Jumaat, 28 Ogos 2009

Sifat Hawa nafsu

Kongsi

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang daku memulakan coretan ini.Alhamdulillah dengan KeizinanNya dan kasih-sayangNya kita masih dipanjangkan umur oleh Allah utk merasai nikmat berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.Di Bulan ini musuh utama kita iaitu syaitan dibelunggu dan dihentikan azab kubur.

Antara sedar atau tidak sebenarnya dianugerahkan Ramadhan kpd umat nabi Muhammad adalah tanda kasih-sayangNya kpd kita dalam rangka menyelamatkan hamba2Nya dari azab api neraka.Ayuh wahai umat islam kita mengambil peluang ini utk mendekatkan diri kpd Sang Pencipta.

Meskipun syaitan dibelenggu namun masih ada di dalam diri kita ini yg mengajak kepada keburukan iaitu hawa nafsu.Hawa nafsu ialah saudara kpd syaitan laknatullah yang mengajak kita berbuat maksiat yg bisa mengundang kemurkaan Allah.Bersedia utk memeranginya wahai mujahid yang mengidamkan keredhaanNya dan syurga yang indah.Oleh kerana itu agar lebih mudah dlm menghadapi hawa nafsu dan sifatnya, sebagaimana yg telah dijelaskan dlm Al-Qur'an.Berikut di antara nafsu tersebut:

Pertama: Nafsu Ammarah Bissu , iaittu nafsu yg sering mendorong manusia utk melakukan dosa dan kejahatan. Hal ini dijelaskan dlm firman Allah SWT:

"Dan Aku tdk membebaskan diriku (dr Kesalahan) kerna ssungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kpd kejahatan,kecuali org2 yg diberi rahmat oleh Tuhanku.ssungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(12:53)


Kedua: Nafsu Lawwamah iaitu hawa nafsu yg seringkali mendorong manusia menyesal.Firman Allah Swt

"Dan aku bersumpah dgn jiwa yg amat menyesali(dirinya sendiri)(75:2)

Ketiga:Nafsu Sawwalah iaitu hawa nafsu yg seringkali kali menggambarkan dan menuju kpd hal maksiat @ hal kejahatan yg menjadi indah pada pandangan mata @ khayalan manusia.Ini juga jelas oleh Allah SWT dlm firmanNYa

"Ya'qub Berkata:Sebenarnya dirimu sendirilah yg memandang baik perbuatan(yg buruk) itu:maka kesabaranku yg baik itulah (kesabarabku).Dan pada Allah sajalah kita memohon pertolongan Nya terhadap apa yg kamu ceritakan."(12:18)

Keempat: Nafsu Mulhamah iaitu hawa nafsu yg sering kali mengilhamkan manusia utk melakukan di atas ketaqwaan pd Allah swt.Firman Allah

"Maka Allah mengilhamkan kpd jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaanNya"(91:8)

Kelima:Nafsu Muthmainnah iaitu nafsu yg menerangi jiwa dgn cahaya hati shg ia terlepas dr sifat yg buruk.Jiwa menjadi tenang utk mencapai kesempurnaan.Nafsu ini menjadi pangkal meraih kesempurnaan insan ciptaan Allah SWT

Keenam: Nafsu Radhiah iaitu nafsu yg redha kpd Allah Swt.Ia selalu manyerahkan seluruh urusannya kpd Allah Swt

Ketujuh:Nafsu Mardhiyah iaitu nafsu yg redha kpd Allah SWT dan tampak keredhaannya kpd Allah SWT iaitu berupa kemulian (karamah),Ketulusan(ikhlas) dan selalu mengingat Allah SWT(zikir).Spt yg dijelaskan Allah SWT dalm firmanNYA :

"Hai jiwa yang tenang.Kembalikan kpd TuhanMu dgn hati yang puas lg diredhaiNya .Maka masukkan ke dalam jemaah hamba2 ku .Masuklah ke dalam syurga

Oleh itu wahai org2 yg ingin mendapat redha dan syurgaNya marilah sama2 kita muhasabah diri kita di tahap manakah nafsu skrg kita.Ingat jgn jadikan nafsu sbg raja ttp biarlah hati yang mendapat hidayahNya sbg raja.Didiklah nafsu kita utk tunduk kpd Allah.MAmpukah kita,insyaAllah yakinlah wahai mujahid Allah akan bersama2 org2 membersihkan dirinya.

From Zero to Hero.Jadikan kita sbg Hero!!!!Ayuh Bangkit.Jangan tunduk kpd nafsu!!!! Lawanlah dan lawanlah dgn bersungguh2 syurga menantimu disana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan