Selasa, 16 Mac 2010

Seuntai rasa buatmu

Kongsi
Alhamdulillah dengan izin Allah qudrat tangan bisa menaip apa yang nak dikongsikan bersama. Harap maaf kepada para pembaca kerna lama tak update blog.

Pada bulan 2 yang lepas kami (puteri Mkh 2) telah melawat murabbi yang dicintai bersama cikgu Azmi.Dalam perjalanan menuju ke sana di fikiran ana terbayangkan muka murabbiku yang sakit, lesu dan tidak bermaya.Rupa2 sangkaan kusilap, murabbiku menyambut kami dengan wajah ceria dan gembira.Aku melihat dan tenung wajahnya terpacar sinaran nur dan tidak puas aku melihatnya.

Dalam pertemuan selama 2 jam itu dimanfaatkan dengan tazkirah oleh UDMZ.Di dalam hatiku memuji-muji Allah tidak kusangka pentazkirah yang amat aku rindukan selama ini berada di depanku sedang bercakap.Ustazku banyak cerita tentang pengalaman hidupnya dan secara langsung dapat menaikkan semangatku utk berjuang dlm medan ilmu ini.

Dari tazkirahnya apa yang cukup terasa tentang adab terhadap murabbi.Beliau mengaitkan tentang kisah anak2 Harun Ar-Rasyid. Anak2 Harun Ar-Rasyid ini sangat menghormati gurunya sehingga apabila guru menanggalkan selipar utk masuk ke masjid lantas 2 org anak Harun Ar-Rasyid berebut utk menyusun selipar gurunya di tempat yang khas.Berkat dari menghormati gurunya dan kesungguhan dlm menutut ilmu akhirnya anak Harun Ar-Rasyid menjadi pemerintahan yang adil dan bijaksana.

Bersungguh-sungguhlah dlm menuntut ilmu sebenarnya zaman antum semua senang utk menyambung pelajaran, ambilah peluang ini.Buktikan kpd dunia bahawa islam boleh berjaya.Dalam pertemuan itu juga beliau asyik menyebut2 tentang kelas yang nak dibuat. Marilah ke rumah ana, bawa satu kelas, ana boleh mengajar antum semua.Semangat ustaz menimbulkan satu kesedaran dan semangat dalam kepentingan belajar.

Sesengguhnya murabbiku ini seorang yang sangat cekal dan tabah dlm menyesuri kehidupan ini. Beliau akan terus berjuang hingga nafas yang terakhir.Murabbiku ini adalah qudwah hasanah bagi kami utk dijadikan teladan.Semoga Allah merahmatimu dan menyembuhkan segala penyakitmu.amiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan