Sabtu, 2 Oktober 2010

Berita yang menyayat hatiku ..........

Kongsi
Alhamdulillah sudah seminggu di Bumi Irbid ini bisa menyesuaikan diri dgn keadaan sedikit sejuk tapi kering.

Nyayian nasyid taubat berdering tanda sms masuk. saat itu aku terbangun dr tidur dek kerana deringan yg agak kuat dan bising.Ku lihat dlm inbox hpku dr keadaan mataku layu tiba2 terang dan terbuka luas. Tanpa disedari mataku dihujani dgn air mata." inalillahi wainnailahirajiun" Sms kakak ku dr Malaysia mengejutkan aku " Aslkm.Allah has taken back our beloved mudir just now..Al-Faatihah..
Namun hatiku berbisik Allah ambil ustaz kerana sayangkan beliau dan sudah selesai tugas beliau di dunia ini. Allah berfirman dlm kitabNYa:

" Setiap bernyawa akan merasai kematian" setiap yang hidup pasti akan mati meskipun kita sangat mencintainya.

Alhamdulillah sebelum ke Bumi anbiya' ini aku sempat menziarahinya di hospital ketika bulan Ramadhan.Ketika kumasuk ke dalam wad kulihat dan merenung wajahnya serta tubuh yng terlunjur di atas katil. Dulu tubuh ini sangat aktif melaksanakan tugas sbg hamba Allah, Murabbi Misali dan s'org penda'wah,tp kini terlanjur sakit. Inilah yang dikatakan sihat sebelum sakit.Ucapan itulah sering beliau katakan di dalam kelas.

Aku berdiri di sisi murabbiku dan memberi salam dgn nada yang lembut meskipun ustaz tidak bercakap tp ku tahu beliau mendengar dan membalas salamku berpandukan kenaikan degupan jantungnya yang semakin tinggi di mesinnya.

Aku berada di dalam wad rawatan rapi itu bagaikan tak nak berganjak spt ada sesuatu yang melekat pada kakiku ini.Tapi ku gagahkan jua kakiku ini utk melangkah keluar.Namun sebelum keluar aku sempat meminta restu dan doa ustaz "Ustaz tolong doaka kerna ana akan merantau mencari ilmu di Jordan" dan melangkah keluar dlm perasaan yg sebak.Hatiku berbisik "Ya Allah entah bila aku bisa berjumpa dgn murabbiku ini"

Berita ttg kematian ustaz itu sebenarnya memberi aku semangat dan bersungguh dlm kerja da'wah dan tarbiyah.Sahabat2ku di sini turut merasai kesedihan atas kematian ustaz.Semoga Allah mencucuri rohmu.Sesengguhnya sakhsiahmu mulia dan amat memikat hati semua orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan