Isnin, 30 Mac 2009

Kongsi
read more " "

Rabu, 25 Mac 2009

Kongsi
read more " "

Khamis, 19 Mac 2009

Wanita Solehah Idaman Mujahid

Kongsi
"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)





Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

iluvislam
read more "Wanita Solehah Idaman Mujahid"

cinta

Kongsi
cinta

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-mu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

Ya Muhaimin
jika aku jatuhcinta
jagalah cinta padanya agar tidak melebihi cintaku pada-mu

Ya Allah
jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana..
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling pada hati-mu

Ya Rabbul Izzati..
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui
syahid di jalan-mu

Ya Allah ..
jika aku rindu
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai merindukan syurga-mu

Ya Allah
jika aku menikmati cinta kekasihmu
janganlah keni'matan itu melebihi keni'matan
indahnya bermunajat di spertiga malam terakhirmu

Ya Allah
jika aku jatuh cinta
pada kekasihmu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-mu

Ya Allah
Engkau mengetahui hati2 ini telah berhimpun
dalam cinta padamu
telah berjumpa pada taat padamu
telah bersatu dalam da'wah padamu
telah berpadu dalam membela syariatmu
kukuhkanlah Ya Allah ikatkanlah
kekalkanlah cintanya
tunjuki jlan2nya
penuhilah hati2 ini dengan nurmu yang tidak pernah pudar
lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepada -mu
dan keindahan bertawakkal di jalan-mu
Amin ya rabba 'alamin

unkown
disusun oleh
serikandi_syawal21@yahoo.com.my
read more "cinta"

RINTIHAN MUSLIMAT IKHWANUL MUSLIMIN DI PENJARA SYRIA

Kongsi

RINTIHAN MUSLIMAT IKHWANUL MUSLIMIN DI PENJARA SYRIA

SURAT DI BAWAH INI TELAH BERJAYA DISELUDUP KELUAR DARI BASSAD SYRIA.IA MENCERITAKAN TENTANG RINTIHAN MUSLIMAT IKHWANULMUSLIMIN YANG DIKURUNG DI DALAM PENJARA SYRIA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG ……

Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata di rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat islam di luar pintu besi ini.Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca kertas dan pen diharamkan.Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding2 hitam yang mengurug kami tetapi kami yakin bahawa surat ini akan sanpai kepada ummat islam seluruh dunia.Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang 2 pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami di dalam penjara jahanam ini.Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahan tetapi kami di sini lebih dari itu.Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat dikalangan kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Kami berharap kami tidak diperanakkan di muka bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memoham agar semua umat islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami.Kalau dahulu apabila seorang muslimat meminta pertolongan khalifah Al-Mu’tasim kerana dizalimi, selruruh umat bala tentera islam dikerahkan untuk menyelamatkan penjara ini yang mana berbu-ribu muslimat diseksa,dizalimni dan dibunuh oleh binatang2 yang tidak berperikemanusian. Ramai di antara kami mengandung akibat perbuatan zina mereka,kami tidak meminta agar dibebaskan.Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan sekali dalamnya

‘’ WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA,CUKUPLAH DENGAN TIDURMU,TAKUTLAH DI WAKTU KAMU SEMUA AKAN DISOAL DI HADAPAN ALLAH DI AKHIRAT NANTI TENTANG APAKAH YANG KAMU LAKUKAN APABILA MENGETAHUI KEZALIMAN DAN JENAYAH YANG DILAKUKAN KE ATAS KAMI, APAKAH KESALAHAN MUSLIMAT2 INI SEHINGGA MEREKA DIROGOL TANPA BELAS KASIHAN OLEH 26 TUKANG SEKSA. APAKAH KESALAHAN MEREKA SEHINGGA SUAMI MEREKA DIBUNUH DI DEPAN MATA MEREKA SENDIRI?????

‘’WAHAI UMAT ISLAM!!!!!!! SEBENARNYA KAMU NYEYAK TIDUR.NAH, APAKAH JAWAPAN KAMU WAHAI UMAT ISLAM.APAKAH KAMI AKAN TERUS BERHARAP SUPAYA KAMU DAPAT MENYELMATKNA KAMI DARI NERAKA YANG TIDAK BERSEMPADAN INI?APAKAH CAHAYA MURNI AKAN MENYINARI KAMI UNTUK MENERANGKAN HATI KAMI YANG TERSEKSA INI?????

BANGUNLAH…………………..BANGKITLAH WAHAI UMAT ISLAM DARI LENAMU

….MUSLIMAT YANG MENJADI MANGSA PENJARA TAGHUT NASIONALIS SYRIA

dituliskan semula:serikandi_syawal21@yahoo.com.my


read more "RINTIHAN MUSLIMAT IKHWANUL MUSLIMIN DI PENJARA SYRIA"

pesanan buat pemuda

Kongsi

Pesanan ini disampaikan daripada murabbi ana yang ana kasihi.Kata2 beliau sangat halus dan menyusuk hati ana.



Wahai pemuda,

Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa. Dan bersyukurlah diatas nikmat Allah yang paling besar lagi tidak terhingga nilainya. Nikmat berada di atas jalanNya yang benar. Jalan para Nabi dan Rasul Allah. Kita berada di dalam nikmat Islam dengan pilihan Allah. Sesiapa yang menolaknya maka padahlah hidupnya dan akan rugilah dia di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud ;

“Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (sistem hidup) maka ia tidak diterima dan dia di akhirat kelak bersama mereka yang rugi.” (Ali Imran, 3:83)

Yakinlah wahai pemuda,

Islam sebagai Deen yang benar menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka yang beriman dan mengambil Islam sebagai sistem hidup sentiasa dicuba oleh musuh-musuh mereka untuk menyekat dan memperdaya penganut-penganut Islam supaya tidak kuat pegangan mereka terhadap Islam. Dan tidak bulat keyakinan mereka dengan janji-janji Allah di akhirat kelak. Hakikat ini telah jelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud;

“ Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya Allah(Deen Allah) dengan mulut-mulut mereka (diayah-diayah mereka) dan Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya Islam walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”
(AtTaubah, 9:32; As-Sof, 61:8)

Usaha memadamkan cahaya Allah telah berlaku sepanjang sejarah hidup manusia di atas muka bumi ini sejak nabi-nabi dan rasul-rasul dahulu kala lagi hingga ke zaman Baginda Rasulullah SAW, di zaman Khulafah Ar-Rashidin hingga sekarang dan akan terus dicuba dan ditentang hingga datang Qiamat. Firman Allah dalam Al-Quran Al-Karim yang bermaksud;

“Sebahagian besar Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kepada mereka kebenaran.” (Al-Baqarah, 2:109)

Ini adalah persaksian Allah tentang sikap permusuhan orang-orang kafir terhadap orang Islam, tidak kira apa juga kedudukan mereka sama ada Yahudi atau Nasrani atau Majusi atau Hinduni dan sebagainya. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Kekufuran itu satu pegangan”


Ingatlah wahai pemuda,

Salah seorang bekas Perdana menteri British ada membuat satu kenyataan katanya;
Barat sekali-kali tidak dapat menguasai timur dan barat sendiri tidak akan aman selagi mana Al-Quran berada di tangan orang –orang Islam”.

Kenyataan yang sama dibuat oleh Pesuruhjaya Perancis di Algeria di bawah jajahan mereka;
“kita tidak akan menang dalam peperangan menentang orang-orang Algeria selagimana mereka membaca Al-Quran Al-Karim dan bercakap dengan bahasa Arab. Oleh itu kita perlu hapuskan AlQuran daripada kehidupan mereka dan hapuskan bahasa Arab dari menjadi bahasa mereka.”

Maksud mereka ”menghapuskan Al-Quran daripada kehidupan orang Algeria”, bukanlah menghapuskan naskhah Al-Quran yang mereka baca tetapi menghapuskan roh Al-Quran di dalam kehidupan mereka. Menghapuskan Al-Quran daripada menjadi manhaj hayah (cara hidup) mereka.

Dalam satu peristiwa lain, seorang ketua gerakan Kristian dalam satu persidangan di Baitul Maqdis satu ketika dahulu menyampaikan amanah kepada pendakwah Kristian sebagai berkata;

“Peranan kamu bukanlah hendak mengkristiankan orang-orang Islam tetapi ialah mengeluarkan mereka daripada Islam supaya menjadi makhluk yang tidak ada hubungan dengan Allah dan tidak berakhlaq.”

Begitu kenyataan pemimpin Kristian di Timur yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar Komunis katanya; “ Mustahil komunis boleh berkuasa sebelum Islam dapat diganyang habis-habisan.” Buktinya apa yang dilakukan oleh Komunis Rusia di Negara Balkan sekarang ini.

Peganglah wahai pemuda,

Pertelagahan antara haq dengan batil adalah menjadi sunnah hidup manusia di alam duniawi ini. Kebatilan dan kekufuran tidak senang dengan kebenaran yang dibawa oleh Islam, Deen Allah melalui Rasul-rasul Allah dan berakhir dengan Baginda Rasulullah SAW. Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 39-40 yang bermaksud;

“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku telah sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dimuka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".

Inilah pengakuan Iblis di hadapan Allah SWT yang ia akan tetap akan mengeluarkan dan menyesatkan manusia di muka bumi ini.

Allah SWT memperingatkan kita supaya berjaga-jaga jangan cuba terpengaruh dan ikut cara hidup orang-orang kafir nanti kita akan ditimpa kerugian yang besar.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 149 yang bermaksud;

“Wahai orang yang beriman jika kamu mentaati orang kafir mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran dan kamu akan kembali rugi”.

Sedarlah wahai pemuda,

Musuh–musuh Islam telah menggunakan berbagai-bagai taktik dan cara dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menyerang islam dan umatnya dengan alat senjata dan askar-askar, pemikiran dan ideologi serta akhlaq dan kebudayaan. Semua bentuk serangan yang tersebut telah mendatangkan kemenangan kepada mereka. Umat Islam kalah di dalam peperangan bersenjata, kalah di dalam peperangan pemikiran dan ideologi dan kalah dalam serangan akhlaq dan kebudayaan. Tengoklah kepada realiti yang berlaku di negara-negara Islam. Mereka diserang dan dijajah baik dengan kekuatan tentera atau kekuatan ekonomi atau kekuatan media elektronik dan sebagainya.

Perhatikanlah cara hidup muda-mudi Islam hari ini malah majoriti orang-orang islam telah terikut-ikut dengan cara hidup musuh-musuh Islam tanpa di sedari seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, gaya hidup dan pemerintahan dan sebagainya seperti yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam. Nauzubillahminzalik.

Bangunlah wahai pemuda,

Musuh-musuh Islam memang bekerjasama sesama mereka untuk menumpaskan umat Islam dengan berbagai taktik dan tipu helah. Secara keras atau secara halus asalkan mereka dapat sampai kepada matlamat mereka iaitu menghancurkan umat Islam dan menghalang mereka daripada memerintah dan memimpin manusia ke arah keredaan Allah SWT . Oleh itu kita umat Islam perlu sedar dan berjaga-jaga dan perlu mengambil iktibar daripada pengalaman yang silam agar kita tidak terperangkap berkali-kali di dalam perangkap musuh dan sepatutnya orang orang mukmin tidak dipagut di dalam lubang yang sama dua kali (pepatah arab). Orang-orang mukmin perlu memiliki kekuatan dalam berbagai bidang bagi melayakkan mereka memimpin dan sekali gus menyelamatkan manusia sejagat daripada terus berada di dalam kesesatan di bawah pimpinan jahiliyah yang penuh dengan angkara kezaliman di serata pelusuk dunia. Sanggupkah kita melihat umat Islam diburu, dibunuh, dihalau, diperkosa dan berbagai-bagai lagi kekejaman yang dilakukan oleh musuh Islam seperti di Bosnia, Palestin, Kashmir, Somalia, Burma, Sri Lanka dan lain lain negara yang minoritinya orang-orang Islam? Umat Islam perlu membina kekuatan mengatasi kekuatan musuh di segi ilmu pengetahuan, perancangan, dan peradaban demi mengembalikan kepimpinan dan khilafah ke tangan umat Islam sendiri.

"Ya Allah! Kami memohon pertolongan dariMu agar kami tetap dalam melaksanakan perintahMu. Dan kami memohon pertolongan dariMu untuk menghadapi musuh-musuh kami sehingga Islam tertegak di atas mukabumiMu. Kurniakanlah kesedaran kepada kami tentang tanggungjawab kami dan kebijaksanaan dalam menguruskannya serta kurniakanlah natijah yang baik. Ya Allah! Jadikanlah kami orang-orang yang cinta kepadaMu dan orang-orang yang mencintaiMu. Jadikanlah kami membenci mereka yang memusuhiMu. Cucurilah rahmatMu kepada kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih."


Hamba yang merindui kebangkitan mujahid dan mati syahid

read more "pesanan buat pemuda"

Warqah buatmu wahai perindu syahid

Kongsi

Warqah buatmu wahai perindu syahid

Ana mulakan warqah ini dgn Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.semoga coretan ini dipandang oleh Allah sbg ibadah kpdNya.Kiriman doa & rindu buat jiwa2 yang mencintai Allah,semoga sentiasa berada di dalam Rahmat & kasih-sayangNya.Marilah sama2 kita memperkasakan lagi hubungan dgn hati dgn Allah yang menjadi tunjang utama serta kekuatan utk mengembalikan keagungan islam.Semoga kita diberi keistimewaan utk membawa risalah Rasulullah SAW.

Saudara sefikrah,

Alhamdulillah Allah mengurniakan kekuatan hati dan qudrat utk mencoretkan warqah ini.Sebelum ana memanjangkan warqah ini marilah kita mentajdidkan niat dlm mendapat rahululjadid kerana hati kita selalu berubah2. Sesungguhnya dalam ruang yang terbatas ini mari kita berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran, demi untuk kita mengutip bekal di sepanjang jalan yang sedang kita lalui. Fahamilah bahawa kita amat perlu kepada bekalan, apatah lagi dalam mengharungi perjalanan yang panjang dan persiapan yang cukup. Marilah kita berusaha mengulang kembali peta kehidupan para sahabat nabi saw dalam diri kita, para pembawa bendera dakwah. Sesungguhnya mereka telah berjaya merealisasikan tugas utama mereka iaitu memakmurkan bumi dan menjadi khilafah di dalamnya, Mari kita kembali menghayati seerah para sahabat Rasulullah saw. Ternyata para sahabat saw sentiasa mencari posisi/kedudukan mereka di sisi Allah, sentiasa mencari erti tujuan hidup mereka, dan apa yang mereka ingin wujudkan dari nilai-nilai Islam dalam jiwa mereka sebelum mereka berusaha melihatnya secara nyata terwujud di muka bumi; untuk bergerak dengan dakwah, seperti Al-Quran berjalan ditengah manusia pada setiap tempat

Dan hal ini, kita tidak mampu mengikut jejak langkah mereka kecuali jika jiwa kita telahhidup, kuat dan penuh semangat, memiliki hati yang baru dan bersih, mampumenggerakkan perasaan yang penuh perasaan cemburu dan gelora terhadap permasalahan umat, membawa ruh-ruh yang bercita-cita mulia, cita-cita itu sentiasa muncul dan bergerak, mengadaptasikan akhlak mulia dalam medan realiti, memiliki tujuan-tujuan yang suci dan kita terus bergerak hingga sampai kepada-Nya. Subhanallah, kini semakin sedar dan fahamlah kita bahawa besarnya amanah untuk umat Islam, iaitu menjaga risalah Allah di muka bumi ini, memiliki martabat ustadziyah alam di dunia, menyebarluaskan dakwah & tarbiah kepada semua masyarakat.

Saudaraku sefikrah,

Tak ada yang tidak berubah dalam hidup ini. Tak ada kondisi yang tetap. Bumi ini berputar, alam bergerak, manusia, haiwan, dan tumbuhan semuanya hidup. Perubahan merupakan sunnatullah yang tidak akan pernah berubah. Keadaan suatu bangsa juga pasti mengalami perubahan. Peta kejayaan dan kekalahan suatu umat pasti bergilir, seperti silih bergantinya malam, seperti perputaran roda. Itulah konsep perubahan yang tunduk pada sunatullah. Ada dua unsur terpenting dari perubahan menurut Al-Bukhturi: Hati yang berkilau dan semangat yang bergelora. Ia menyebutnya dalam ungkapan, "nafsun tadhiwa himmah tatawaqqad" (Diwan al Bukhturi 1/269).

Hati yang berkilau adalah kiasan dari niat yang bersih dari beban noda dan kotoran. Niat yang bersih dari hawa nafsu, ambisi dan kepentingan pribadi, apapun bentuknya. Itulah yang menjadi prinsip dan pegangan Umar bin Abdul Aziz -khalifatul mu’minin yang dijuluki khulafa ur rasyidin kelima. Hisyam bin Abdul Malik menggambarkan hal itu dalam ungkapannya, "Aku tak mendapati Umar melangkah, satu langkah sekalipun, kecuali Umar telah meneguhkan niatnya." (Sirah Umar, Ibnu Abdil Hakam, 30/29) Kuat dan lurusnya niat Umar lah yang menjadikannya berhasil dalam waktu lebih sedikit dari dua tahun, melakukan perbaikan besar yang menyeluruh ke semua wilayah Islam. Umar bin Abdul Aziz, khalifah yang amat kita rindu dan dambakan itu, memang pernah mengatakan niat dan tekadnya saat ia menggantikan posisi khalifah yang sebelumnya dipegang oleh Sulaiman bin Abdul Malik. Ketika itu Umar mengatakan, "Aku akan duduk di sebuah tempat yang tak kuberikan sedikitpun tempat untuk syaitan." (Sirah Umar, Ibnu Abdil Hakam). Itulah niat dan tekad Umar. Bersih, tulus dan kokoh. Itulah jiwa yang berkilau.

Niat yang bersih juga menjadi indikator prestasi dan kualitas amal yang dilakukan pemiliknya. Abdullah bin Mubarak menyebutkan "Berapa banyak amal yang kecil tapi dibesarkan oleh niat, berapa banyak amal yang banyak namun dikecilkan karena niat…." Juga ungkapan tokoh Tabi’in Mutharrif bin Jalil Abdullah, "Baiknya amal tergantung baiknya hati. Baiknya hati tergantung dengan baiknya niat. Siapa yang niatnya baik maka ia akan baik, dan siapa yang niatnya bercampur dan kotor, maka ia menjadi kotor dan bercampur."

Mari bersama, tanamkan keyakinan bahwa niat dan kebersihan hati ini harusnya kita letakkan pada tempat paling tinggi yang paling kita perhatikan. Jangan sampai, berbagai aktivitas lain menjadikan kita lupa dari memelihara niat dan kesucian hati. Inilah yang disinggung oleh Mushthofa Shadiq ar Rafi’i, "Kesalahan terbesar adalah bila engkau berusaha meluruskan dan membenahi kehidupan yang ada di sekitarmu, tapi engkau meninggalkan kekacauan dalam hatimu." (Wahyul Qalam, 2/44)

Syarat perubahan yang kedua, adalah himmah tatawaqqadu, semangat yang tinggi. Niat yang bersih akan menjadi kekuatan dahsyat bila bersanding dengan ketinggian dan kekuatan semangat. Menurut Ibnul Qoyyim, hati itu seperti burung, bila terbang meninggi maka ia akan jauh dari bahaya, tapi bila ia semakin dekat ke bumi, ia semakin terancam oleh bahaya," (Al-Jawabul Kafi, 80, Ibnul Qoyyim).

Kekuatan burung untuk terbang lebih tinggi harus didukung dengan kekuatan niat dan semangat. Ini dapat member gambaran bahawa setiap kali jiwa seseorang meninggi semangatnya maka hati pun akan bersih dari berbagai kontaminasi dan selalu sibuk dengan urusan yang besar. Sekaligus semangat itu pula yang akan menjadikan hati terpelihara dari penyakit dan panah syaithan.

Saudaraku sefikrah
Semangat dan obsesi yang tinggi ini yang menjadikan seorang salafussalih di hadapan murid-muridnya mengatakan, "Demi Allah aku tidak menyukai kehidupan dunia untuk mencari uang atau untuk berdagang, tapi untuk dzikir kepada Allah dan membacakan kepada kalian hadits Rasulullah." (Tarikh Baghdad, 1/352). Ini pula yang menjadikan Hasan Al Banna mendefinisikan pejuang Islam adalah orang yang "Memberikan seluruh hartanya, seluruh darahnya, seluruh jiwanya, di jalan akidahnya yang ia yakini kebenarannya dan ia lakukan hidup untuknya." (Mudazkkiratu dakwah wa da’iyah, 233).

Tak ada jiwa yang tak disibukkan dengan perkara besar, kecuali ia akan disibukkan oleh perkara kecil. Tak ada jiwa yang tidak disibukkan dengan kebaikan, kecuali ia pasti disibukkan dengan keburukan. "Jiwa itu selalu cenderung pada yang enak dan santai. Tidak berselera kepada sesuatu yang tidak disukai dan berat. Maka angkatlah jiwamu sejauh engkau bisa mengangkatnya ke tempat yang tinggi," begitu pesan Muhammad Ahmad Rasyid dalam ar-Raqaiq.

Begitulah indah dan idealnya kekuatan iman. Tapi ingat, semangat yang tinggi, mempersembahkan hidup untuk urusan urusan besar, berjuang untuk kepentingan akhirat, bukan bererti tak menapakkan kaki di bumi. Bukan bererti menolak segala kebutuhan sarana dan prasarana hidup. Sebab justru bekal ketinggian semangat untuk mengarungi perjuangan panjang, harus juga ditopang dengan perbekalan hidup yang cukup.

Saudaraku sefikrah,
Jiwa ini perlu tantangan dan perlu bimbingan. Dalam suasana ada tentangan dan bimbingan yang memunculkan mujahadah atau upaya keraslah akan muncul kualitas iman yang baik. Sayyid Quthb, pejuang da’wah Islam yang syahid di tiang gantung mengerti sekali tentang hal ini. Katanya, "Hakikat iman tidak akan terbukti kesempurnaannya dalam hati seseorang sampai ia menghadapi benturan dengan upaya orang lain -yang berlawanan dengan imannya. Karena di sinilah, seseorang akan melakukan mujahadah sebagaimana orang lain melakukan mujahadah kepadanya untuk menghalanginya dari keimanan. Di sinilah cakrawala iman akan tersingkap dan terbuka. Keterbukaan yang tidak pernah terjadi pada jiwa orang yang merasakan iman secara datar. (Sayyid Quthb, Haadza diin, 10).

Sampai disini saja warqah pada kali ini.semoga ia menjadikan hati kita lebih yakin berada di atas jalan da’wah ini.Masa sangat cemburu pada kita .Jelaskan visi dan misi kita dlm rangka utk berubudiyah kpd Allah.ilal liqa’.wahallahua’lam.semoga menjadi mujahid sejati insyaAllah

Daripada teman sefikrahmu

~(serikandi_syawal21)~

Seorang Pemimpin rom yang telah tewas kepada tentera Islam telah berkata tentang sifat2 pejuang Islam:


إنهم يقومون الليل ويصومون النهار ويوفون بالعهد ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويتناصفون بينهم.


“Sesungguhnya mereka bangun malam untuk berqiamullail, berpuasa pada siang hari, menunaikan janji2 mereka, mengajak kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran dan saling nasihat menasihati sesame mereka.”

read more "Warqah buatmu wahai perindu syahid"

Ahad, 15 Mac 2009

Kongsi
segala puji hanya milik Allah.selawat dan salam semoga selalu tercurah utk Rasul yang mulia.Nabi kita Muhammad saw yang diutuskan Allah utk seluruh makhluk,sbg rahmat bg mereka.Juga sg pembawa kabar gembira dan peringatan,penyeru manusia utk kembali Allah dgn sgl izin-Nya,dan pembawa cahaya penerang bg mereka.ssengguhnya,Beliau telah menyampaikan risalah Allah,menunaikan amanah-Nya,dan menyampaikan nasihat utk umat.

''Ya Tuhan kami,ssguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kpd iman,(yaitu):''Berimanlah kamu kpd Tuhanmu,maka kami beriman.Ya Tuhan Kami,ampunilah dosa2 kami dan hapuskanlh kesalahan2 kami,dan wafatkanlah kami beserta org2 yang berbuat kebaikan.Ya Tuhan kami,berilah kami apa yg telah Engkau janjikan kpd kami dgn perantaraan rasul2-MU,dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat.ssengguhnya,Engkau tdk menyalahi janji'(Ali Imran:193-194)

Bagiku,menulis adalah keahlian yg tdk pernah kuduga ada di dlm diriku dan aku bersyukur bahwa kemampuan tersebut berhasil kumiliki.Aku memuji Allah yg telah memberikan ni'mat tersebut.Allah juga menghendaki,bila akhirnya berada dibarisan org2 berjuang utk islam, yang membuat aku berpindah dr medan kehidupan ke ruang kehidupan yang lain.setelah daku mula mengerti ttg kehidupan ini fikiran2ku ttg kehidupan dan manusia yg ada disekilingku mulai berubah.Akhirnya,aku memahami bahwa ssungguhnya,kehidupan ini adalah risalah dan seluruh manusia adalah saudaraku.Mereka adalah tempatku berda'wah dan aset2 islam.
read more " "