kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusia yang
diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin.

Mereka sedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjara itu. Mereka adalah
pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang
pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya
berdoa "Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami
daripada kejahatan orang-orang yang jahat."

Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinya dinyalakan
dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjinganjing,
anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjinganjing
itu dilepaskan kepada saya... saya memejamkan mata dan meletakkan
dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas
lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya
merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu.
Sayamembuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya...
dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan
memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai.

Saya berdoa "Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah,
agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!"
Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar.

Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah... itulah
yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa apa
kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah S.W.T
bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.
Beliau mengeluh dan merasai ni'mat kurniaan Allah yang tinggi serta
kemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya

Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan
Jamal Abdel Nasser (la'natullah 'alaih) kepada pegawai penjara yang
memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap
lelaki.

Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula
dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk...
dan macam-macam lagi penyeksaan... dengan segala sepak terajang dan
pukulan-pukulan cota…menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di
hospital beberapa kali.

Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk
memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata "Duhai Makcik ku (Ya
Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya
memukul mu, Ya Khali". Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai
perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada
esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda
itu ditembak mati

Di sini jelas menunjukkan bahawa muslimah yang jelas fikrah dan kuat hubungan dengan Allah akan menyerahkan segala-galanya dan tidak takut yang kepada Allah. Tawakal dan yakin kepada Allah menjadi kunci kejayaan dalam menempuh ujian dan dugaan di dalam kehidupan kita ini.Penyerahan yang total kepada Allah menyebabkan hati seorang muslimah itu tenang dan sabar walaupun dalam kondisi yang berbahaya bagi dirinya krna yakin bahwa Allah yang Maha Memelihara dirinya.

Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al-
Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu
berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari
Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika
Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata:
Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan
tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu
. Inilah kekufuran yang
berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau
dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb,
bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di
dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang
disapu dengan najis.

Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis. SubhanaAllah hebatnya mereka2 yang diproses melalui tarbiyah imaniyah.

Sahabat2 sekalian seandainya kita berada ditempat zainab apakah iman kita akan diterjemahkan seperti mana keimanan beliau.Hanya orang masuk ke dalam proses keimanan sahaja yang mampu bertahan dengan dugaan dan cubaan. Sanggup disiksa dan menahan kelaparan demi menengakkan syahadah di muka bumi Allah ini.. Hanya keimananan yang amiq dan penuh keyakinan bahawa tidak ada pertologan yang datang melainkan pertolongan daripada Allah.




Rujukan :Petikan tulisan-tulisan: Zainab Al Ghazali
(1) Al Yuum Fi Hayati (Beberapa hari dalam hidupku)
(2) Tulisannya dalam majallah Al-Da'wah
read more "Contoh muslimah abad 20"