Memaparkan catatan dengan label perkongsian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkongsian. Papar semua catatan

Isnin, 14 Disember 2009

lamaran dari bumi palestine

Kongsi

Dalam kedinginan air cond di bilik kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan berwajah kearaban. Hatiku tertanya-tanya. "Dari mana pulak minah arab ni?". Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba pensyarah sudah ada di hadapan. Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran ekonomi, Profesor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi. "." Aku memulakan bicara.. "waalaikumsalam warahmatullah. " Jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis. "Kamu boleh cakap melayu tak?." Tanyaku dalam nada yang kurang yakin. "Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu." Jawab gadis dengan Bahasa Melayu yang lancar.

Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu gadis arab ini. "Oh ya, nama saya Afanizam." "Nama saya Siti Hawa dari palestin." Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari palestin. Sebuah negara yang menjadi perhatianku kerana kerakusan penceroboh dari bangsa yahudi. Ini buatkan aku ingin bertanya lagi. "Kat sana tiada universiti ke?" "Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan Israel." Jawab Siti Hawa dalam nada yang sedih. "Negara kamu sekarang tengah bergolak, apa peluang perkerjaan kamu di sana selepas habis belajar?" "Memang kami tidak ada peluang tetapi sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan tuntutan islam supaya mencari ilmu, kan menuntut ilmu tu satu ibadah, betul tak?" "Betul. Betul." Jawabku sambil tersenyum. "Sebenarnya saya sungguh simpati dengan nasib saudara-saudara kita di sana, dan saya menyokong apa jua gerakan untuk membebaskan bumi Palestin dari pencerobohan Israel.

" "Terima kasih, saya begitu hargai sokongan kamu dan masyarakat disini. Sebenarnya kami bukanlah pengganas seperti yang didakwa, malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh israel." "Keluarga kamu macam mana?" Tanyaku lagi. "Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban dalam satu serangan tentera Israel." "Oh, saya minta maaflah. Semoga kamu bersabar." "Tak apa, saya redha dengan apa yang terjadi, eh sabtu depan kampus ada majlis keamanan sejagat untuk palestin, kamu datanglah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kami." "Insya-Allah. " Jawabku dengan ringkas. "Oklah, saya minta diri dulu kerana ada kelas." Pinta Siti Hawa. "Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik."

"Terima kasih." Balas Siti Hawa sambil mempamerkan senyuman yang manis. Sejak pertemuan itu aku amat tertarik dengan perwatakan Siti Hawa, aku lihat dia seorang yang gadis yang lemah lembut tetapi cekal dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Pada majlis keamanan sejagat untuk Palestin kelihatan begitu ramai sekali mahasiswa yang datang, menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Palestin mendapat perhatian dari mahasiswa pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam lautan mahasiswa itu, bebola mataku tercari-cari seorang yang bernama Siti Hawa, namun dalam lautan manusia begini memang susah untuk mencari seseorang. Tepat pukul 9.00 malam majlis pun bermula. Ketika itu aku dapat rasakan kedinginan air cond dewan besar ini telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan berapi yang penuh semangat dari dua orang panelis yang mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon bapak pengganas tu tahu tentang majlis ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar untuk membedil dewan besar ini. Bila tiba panelis ke-3 aku agak terkejut.

Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah seorang panelis yang mewakili rakyat palestin dalam majlis itu. Aku lihat gadis palestin ini berucap dengan begitu bersemangat dan telah memukau ribuan mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala pengalaman di bumi Palestin diceritakan dengan begitu menyayat sekali sehinggakan ada mahasiswi yang menangis. Dan itulah kali pertama aku melihat air mata Siti Hawa. Air mata jernih yang memancarkan seribu penderitaan umat islam Palestin. Pagi jumaat ini aku hanya ada satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku terus keluar untuk bersarapan. Dalam perjalananku ke Restoran Maulana untuk bersarapan tiba-tiba ada satu suara memberi salam. "." ". Eh ustaz, minum ustaz." "Ana baru minum tadi. Ni ana dapat maklumat ada 'kenduri' lepas jumaat ni kat Masjid Ar Rahman." "Kenduri? kenduri apa tu ustaz?" "Untuk membantah keganasan Rejim Israel. kalau tak ada apa anta datang la." "Insya-Allah ustaz." Dengan membawa kain serban aku menuju ke Masjid Ar Rahman untuk bersolat jumaat di sana.

Tengah hari itu kelihatan jemaah begitu ramai sekali yang terdiri daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang sehingga ada yang terpaksa membuat saf jemaah di luar. Sebaik sahaja solat selesai para pimpinan mahasiswa memberikan ucapan yang berapi-api membidas kekejaman Israel yang disambut dengan laungan takbir dan kecaman terhadap Rejim Zionis. kami bersiap untuk berarak dari masjid secara aman dengan membawa pelbagai kain rentang. antaranya tertulis, "Hidup islam hancur Israel!" Akupun mula menutup mukaku dengan kain serban seperti pejuang Hamas dan memakai winbreaker untuk menghadapi kemungkinan ditimpa `hujan asid'. belumpun kami melangkah, telah kedengaran bunyi dari hailer. "Dalam masa 5 minit kamu semua diminta bersurai!" "Perhimpunan ini adalah tidak sah mengikut akta polis." "Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama."

"Saya ulangi bersurai sebelum pihak kami mengambil tindakan." Di depan kami FRU telah bersiap sedia dengan belantan dan perisai. Yang amat menggerunkan sekali, sebuah lori water canon dengan muncung meriamnya dihalakan ke arah kami bersedia untuk menurunkan `hujan asid' pada bila-bila masa. dalam keadaan yang agak gawat ini, pimpinan mahasiswa meminta kami semua bertenang sementara mereka berbincang dengan pegawai polis untuk mendapat kebenaran berhimpun. Selepas beberapa minit berbincang kami tetap tidak dibenarkan untuk meneruskan perhimpunan dan nampaknya kami terpaksa mengakhiri perhimpunan dengan bacaan doa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Tetapi belum sempat bacaan doa dihabiskan kedengaran bunyi loceng diikuti semburan air dari lori water canon. Keadaan menjadi semakin gawat. Ada yang cabut lari menyelamatkan diri dan ada yang bertahan situ.

Laungan takbir bergema dalam suasana yang gawat itu "Allahu akbar!" "Allahu akbar!" "Allahu akbar!" Barisan FRU mula mengejar dan membelasah sesiapa sahaja yang ada di depan mata mereka. Sekalipun orang itu tidak tahu-menahu tentang demonstrasi itu. Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh `hujan asid'. Dalam kesamaran, mataku terpandang seorang muslimat yang telah diperlakukan dengan begitu kasar oleh anggota FRU hingga tudungnya hampir tertanggal. Aku begitu marah dan dengan nekad terus menghayunkan topi keledar ke arah anggota FRU tersebut sehingga anggota FRU tersebut tersungkur. Aku membawa muslimat itu lari ke tempat yang selamat. Bila keadaan reda baru aku perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku selamatkan itu adalah Siti Hawa. "Eh, kamu ke Siti Hawa?" Aku bersuara dengan termengah-mengah. "Masya-Allah, kamu rupanya yang selamatkan saya." Siti Hawa juga terkejut.

Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis lalu aku bertanya. "Kenapa kamu menangis?" "Saya menangis bukan kerana sakit dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh sedih kerana sebuah negara yang didakwa sebagai negara islam sanggup mengasari orang yang berhimpun untuk membantah kekejaman Rejim Zionis." terkedu bila aku dengar kekesalan yang diluahkan oleh Siti Hawa itu. Itu belum lagi aku ceritakan tentang pasukan kriket Israel yang ditatang, rakyat yang membantah pula diterajang pada tahun 1995.

Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah hampir 2 tahun dan ini adalah hari terakhir aku dapat bertemu dengannya. Hari ini aku bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku pendamkan selama hampir dua tahun. "Apa rancangan kamu selepas ini?" "Insya-Allah selepas ini saya akan balik ke negara saya, Saya telah dilamar di sana dan saya telah menerima lamaran itu." Aku hanya tersenyum mendengar katanya itu tetapi dalam hatiku amat kecewa kerana gadis Palestin ini telah dilamar orang. Sayang sedalam-dalam sayang, bunga yang ku puja akan sunting orang. Namun begitu aku redhakan hati ini dan berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan harinya aku mengiringinya ke lapangan terbang. "selamat tinggal wahai sahabatku, hulurkanlah doa untuk perjuangan kami di sana, saya akan tetap merindui kamu."

Itulah kata-kata terakhir yang keluar dalam mulut Siti Hawa sebelum dia berlepas. Hari itu juga ku lihat lambaian terakhir darinya dengan wajahnya yang begitu berseri-seri dan bercahaya sekali. mungkin itulah gambaran kegembiraannya yang akan pulang ketanah airnya dan akan berumah tangga dengan pemuda yang dikasihinya. Sudah sebulan berlalu, aku menjadi pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Namun begitu aku tetap merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan dengannya dahulu dia ada memberi nombor telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis yang akan menjadi isteri orang. hari ini cuti hujung minggu, namun aku tetap bangun awal pagi. Mungkin kerana kebiasaan aku sejak menuntut di universiti lagi. Pagi itu aku tidak bercadang untuk kemana-mana, aku hanya berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan aku membaca surat khabar. Aku terus membuka halaman berita antarabangsa kerana bagiku berita-berita dalam negeri adalah tidak adil dan tidak beretika. Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur apabila terbaca satu tajuk berita yang berbunyi, "Seorang lagi serikandi Palestin yang bernama Siti Hawa telah melakukan operasi syahid di pos kawalan tentera Israel dengan meletupkan diri sendiri." Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baca.

Rupa-rupanya maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu adalah lamaran untuk berjihad dan mencapai syahid. Dalam masa yang sama isyarat SMS dari telefon bimbitku berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya ianya adalah SMS dari Siti Hawa yang tertulis, "sebenarnya saya juga mencintai kamu, tetapi saya lebih mencintai Allah dan rasulNya." Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Aku yang selama ini tidak pernah menangis kerana mempertahankan keegoanku kini menangis tanpa mempedulikan alam sekeliling ku. Selepas solat aku menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada arwah dan berdoa semoga arwah diberikan syahid yang tertinggi oleh Allah.

http://www.cintakup adayangsatu. blogspot. com
read more "lamaran dari bumi palestine"

Khamis, 3 Disember 2009

MuRAh SGT ke KITA nih???

Kongsi
Artikel ini ana ambil dr satu blog.Satu perkongsian utk kita semua ttg cinta.

salam alaik....
huh...pertanyaan ini sdah bnyk kali menusuk kalbuku sehinggalah driku terbaca diari seseorg.....rasa agak bersalah nmun ia seoalah2 menjwb satu persatu soalan dlm diriku ini.....Ya Allah bantulah hambaMu ini lantas diriku mengambil keputusan utk dimuatkan dan dikongsi bersama teman2 lain.....so truskan pembacaan... :)

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa pun. Apalagi mencurahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatku tersadar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku karena Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapak terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku dari lelaki manapun karena aku tidak mau membelakangimu.

Aku menghalang diriku dari mengenali lelaki manapun karena aku tidak mau mengenal lelaki lain selainmu, apa lagi memahami mereka. Karena itulah aku sekuat ‘kodrat yang lemah ini’ membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah karena rumah itu tempat yang terbaik buat sorang perempuan. Aku sering merasa tidak selamat dari diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada karena contoh banyak di depan mata.

Aku palingkan wajahku dari lelaki yang asyik memperhatikan diriku atau coba merayuku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku dari lelaki ajnabi (asing) karena Sayyidah Aisyah Radhiyallahu `Anha pernah berpesan,

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias pribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dimubazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari ridha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Wassalam..

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya. Cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.



hatiku tersentak setlh usai membacanya....sugguh benar kata2nya.....duhai tmn bkn niat di hati utk meleteri dirimu tp ingatlah "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri."

Semoga kita sama2 memperoleh cinta terangungNya.Syukran kpd Idaratul syatifiyah memberi keizinan utk mencopynya

read more "MuRAh SGT ke KITA nih???"