Ahad, 1 Ogos 2010

Fitnah dan suara wanita

Kongsi

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sebahagian orang berprasangka buruk terhadap wanita.Mereka menganggapwanita sebagai sumber segala bencana dan fitnah.Jika terjadi suatu bencana, mereka akan berkata, "Perikasalah kaum hawa,"Bahkan ada orang berkata, "Wanita merupakan sebab terjadinya penderitaan manusia sejak zaman adam lagi hingga zaman sekarang, kerana wanita yang mendorong adam utk memakan buah larangan tersebut.Itu adalah pendapat orang yang sangat anti pada perempuan.

Sebenarnya tidak ada satu pun agama langit @ bumi kecuali islam, yang memuliakan wanita, memberika haknya dan memuliakannya.Ketahuilah wahai wanita tidak ada nash al-qur'an @ sunnah yang mengatakan bahawa wanita yang menjadi penyebab Adam dikeluarkan dari syurga.Bahkan al-Qur'an menegaskan bahawa adamlah orang yang pertama yang dimintai pertanggungjawapan .

Pernah terjadi satu kejadian dimana lelaki ini menganggap bahawa wanita ini sangat buruk dan pembawa fitnah sehingga tidak langsung melihat@ bermusyuarah meskipun dalam keadaan wajib bermusyuarah.Langsung memalingkan muka seperti orang yang berlagak dan serta segala pendapat wanita harus tidak diambil kerana ia berpegang satu hadis Rasulullah yg berbunyi:
"Bermusyawarahlah dgn kaum wanita kemudian langgarlah pendapat itu"(Hadis palsu)

Wahai para muslim,

Kami tahu anda nak menjaga hatimu namun fahamilah juga kami juga mempunyai hati dan perasaan.Kami diperlakukan begitu macam kami ini hina dan tak ada guna diwujudkan di atas muka bumi ini.Ketahuilah sesengguhnya Rasulullah sangat memuliakan para wanita dimana Rasulullah pernah bermusyuwarah dgn isteriNYa Ummu Salamah dalam satu urusan penting mengenai umat. Lalu Ummu Salamah mengemukan pemikirannya , dan Rasulullah pun dengan penuh rela serta sedar.

Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat kerananya tidak boleh berkata2 kpd lelaki selain suami @ mahramnya.Sebabnya, suara wanita merdu dan menimbulkan fitnah dan membangkitkan nafsu.

Apakah mereka tidak tahu bahawa a-Qur'an membolehkan lelaki bertanya kpd isteri2 nabi dari balik tabir?

Pernah ada seorang wanita bertanya kpd Nabi Muhammad saw dihadapan lelaki ,Beliau tidah melarang dan tidak merasa keberatan.Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sdg berpidato di atas mimbar.Umar menerima dgn penuh redha dan mengukuinya seraya berkata " semua orang lebih mengerti daripada Umar"

Suara yang khudhu'


"Hai Isteri2 nabi,kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain jika kamu bertaqwa.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginan org yg ada penyakit hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik"(al-Ahzab:32)

Allah melarang khudhu yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang yang ada penyakit hati.Namun bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dgn stiap lelaki

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda"

"Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki adalah (Fitnah) wanita"

Yusuf Qadhawi pernah berkata dlm kitabnya ttg ayat ini bahawa fitnah dalam hadis ini ialah wanita2 menjadi fitnah apabila menjadi alat utk membangkitkan nafsu dan syahwat srta menyalakan api keinginan seorang lelaki.Namun peringatan utk berhati2 terhadap wanita disini spti peringatan utk berhati2 terhadao kenikmatan harta,kemakmuran dan kesenangan hidup sepertimana dlm satu hadis sahih berbunyi
"Demi Allah,bukan kemiskinan yg aku takutkan atas kamu, tetapi yg aku takutkan ialah dilimpahkan (kekayaan) dunia utk kamu sebagaimana dilimpahkan utk org2 sblm kamu, lantas kamu memperebutkannya,lantas kamu binasa kerannya sebagaimana mereka dahulu binasa kerannya."




Izzahlah kamu dgn islam wahai muslimah kerana hanya islam yang menganggkat darjat wanita dan peliharalah dirimu dr fitnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan