Ahad, 16 Ogos 2009

Syurga bisa berbicara?????

Kongsi

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sabda Rasulullah saw,"syurga dan neraka mengajukan protes kpd Allah" Rasulullah menyambung lagi "Syurga berkata,'wahai Tuhanku,sungai-sungaiku telah mengalir dan seluruh buah-buahanku telah ranum,maka hantarkan segera penghuni syurga kpdku.' "

Thabrani berkata bahawa berkata kpd kami Ahmad b.Ali yg berkata bahwa kpd kami Hisyam b Khalid yg berkata bahwa berkata kami Baqiyah dr Ibnu Jurraj dr Atha' dari Ibnu Abbas ra yg berkata bahwa Rasulullah bersabda,

"Setelah selesai mencipta Syurag Adnin,Allah menciptakan di dalamnya apa yg tidak pernah dilihat mata,didengar telinga dan terlintas dalm fikiran manusia.Kemudian Allah berfirman kpdNya,Bicaralah!!' Syurga berbicara,"Sungguh beruntung org2 beriman."

SubhanaAllah indahnya syurga, namun bukan senang utk memasukinya.Nilainya sangat bernilai dan memerlukan pengorbanan.Ingatlah jalan menuju ke syurga itu dipenuhi dgn duri2 yang bisa menyebabkan kita luka dan jalan menuju ke neraka dipenuhi dgn kesenangan dan syahwat.Ayuh kita beramal krn Allah demi mendapatkan syurga yang dipenuhi dgn bidadari2 yang bermata jeli, air sungai susu dan arak serta buah-buahan yang masak ranum.Allah menyediakan syurga ini khas utk hamba2Nya menyerahkan jiwa dan raga kpdNya.Tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah meskipun engkau menyukai dan lakukan apa yang disuruh oleh Allah meskipun engkau tidak menyukainya,sesengguhnya Allah tahu apa yg terbaik buat hambanya.
Wassalam(dirujuk dr buku Tamasya syurga. Ibn Qayyim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan