Rabu, 23 September 2009

Petaka kekosongan dan Kelalaian

Kongsi

Kalimat ini diungkapkan dgn sebenarnya utk menyatakan bahawa petaka yg menimpa seorg da'i muslim bukan hanya datang dr perlawanan yang dilakukan oleh org2 kafir terhadapnya.Bukan kerana ia dipenjara,disiksa dan dibiarkan kelaparan,melainkan tak kalah parahnya dgn petaka lain yang ditimbulkan oleh kelemahan cita2nya dan kesenanagannya kpd kesantaian.

Ya memang betul petaka ini pernah melanda kudulu.Merasai jiwa ini kosong apabila berjauhan dgn sahabat2 sefikrah dan jauh dari bi'ah solehah.

Petaka yang sebenarnya bagi seorang da'i adalah kesia-siaan,kelalaian dan kekosongan waktunya. Adakalanya petaka ini makin bertambah parah manakala terbuka baginya pintu kelalaian sesudah ditenggalam dalam kesenangan.Kesenangan dunia bisa melenyapkan kepekaan hati dan jauh dari Allah.

Sesungguhnya da'i muslim tidaklah memiliki dirinya sehingga senang dan seronok menggunakan masa cutinya dgn perkara yang kurang berfaedah,melainkan sebagaimana yg dikatakan oleh seorg yg terkemuka dlm bidang ini bahawa dirinya telah 'diwakafkan kpd Allah' Ustaz Al-Maududi Rahimahulullah pernah berkata:

"Sungguh merupakan suatu keharusan bagi kamu utk memiliki api semangat yg selalu menyala,minimal spti menyalanya perasaan yg terdapat dalam hati seseorang di antara kamu bila menjumpai anaknya dalam keadaan sakit.Ia tidak puas sebelum membawa ke doktor utk mengubatinya @ sebagaimana perasaan sseorg bila tidak menemukan ssuatu pun di dlm umahnya utk menutupi kebituhan anak2nya.Dia tentu dilanda rasa khuatir dan keadaan itu memaksa nya utk mengerahkan segala jerih payahnya utk mendapatkan kebutuhan tersebut"

Sesungguhnya menjadi satu keharusan pula bagimu utk memiliki perasaan yg jujur di dalam dadamu,sehingga selalu sibuk di setiap waktu utk berusaha menempuh tujuanmu.Perasaan ini akan memenuhi hatimu dgn ketenangan dan memacu akalmu utk berfikir scr ikhlas,tulus dan terurus.Diteruskan dgn kata2 seorg ulama'

"Izinkan saya utk mengatakan kpdmu bahwa sesungguhnya bila kamu melangkah di jalan da'wah ini dgn perasaaan yang dingin,yakni tanpa perasaan yg kamu temui dlm hatimu bila tersangkut pada urusan isteri2mu,anak2mu dan ibubapamu maka pastilah kamu akan mengalami kegagalan yang teruk.Yaitu kegagalan yg membuat generasi penerus tidak berani lagi utk berfikir menekuni gerakan da'wah spt itu sampai masa yg cukup lama.Kerana itu sebelum melakukan langkah yg besar kalian diharuskan mengukur kekuatanmu dan memeriksa bahagian mana dr niat dan akhlak yang mesti diselesaikan terlebih dahulu."

Ketika ibnu Jauzy ditanya oleh s'seorg dgn pertanyaan
Bolehkah aku memberikan kelapangan yg luas bagi diriku utk bersenang2 dgn hiburan yg diperbolehkan?

Maka Ibnu jauzy menjawap dgn ungkapan yg ringkas

"Dalam dirimu terdapat kelalaian yg cukup bagimu utk menghentikannya."
Manakala Ibnu Qayyim yg mengatakan:
"Memang mengantuk dan tidur yang melalaikan itu adalah satu keharusan,akan tetapi jadilah engkau org yang tidak banyak tidur."

Ungkapan ini bukan bermakna kita mencela istirehat sesudah kepenatan tapi hanyalah memininkanya sampai batas yg diperlukan oleh tubuh.
Jadilah engkau org yg tidak banyak tidur hai da'i muslim agar engkau dapat meraih tekad yg besar ini.
"Waspadalah terhadap tidur yg melalaikan,
kerana usia ini tdk lama"

"Buanglah kata2 'nanti' dan 'akan' kerna keduanya merupakan penyakit berbahaya."

Imam as-syahid menyukai bila persiapan seorg da'i melampui apa yg dituntut oleh hari yang dijalaninya,sampai kpd rencana utk menggunakan waktu di keesokan harinya.Dengan demikian bererti seorg da'i stiap saat sentiasa berniat utk melakukan suatu kebaikan

"Dia tidur dgn membawa niat
dan tekad yg paling utama"

"Hatinya menguasai fikirannya dan tangannya dapat menjalankan semua urusan dan kepuasaan jiwanya terletak pada kelelahan jasmaninya"

(Ar Raqa'iq)
read more "Petaka kekosongan dan Kelalaian"

Selasa, 22 September 2009

Makanlah tapi jgn berlebih2an

Kongsi


"Cukuplah seorang dikatakan berlebih-lebihan jika ia menyantap semua yg disukai"(Umar Al-Kattab)

Apabila anda membaca perkataan diatas apa yang anda boleh tafsirkan?? Perkataan yang diucapkan dr seorang yang dijamin syurga.Renungkan dan muhasabahlah wahai sahabat2ku seislam.Sempena Hari Raya Aidilfitri ini janganlah kita bersantap utk melepaskan dendam dan geram kerna sebulan kita berpuasa.Ada sesetengah org berpendapat sebulan mengekang nafsu dari makan sebulan juga kita beraya dan bersantap utk melepaskan dendam. Awaslah wahai sahabatku seislamku ingatlah apa sebenarnya hakikat kita berpuasa di bulan Ramadhan.

"Barangsiapa kekenyangan ,maka akn mendapat 6 bahaya :

1) Kehilangan manisnya munajat kpd Allah
2) Susah menghafaz ilmu
3) Kurang perhatian terhadap sesama insan
4)Mengira org lain juga sudah kenyang
5) Merasa berat beribadah
6) Bergelojak syahwat
Orang mu'min akan menyibukkan dirinya dilingkungan masjid sementara org yg kenyang perutnya akan sibuk disekitar tempat pembungan sampah @ kotoran.
read more "Makanlah tapi jgn berlebih2an"

Bagaimana mengatasi kebiasaan menunda???

Kongsi


Menunda@sifat bertangguh adalah satu pekerjaan yang biasa dilakukan oleh semua org tidak kira muda @ tua.Saya sebagai seorang pelajar sikap ini memang biasa melanda pada setiap pelajar kecuali pelajar itu mmg sangat menghargai masa.Di sini saya ingin berkongsi sedikit tip utk mengatasi sikap bertangguh

1.Tentukan jadual pelaksanaan aktiviti anda

2. Jangan menyerah pada masalah2 sulit

3.Ingatlah,cara termudah mengatasi masalah ini adalah tidak membiarkan sikap ini bertumbuh sjk awal.

4.Ingatlah penundaaan menghalangi dr kesuksesan& ia bukanlah satu langkah utk mengatasi masalah yg anda hadapi

5.Pilihlah tugas anda,agar dpt anda kuasai

6.Berilah dirimu hadiah tatkala berhasil menyelesaikan satu tugas

7.Ingatlah,tiada yg dapat memacu penyelesaian melebihi permulaan , sebab amal yg belum anda mulai tdk akan memacu anda utk menyelesaikannya.



8.Fokuskan pada satu tugas.Jgn membagi2 akal & potensimu , srta jgn berinteraksi dgn lebih dr satu tugas dlm satu waktu.

9.Ingatlah,penundaan itu dpt memacu perang batin.mengurangkani kepercayaan & mengecilkan perhargaan pada diri.


read more "Bagaimana mengatasi kebiasaan menunda???"

Isnin, 21 September 2009

Kembali kpd Fitrah

Kongsi

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kumulakan coretan ini.Alhamdulillah puji-pujian kulafazkan kpd yang Maha Penyayang mengizinkan daku utk menulis setelah bermacam2 halangan.Biasalah raya ni ramai yang berkunjung ke rumah bak kata pepatah melayu tak menang tangan menyambut tetamu.Selawat dan salam kuucapkan kepadaMu Rasulullah jujungan mulia yang tak pernah ku lupakan jasa dan pengorbanan baginda serta sahabat 2 yang berjuang bersama2 utk menyebarkan islam yang indah ini.

SubhanaAllah cepatnya masa berlalu ya itulah tanda2 kecil hari kiamat cepat waktu berlalu.Tanpa disedari kini kita melangkah ke bulan Syawal meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia,bulan mentarbiyah nafsu.Hati kecilku sedih utk meninggalkan madrasah Ramadhan dan berbisik adakah aku bersedia utk menghadapi tipu daya syaitan dan nafsu.Ramadhan merupakan satu anugerah dari Allah kpd umat Muhammad utk mengumpul bekalan dan pahala.Dalam 12 bulan Allah memilih satu bulan utk hamba2 membersihkan diri dan mengumpul sebanyak mana bekalan dan pahala.Ya Maha Penyayang dan Maha Penentu menyedia yang terbaik utk hamba2.Tetapi adakah kita menghargai apa yang dianugerahkan kpd kita.

Sempena kita menyambut Hari Raya Aidilfitri saya mengajak diri dan para pembaca utk bermuhasabah apa yang kita lakukan sepanjang Ramadhan.Adakah ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan hanya pada bulan Ramadhan?(tak termasuk solat terawih) Adakah itu sebagai adat@kita buat sebab orang lain buat juga@kita buat atas kesedaran diri kita sendiri kerna utk meraih redha. Seorang murabbi pernah ingatkan"Ingat kita adalah hamba Allah bukan hamba Ramadhan" Sebenarnya ketika dibangku sekolah menengah bawah itulah ana menjadi hamba Ramadhan tanpa disedari.Apabila ana muhasabah dulu adakalanya nak tersenyum dan sedih kerna dulu dalam kejahilan ilmu.Tahu tentang Ramadhan sbg bulan ibadah dan tidak tahu hakikat sebanarnya.Maha berilmunya Allah memberi ilmu dan kesedaran tentang Ramadhan melalui ibubapa ana sendiri dan murabbi yang dihormarti.Terima kasih kuucapkan.

Di sini ana try nak kongsi apa yang dirasai sepanjang Ramadhan.Alhamdulillah Bulan Ramadhan kali ini banyak mengajar ana erti kehidupan.Awal Ramadhan ana bersemagat utk menyambutnya biasalah seperti kita nak memulakan sesi persekolah mestilah bersemangat dan sediakan persiapan.Aktiviti menonton Tv dan bermain komputer saya kurangkan sebab itu blog lama tak update kerna saya dah tekad utk menumpukan utk ibadah.Indahnya bersama2 Allah tanpa ada gangguan dari syaitan yang dilakna.Beribadah seakan kali pertama menghadap Allah.Segala ibadah banyak mentarbiyah nafsu dan diri.Solat terawih paling kutunggu2 kerna ia dapat mendidik diriku dan nafsuku mengenal erti kesabaran.Bila kukenang kembali sirah Rasulullah macamana kekhusyukan baginda dan para sahabat Rasulullah dalam menunaikan solat sehingga kaki baginda bengkak.LEbih2 lagi Dalam satu rakaat membaca surah yang sangat panjang tetap khusyuk dan menghayati bacaan tetapi realiti hari ini membaca surah Luqman pun boleh tertidur.Tanda akhir zaman Allah akan menarik rasa kekhusyukan beribadah hanya org yg betul2 menyerahkan diri pada Allah akan mendapat kekhsyukan itu.

Dalam kesibukan daku menfokuskan diri dgn ibadah dengan keizinan Allah saya dan sahabat2 diuji dgn problem ukhuwah.Itu perkara yang biasa tetapi masalah ini beratlah juga,Jika ikutkan hati ana nak biarkan masalah nak fokuskan hati kpd beribadah ttp jika difikirkan balik memulihkan pertalian ukhuwah itu adalah satu ibadah juga.Lepas satu masalah selesai muncul satu masalah lagi.Dalam menyesaikan masalah ini banyak yang ana dapat ambil iktibar dan pengajaran dan terus ana buat SWOT buat diri yang tidak sempurna.Sebenarnya ujian dapat mematangkan diri dalam menyelami samudera kehidupan.

Semoga Aidilfitri yang disambut ini kita kembali kpd fitrah kita yg asal.Kita menyambutnya seperti bayi yang baru lahir ke dunia.bersih dari kotoran dosa.

Sesungguhnya Ramadhan kali ini banyak meningkatkan tarbiyah dzatiyah dalam rangka utk mendekatkan diri kpdNya.Ya Allah tabahkan diri ini dalam menempuh samudera kehidupan yang bakal dilalui.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
read more "Kembali kpd Fitrah"