Rabu, 26 Januari 2011

Pengangguran hati

Kongsi


HATI yang menganggur lebih berbahaya daripada tubuh badan yang sakit. Seseorang yang memiliki hati pasif, diam dan tiada gerakan ibadat sebenarnya sudah mati sebelum dicabut nyawanya. Kekosongan hati timbul akibat lemahnya semangat manusia untuk bangkit dan melawan keinginan hawa nafsu.

Kita perlukan semangat melupakan kesedihan, bangkit dan berjuang melawan musuh yang nyata iaitu syaitan. Tiada seorang manusia yang tetap tinggi kedudukan imannya. Ada kala dia terjatuh dan tersungkur, kemudian menyesali kelalaian dan kembali bertaubat. Ini digambarkan dalam al-Quran bermaksud:“Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” Surah Ali Imran: Ayat 135

Hati menganggur, malas dan berputus asa ada ciri-ciri sebagai berikut:

Berlebih-lebihan melakukan perkara mubah. Terlalu banyak berehat, santai dan mengisi kekosongan masa dengan hiburan, makanan, tidur yang panjang, bermain dan bergurau, banyak tertawa, panjang angan-angan dan semua itu berbahaya jika diteruskan dalam kegiatan seharian. Kehidupan serba senang tanpa cabaran dan tekanan membuat manusia lupa diri dan lemah semangat bila ditimpa susah. Berhati-hati jika terus berada dalam zon selesa. Orang mukmin hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan paling teruk yang menghalangnya.

Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan RA yang hidup sebagai Khalifah paling berkuasa selama berpuluh-puluh tahun pernah berkata: “Aku memakai pakaian daripada semua jenis kain, tetapi tidak pernah menemui sehelai pakaian terbaik setanding pakaian takwa. Aku juga sudah merasai semua jenis makanan, tetapi tidak pernah menemui kelazatan seperti kelazatan sabar. Aku memiliki segala jenis kenikmatan, tetapi tiada kenikmatan mampu menandingi kenikmatan duduk mendekatkan diriku kepada Allah SWT.”

Anggota badannya menolak hidayah Allah SWT. Pernahkah anda berasakan suara hati anda menyuruh berbuat baik, melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat? Sebenarnya dalam jasad manusia ada yang mempengaruhi hati dan perasaannya, adakah ia unsur malaikat atau unsur syaitan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia diiringi temannya daripada bangsa jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Sahabat bertanya: “Pada dirimu juga ya Rasulullah? Sabda baginda: Padaku juga begitu, tetapi Allah Taala menolongku terhadapnya sehingga ia tiada menyuruhku melainkan kebaikan saja.” (Hadis riwayat Muslim)

Hati yang suka menganggur menjadikan syaitan sebagai teman karibnya. Sementara hati yang aktif dan positif gerakannya dipengaruhi hidayah Allah SWT. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu menggerakkan kita berbuat baik. Hidayah-Nya saja menunjuk kita ke arah jalan selamat. Namun, ramai manusia menolak hidayah Allah SWT. Mereka lahir sebagai orang Islam, tetapi tidak mahu belajar agama Islam. Mereka dipilih Allah SWT sebagai hamba-Nya yang beriman, tetapi membiarkan dirinya kecundang oleh bisikan nafsu dan syaitan. Mengapa kita menolak hidayah Allah SWT yang berada di dalam hati kita? Allah Taala berfirman bermaksud: “Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai. (Surah Al-A'raf ayat: 179).

Biasanya masa membuat mereka bertangguh menerima hidayah Allah SWT. Sampai bila harus menunggu? Jika tulang rapuh dan mata menjadi rabun, fikiran bercelaru, mengapa menunggu kematian menjemput, padahal setiap hari hidayah Allah SWT itu turun ke hati kita. Persekitaran mempengaruhi keperibadian kita. Jika suka duduk bersama dan mendengar perbualan ahli perniagaan berjaya atau pakar motivasi hebat, kita semestinya terpengaruh dengan kata rangsangan dan galakan untuk lebih berjaya. Namun, jika melepak bersama orang bermentaliti lemah dan kualiti kehidupannya juga rendah, sedikit sebanyak ada pengaruh ditinggalkan dalam karakter diri kita. Lebih baik rajin di dunia dan menganggur di akhirat selama-lamanya daripada memanjangkan angan-angan di sini, namun sengsara tiada penghujungnya di akhirat.

read more "Pengangguran hati"

Khamis, 30 Disember 2010

Perayaan Tahun Baru

Kongsi


Tatkala lembaran kalender tinggal satu lembar sahaja, menunggu detik 31 Disember setiap tahun, kebanyakan orang mulai sibuk membuat segala persiapan untuk menyambut tahun baru Masehi. Pusat-pusat membeli belah dan gedung pakaian saling bersaing dengan menawarkan diskaun besar-besaran sempena tahun baru. Lalu, bagaimana Islam memandang perayaan tahun baru ini?

Telah diketahui, bahwa perayaan tahun baru Masehi bukanlah kebudayaan Islam. Bahkan kebudayaan ini berasal dari kebudayaan orang bukan Islam. Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada umatnya untuk menjauhi perayaan-perayaan yang membawa kepada pembaziran dan yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada masyarakat dan rakyat.

Dalam hadits yang shahih dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam datang ke Madinah, mereka memiliki dua hari besar untuk bermain-main. Lalu beliau bertanya, “Dua hari untuk apa ini ?” Mereka menjawab, “Dua hari di mana kami sering bermain-main di masa Jahiliyyah.” Lantas beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kalian untuk keduanya dua hari yang lebih baik dari keduanya: Iedul Adha dan Iedul Fithri.” (HR. Abu Dawud)

Dan dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Barangsiapa yang berdiam di negeri-negeri orang asing, lalu membuat tahun baru dan festival seperti mereka serta menyerupai mereka hingga dia mati dalam kondisi demikian, maka kelak dia akan dikumpulkan pada hari kiamat bersama mereka.” (Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, Syarah hadits no. 3512)

Kemudian Allah juga mengisyaratkan hal yang sama. Allah Ta’ala menjelaskan ciri-ciri ‘Ibadur Rahman (hamba-hamba Allah yang beriman):
والذين لا يشهدون الزور وإذا مروا باللغو مروا كراما
Artinya:
“Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qs. Al-Furqan: 72)

Sebagian ulama seperti Rabi’ bin Annas rahimahullah menafsirkan الزور (az zuur) pada ayat diatas dengan “hari-hari besar kaum musyrikin” (Lihat Mukhtashor Al Iqtidho‘)

Kesimpulannya, hamba-hamba Allah yang beriman tidak akan menjebakkan diri mereka ke arah kehancuran. Lihat sahaja pada malam ambang tahun baru. Kebanyakan golongan muda-mudi mengadakan hubungan terlarang, konsert dan ada yang mengadakan pesta arak.

Islam Melarang Tabdzir (Pembaziran).
Dalam merayakan tahun baru, tentu ada biaya yang dibelanjakan. Bahkan sampai ada yang menghabiskan wang hingga mencecah ribuan Ringgit hanya untuk mengadakan pesta sempena Tahun Baru! Padahal acara atau pesta tersebut tidak memiliki sebarang manfaat. Maka acara seperti ini dalam syariat Islam dinilai sebagai acara yang sia-sia saja. Sehingga menghamburkan banyak harta dalam acara seperti ini adalah termasuk menyia-nyiakan harta, atau disebut juga tabdzir, Allah melarang perbuatan tersebut dan mengecam pelakunya yang disebut mubadzir iaitu orang yang membazir.
Allah Ta’ala berfirman:
إن المبذرين كانوا إخوان الشياطين وكان الشيطان لربه كفورا
Artinya:
“Sesungguhnya para mubadzir (pemboros) itu adalah saudara-saudara dari setan. Dan setan itu adalah makhluk yang ingkar terhadap Rabb-nya.” (Qs. Al Isra: 27)
Allah Ta’ala tidak mencintai orang-orang yang memboroskan harta. Sedangkan wang dan harta yang digunakan untuk perayaan tahun baru adalah termasuk perkara membazir. Maka seorang muslim yang baik tidak akan mudah terikut-ikut dengan adat yg telah sekian lama diraikan ini. Wallahu'alm.

~Akademi Syariah MMY~
read more "Perayaan Tahun Baru"

Sabtu, 18 Disember 2010

Bersemangat ats keimanankah kita???

Kongsi



Siapakah itu orang-orang beriman?

Orang-orang beriman adalah mereka yang menjadikan redha Allah Subhanahuwata’ala sebagai tujuan tertinggi dalam kehidupan mereka dan berusaha keras untuk mencapai tujuan tersebut serta mereka ini sanggup berjuang mengorbankan harta bahkan jiwa mereka.

Golongan yang beriman mengabdikan hidup mereka untuk Allah Subhanahuwata’ala dan bersedia mengorbankan segala sesuatu yang mereka miliki, harta dan lain-lainnya, untuk mencari redha Allah Subhanahuwata’ala dan mendapatkan syurga-Nya. Orang-orang beriman menyibukkan diri dan istiqamah walau dalam keadaan yang sangat berat sekalipun. Mereka mengucapkan: Hasbunallah (cukuplah bagiku Allah).

Berbalik pada diri kita sekarang antara kita nak atau tidak kerana ingatlah tiada kemulian kecuali kemulian islam.


Semangat yang dihasilkan oleh iman merupakan kekuatan yang dapat meningkatkan kemampuan fizik dan mental. Sehingga orang beriman menjalani setiap saat dalam hidupnya dengan baik dan produktif. Semangat yang tumbuh kerana kecintaan kepada Allah Subhanahuwata’ala memberikan kekuatan spiritual, daya tahan, kemahuan dan keberanian yang tinggi. Melalui kekuatan spiritual orang-orang beriman mengatasi setiap kesulitan dan terus berusaha keras untuk menuju Allah Subhanahuwata’ala dalam apa jua situasi dan keadaan yang mereka hadapi.

Apakah semangat yang sebenarnya??

Apabila dikatakan tentang semangat mungkin terbayang difikiran kita sekarang orang yang sedang bercakap dengan nada yang tinggi dan menyala2 @ melakukan kerja dengan penuh tekun..itukah sebanarnya semangat menurut al-Qur'an dan sunnah??

Semangat adalah perasaan yang sangat kuat yang dialami oleh seseorang.
Semangat, dalam pengertian umum, digunakan untuk mengungkapkan minat yang mendalam, pengorbanan dan kegigihan untuk meraih sesuatu tujuan. Setiap orang mempunyai tujuan yang ingin diraih di sepanjang hidupnya.

Berbekalkan semangat, manusia berusaha untuk mencapai tujuan seperti menjadi kaya, memiliki karier cemerlang, menjawat jawatan tinggi, mendapat penghormatan, menerima pujian, lulus cemerlang dalam peperiksaan dan mendapat keuntungan dalam perniagaan.



Namun, semangat bagi sebahagian besar manusia, tidak dapat bertahan seumur hidup kerana ia tidak mempunyai landasan yang kuat. Mereka tiada matlamat khusus yang dapat memberikan kekuatan untuk mempertahankan semangat di sepanjang hayat.

Siapakah manusia yang tidak pernah kehilangan semangat?

Satu-satunya jenis manusia yang tidak pernah kehilangan semangat di sepanjang hidupnya ialah manusia beriman. Ini kerana sumber semangat mereka ialah keimanan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Matlamat mereka ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahuwata’ala, rahmat-Nya dan syurga-Nya..

Apakah faktor org2 beriman ini tidak pernah padam???

Semangat org-org beriman tidak pernah padam kerana mereka ini tidak pernah ragu2
Ayat ini menunjukkan bahawa semangat orang-orang beriman bersemayam dalam hati mereka. Perjuangan dan jihad mereka berlangsung seumur hidup, tanpa ragu-ragu dan hanya bersandarkan kepada ke¬imanan Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya.

“Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”
(al-Hujurat: 15).

Faktor lain yang membuat semangat orang-orang beriman tetap kuat dan segar adalah kerana rasa takut dan harap yang tinggi di hati mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala kebaikan padanya, Dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harap. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(al-A‘raf: 56).

Apa itu takut dan harap???

Makna rasa ‘takut dan harap’ ialah:

Seorang yang beriman tidak pernah menganggap bahawa keredhaan Allah Subhanahuwata’ala kepadanya telah terpenuhi. Ia juga tidak mengandaikan bahawa akhlaknya telah sempurna sehingga layak dan terjamin untuk mendapat syurga Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan hatinya sentiasa takut akan hukuman Allah Subhanahuwata’ala. Justeru itu beliau terus-menerus berusaha menyem¬pur¬nakan akhlaknya. Dan, terus meneruskan mengharapkan redha Allah Subhanahuwata’ala.



Beliau akan terus bersemangat dan berusaha semaksima mungkin untuk memperoleh redha Allah Subhanahuwata’ala dan mendapatkan cinta-Nya. Pada hatinya terkandung sifat-sifat takut dan harap sekali gus. Beliau bekerja keras, tetapi tidak pernah merasakan usahanya mencukupi dan tidak pernah menganggap dirinya telah sempurna, sebagaimana dinyatakan dalam ayat-Nya


“Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang di suruh oleh Allah supaya dihubungkan, mereka takut kepada kemurkaan Rabnya dan takut dengan hisab (perhitungan amal) yang buruk.”
(ar-Ra‘d: 21).

Rasa takut kepada Allah Subhanahuwata’ala menyebabkan mereka berwaspada dan menjauhi sifat lalai. Dan, rasa harap kepada Allah Subhanahuwata’ala menyebabkan mereka gembira akan janji syurga-Nya (atau khabar gembira) untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ini menyebabkan mereka bersemangat dan iltizam (komited) dengan ‘amal Islami. Antara ayat Allah Subhanahuwata’ala yang menceritakan khabar gembira bagi orang-orang beriman ialah:

“Dan sampaikanlah berita gembira kepa¬da orang-orang beriman, bahawa sesungguh¬nya mereka memperoleh kurnia yang besar daripada Allah.”
(al-Ahzab: 47).

Iman yang tulin dan tulus akan melahirkan semangat yang besar. Pemiliknya akan berlumba-lumba untuk bekerja dan memperolehi redha Allah Subhanahuwata’ala.
Ayuhlah syabab wa fatayat kita bangkit bersemangat berlandaskan al-qur'an dan sunnah..

p/s:Bersemangat utk melawan hawa nafsu dan syaitan lebih lagi di musim syita' nie..Ayuh kita jadi org2 yang berjaya di sisi Allah..Baiki diri dan serulah org lain..
read more "Bersemangat ats keimanankah kita???"

Rabu, 15 Disember 2010

Saat lafaz sakinah

Kongsi




Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang..ALhamdulillah akhirnya dgn izin Allah dpt up date blog nie..afwan blogku dah berabut.

BarakaAllah kuucapkan kepada pasangan Munaeem(Along)dan Qbee baru disatukan oleh Allah..Semoga pernikahan ini makin mendekatkan diri kepada Allah.Meskipun ku tidak bersama kalian namun doa kukirimkan tanda kasih-sayang seorang adik kepada abangnya

Penulisan ini khusus buatmu wahai abang dan kakak iparku...

Saat lafaz sakinah dituturkan oleh seorang lelaki yg akan mendapat pangkat menjadi seorang suami maka pada saat itulah semakin bertambah amanah dan tanggungjawapnya .


Pernikahan adalah amanah sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW
“Kalian menerima isteri berdasar amanah Allah SWT”


RUMAH TANGGA MESTILAH DIBINA DI ATAS ASAS KEIMANAN DAN UBUDIYYAH KEPADA ALLAH SWT. Inilah ASAS yang paling KUKUH dan TEGUH yang menjadikan kesemua aktiviti rumah tangga adalah IBADAH kepada ALLAH SWT.

Cinta adalah kurniaan Allah SWT yang di tempatkan di dalam hati manusia yang menjadi pengikat yang kukuh antara suami dan isteri, yang mana keduanya membina rumah tangga atas ‘taqwa kepada AllahSWT’. Suami isteri saling cinta mencintai kerana Allah SWT.

“Cinta kerana Allah SWT akan membawa kepada mencintai Allah dan dicintai oleh Allah SWT”

Matlamat pembentukan rumah tangga


Islam itu syumul dan mengambil berat kepada seluruh kehidupan penganutnya.Dalam aspek berumah tangga ini islam telah mengariskan matlamat , bukan sahaja mengikat dua insan yang mencintai antara satu sama lain tetapi islam memandang dengan pandangan yang jauh iaitu:

1)Mendirikan syari‘at Allah SWT dalam urusan rumah tangga;

2)Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan roh;

3)Mewujudkan Sunnah RasuluLlah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehingga umat manusia merasa bangga akan kehadiran kita;

4)Memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak, dan ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpang akhlak dan perilaku.

Pernikahan dan hidup berumah tangga adalah satu ibadah yang mempunyai matlamat yang tinggi, antaranya untuk membina generasi yang boleh mewarisi tanggungjawab menegakkan Deen Allah SWT dan mengatur bumi ini menurut syari‘at Allah SWT. Kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga ini dibina dengan usaha bersungguh-sungguh dan ikhlas atas tujuan untuk memperolehi keredhaan Allah SWT. Kebahagian ini dibina di atasa dasar-dasar: IMAN, CINTA, MAWADDAH, RAHMAH, AMANAH, SABAR dan penunaian hak serta tanggungjawab sebaik mungkin.



Di sini adikmu di perantauan mendoakan agar kalian berdua bahagia dan mendapat redha Allah di dunia dan akhirat..



read more "Saat lafaz sakinah"

Isnin, 8 November 2010

Rasulullah............

Kongsi
Rasulullah…………………….

Ya Rasulullah aku rindu padamu dgn sesengguhnya
Namun ku malu dgnMU wahai Rasulullah
Aku malu dgn dosa dan tangunggjawap yg ku lalaikan
Sungguh pun engkau korban seluruh jiwa ragamu utk islam
Engkau bermula da’wahmu dgn penuh keyakinan meskipun
Ketika itu keadaan masyarakat sangat pekat jahiliyyah
Namun engkau jalankan masuliyyah di amanah dgn penuh kesabaran

Ya nabi Allah,
Ku cukup tersentuh apabila engkau mengatakan
Ketikamana engkau bertanyakan kepada Para sahabat ttg siapa yang lebih mulia
Sahabat menjawap2 satu persatu namun engkau mengatakan
Bahawa ada lagi orang yang mulia
Engkau terus menundukkan kepala dan menangis lantaran rindukan
Akan golongan yang mulia itu
Para sahabat tertanya2 dan menangis bersama Rasulullah
Seorang Sahabat Rasulullah bertanya kpd baginda
Wahai Rasulullah mengapa engkau menangis ?
Golongan yang mulia itu adalah orang yang mengikuti sunnahku
Mereka ini tidak pernah bersua dgn ku namun mereka ini
Meneruskan perjuanganku dgn keyakinan
Mereka ini sangat merinduiku dan aku merindui mereka

Ya Allah……
Masukkanlah aku dikalangan orang yang mulia yang dikatakan oleh Rasulullah itu
Bercucuran air mata bila engkau mengatakan bahawa engkau juga merindui kami
Sungguh tulus rasa cintamu kepada ummatmu ini
Cinta itulah yang menyebabkan engkau disayangi oleh semua makhluk .
Kehangatan cintamu pada ummatmu ini sampai di hayatmu
Engkau menyebut ummati, ummati, ummati….
Sayang dan cintanyamu kpd kami semua

Ya ibnu Abdullah ….
Meskipun kami tidak pernah bersua dgnmu di dunia ini
Namun ku dapat merasai gelombang kehangatan cinta dan kasihMU
Bahang cinta dan kasihmu pada kami tetap menyala di hati ini
Bagaikan pelita yang tidak akan kehabisan minyak

Ya Allah ….
Engkau yang mengetahui apa yg ada dalam hati ini
Kehangatan perasaan utk bersua utk berjumpa baginda dan para sahabat
Bagilah aku peluang utk bersua dgn baginda walaupun seketika


Ya Rasulullah
Aku akan teruskan perjalanan da’wah dan tarbiyah ini
Dgn kesungguhan dan istiqamah
Ketika ku lemah dan merasai sukarnya jalan ini
Kan ku bayangkanmu Ya Rasulullah
Jika Engkau berada kitamana kuberada
Engkau akan sabar dan tabah mengharuginya
Ya Rasulullah engkaulah inspirasiku…………….



irbid, 30 septmbr 10
read more "Rasulullah............"

Isnin, 25 Oktober 2010

15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI

Kongsi
.



1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.



13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

oleh Belia Waja Watan
read more "15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI"

Khamis, 21 Oktober 2010

Selamat berjuang wahai sahabtku....(STAM)

Kongsi


Selamat berjuang buatmu wahai sahabat2ku disana...Ana disini sangat merindui kalian semua..kenangan kita bersama2 kan kupahat dlm hatiku...

Kenangan bersama
Kenangan bersama kalian memberi makna kepada ana..Peribadi kalian sendiri merupakan tarbiyah buat ana.Mengenali kalian semua menjelaskan ana ttg makna ukhuwahfillah yang sebenarnya..Setiap saat kumendengar peringatan2 yg berguna dlm rangka utk menbersihkan hatiku ini..Kalian amat cakna akan keadaan imanku lantaran melihat shaksiyahku yg makin teruk..Kumasih ingat kalian mengingatkan ana dgn hanya ayat2 yg simple tp bermakna "Anti lainlh sjk akhir ni" "Tajdid niat selalu" Kata2 ini mengajak ana utk bermuhasabah.Kesibukan yg menyebabkan tiada masa utk diri sendiri menyebabkan hati makin sakit.Sebab itulah da'wah tanpa tarbiyah tak ada sama juga jika terbiyah tanpa da'wah.Da'wah dan tarbiyah perlu berjalan seiring

Dekatkan diri pada Allah
Bersahabat dengan kalian mendekatkan ana dgn Allah dan menyedari bahawa utk memikul da'wah dan tarbiyah ini bukan bersendirian tp secara berjemaah..Ya kusedari kepentingan amal jima'ie yg sebenarnya..1 tahun setengah bersama kalian bagaikan sudah bertahun2 bersama..


Ujian melanda
sebenarnya jika dunia ini sentiasa cerah kita takkan merasai kenikmatan kehidupan. Adakalanya Allah akan turunkan hujan rintik2 dan ada juga Allah turunkan hujan lebat bersama kilat dan petir utk menguji hambanya. Itulah warna-warni kita bersahabat.Jika tidak diuji maka tidak akan merasai kemanisan berukhuwah.Tak kenal maka tak cinta..Makin ku mengenali kalian makin kumencintai kalian kerana Allah. Kalian adalah cerminku..Kalian tidak pernah membiarkanku melakukan kesalahn & dosa secara berterusan..Bersahabat dgn kalian membentukku utk takut berbuat dosa..bukan kerna takut pd kalian namun takut akan Allah swt..Apabila memandang wajah kalian mengingatkanku akan Allah.SubhanaAllahn indahnya

Masa itu ubat
Berukhuwah diiringi dgn niat yang tulus serta hati yang bersih akan merasai manisnya ukhuwah itu sendiri.. Wahai sahabat Ku tahu permulaan utk kita serasikan hati ini amat susah dan memerlukan satu proses pembentukan serta pengorbanan.. Hati ini tidak bersatu lantaran karat2 jahiliyah yang masih ada dlm hati kit..Semua menyedari hakikat ini justeru itu kita meletakkan hati kita utk berada dlm proses tarbiyah.Kita bersama2 membersihkan hati dan menyatukan hati dgn menghadirkan hati kita dalam halaqah disamping solat, mambaca Al-Qur'an dan lain2... Akhirnya dgn izinNya kita disatukan dan saling merasai ukhuwahfillah itu..Tarbiyah dan masa membentuk kita menjadi spti sekarang..Masa itu adalah ubat.. perkataan ini selalu diungkapkan dlm halaqah. Kita selalu nak natijahnya segera padahal Allah lebih memandang usaha kita bukan natijah

Buat sahabatku khassah 2 (2010) Azimah,Fairuz,Syafina,Nashrah,Aisyah,Hajar,G-ah,T-hah,Farhana dan sahabat2 kemboja lain..Kalian adalah sahabat2ku.Ana lafazkan satu kata2 yg suci " Ana uhubukifillah" (Aku mencintaimu kerana Allah). Lafaz ini merupakan satu perasaan persaudaraan dan cinta pd Allah menjadi sebesar2 bekalan di hadapan arus kebendaan yg melanda ini.Perasaan ini adalah tanda2 s'sorg itu mendapat kemanisan iman.smg kita merasai kemanisan iman itu insyaAllah aminn

SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABAT&SAHIBAH KHASSAH 2 DLM STAM .KEJAYAAN ANTUM ADALAH KEJAYAAN ISLAM..BAWALAH ISLAM DIMANA SAJA KITA BERADA..JADILAH KITA PUTERA/RI ISLAM AKHIRAT YG BERMATLAMAT JAUH..ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!
BUKTIKAN KHASSAH 2 '10' MAMPU MENGEGARKAN BUMI MATRI...
JD MURABBI ELOK2 Y. NNTI MAILAH JORDAN YE..

read more "Selamat berjuang wahai sahabtku....(STAM)"