Jumaat, 11 Jun 2010

Adakah aku ikhlas???(1)

Kongsi

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"Ikhlas adalah satu rahsia antara hamba dan Allah .Ia tiada diketahui malaikat sehingga ia tiada kuasa menuliskannya.Tiada pula diketahui syaitan,sehingga ia tiada kuasa merosakkannya."


Adakah aku ikhlas???pertanyaan aku timbulkan dalam diriku untuk bermuhasabah dalam rangka untuk mendekatkan diriku pada Maha Pencipta.Selama 19 tahun ku dapat menghirup udara secara percuma dan mendapat pelbagai nikmat.ku bertanya pada diriku sendiri apakah tanda2 aku ini ikhlas dalam kerja da'wah dan tarbiyah ini.

Alhamdulillah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui ia menjawap persoalanku ini melalui satu perbincangan dalam halaqah yang disampaikan oleh murabbiku cg Azmi.

Syarat2 Allah menerima sesuatu amal itu bukan hanya terletak kepada keikhlasan seseorang itu tetapi perlu melihat kepada kehendak syara'.Contohnya 'bercouple' berkata si fulan kepada si fulan yg perempuan "Aku berkenalan dan cinta padamu ikhlas, jika tak percaya belahlah dadaku ini." Kata2 manis ini selalu diungkapkan utk menunjukkan keikhlasan seorang kekasih kepada kekasih namun ia tidak menepati syara'.Tanda keikhlasan itu boleh dilihat melalui seorang bayi yang masih kecil.Jika kita mengutuk @ mengeji bayi itu dia tetap tersenyum.Orang yang ikhlas(Mukhlis) tidak mengharapkan ganjaran ataupun balasan orang lain selain Allah serta tidak mengharapkan kemasyhuran.contohnya kita telah menolong seseorang itu namun dia tidak berterima kasih pada kita.Masa itu kita nilai diri kita jika kita terasa bermakna kita perlu meningkatkan keikhlasan dan pengharapan kepada Allah.

"Sesengguhnya,kami memberikan makanan itu hanya mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasanmu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.Sesengguhnya kami takut azab Allah di saat orang bermuka masam penuh kesulitan"(al-insan 9-10)

Ayat cinta dari Allah ini begitu jelas menunjukkan bahawa orang2 beriman yang ikhlas dalam beramal.Allah itu tidak pernah mensia2kan amal kebajikan yang dilakukan oleh hambanya yang mengharapkan keredhaanNya.

Ayuh mari kita muhasabah diri kita sendiri wahai sahabatku sekalian tentang apakah tanda2 keikhlasan itu?

Tanda2 Keikhlasan.............

1) Takutkan kemashyuran/ sanjungan

Berkata seorang ulama' terkenal Ibrahim Adham :
"Orang yang kasihkan kemasyuran , dia tidak berlaku benar pada Allah"
sifat inginkan kemashyuran merupakan jika apa yang ana belajar ulum naf fi al-qur'an merupakan satu fitrah insani yang menginginkan berkuasa dan mashyur.Namun bagi orang mu'min perlu mengontrolnya dengan syariat Allah.Malahan sahabat2 nabi dahulu tiadak suka akan kemasyhuran namun pada hari mereka terkenal seluruh dunia.

Ayyub As-Syarkhari menasihati kita supaya:

1) Orang mu'min perlu peka akan keadaan hati

2) sentiasa memperhatikan niat sebelum,sedang dan selepas beramal


2) Orang yang menganggap dirinya sentiasa cuai kepada Allah

"Dan mereka yg memberikan pa yg mereka (sedekahkan) dengan hati penuh rasa takut (kerana mereka tahu) bahawa sesengguhnya mereka akan kembali kepada Tuhannya "
( surah Al-Mu'minun:60)

3) Membuat amalan kebaikan secara rahsia (sir)

Contohnya Umar al-khattab berjalan malam utk melihat rakyat hidup dan memberikan pertolongan tanpa diberitahu siapa beliau.

Bersambung..................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan