Sabtu, 18 Disember 2010

Bersemangat ats keimanankah kita???

Kongsi



Siapakah itu orang-orang beriman?

Orang-orang beriman adalah mereka yang menjadikan redha Allah Subhanahuwata’ala sebagai tujuan tertinggi dalam kehidupan mereka dan berusaha keras untuk mencapai tujuan tersebut serta mereka ini sanggup berjuang mengorbankan harta bahkan jiwa mereka.

Golongan yang beriman mengabdikan hidup mereka untuk Allah Subhanahuwata’ala dan bersedia mengorbankan segala sesuatu yang mereka miliki, harta dan lain-lainnya, untuk mencari redha Allah Subhanahuwata’ala dan mendapatkan syurga-Nya. Orang-orang beriman menyibukkan diri dan istiqamah walau dalam keadaan yang sangat berat sekalipun. Mereka mengucapkan: Hasbunallah (cukuplah bagiku Allah).

Berbalik pada diri kita sekarang antara kita nak atau tidak kerana ingatlah tiada kemulian kecuali kemulian islam.


Semangat yang dihasilkan oleh iman merupakan kekuatan yang dapat meningkatkan kemampuan fizik dan mental. Sehingga orang beriman menjalani setiap saat dalam hidupnya dengan baik dan produktif. Semangat yang tumbuh kerana kecintaan kepada Allah Subhanahuwata’ala memberikan kekuatan spiritual, daya tahan, kemahuan dan keberanian yang tinggi. Melalui kekuatan spiritual orang-orang beriman mengatasi setiap kesulitan dan terus berusaha keras untuk menuju Allah Subhanahuwata’ala dalam apa jua situasi dan keadaan yang mereka hadapi.

Apakah semangat yang sebenarnya??

Apabila dikatakan tentang semangat mungkin terbayang difikiran kita sekarang orang yang sedang bercakap dengan nada yang tinggi dan menyala2 @ melakukan kerja dengan penuh tekun..itukah sebanarnya semangat menurut al-Qur'an dan sunnah??

Semangat adalah perasaan yang sangat kuat yang dialami oleh seseorang.
Semangat, dalam pengertian umum, digunakan untuk mengungkapkan minat yang mendalam, pengorbanan dan kegigihan untuk meraih sesuatu tujuan. Setiap orang mempunyai tujuan yang ingin diraih di sepanjang hidupnya.

Berbekalkan semangat, manusia berusaha untuk mencapai tujuan seperti menjadi kaya, memiliki karier cemerlang, menjawat jawatan tinggi, mendapat penghormatan, menerima pujian, lulus cemerlang dalam peperiksaan dan mendapat keuntungan dalam perniagaan.



Namun, semangat bagi sebahagian besar manusia, tidak dapat bertahan seumur hidup kerana ia tidak mempunyai landasan yang kuat. Mereka tiada matlamat khusus yang dapat memberikan kekuatan untuk mempertahankan semangat di sepanjang hayat.

Siapakah manusia yang tidak pernah kehilangan semangat?

Satu-satunya jenis manusia yang tidak pernah kehilangan semangat di sepanjang hidupnya ialah manusia beriman. Ini kerana sumber semangat mereka ialah keimanan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Matlamat mereka ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahuwata’ala, rahmat-Nya dan syurga-Nya..

Apakah faktor org2 beriman ini tidak pernah padam???

Semangat org-org beriman tidak pernah padam kerana mereka ini tidak pernah ragu2
Ayat ini menunjukkan bahawa semangat orang-orang beriman bersemayam dalam hati mereka. Perjuangan dan jihad mereka berlangsung seumur hidup, tanpa ragu-ragu dan hanya bersandarkan kepada ke¬imanan Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya.

“Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”
(al-Hujurat: 15).

Faktor lain yang membuat semangat orang-orang beriman tetap kuat dan segar adalah kerana rasa takut dan harap yang tinggi di hati mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala kebaikan padanya, Dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harap. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(al-A‘raf: 56).

Apa itu takut dan harap???

Makna rasa ‘takut dan harap’ ialah:

Seorang yang beriman tidak pernah menganggap bahawa keredhaan Allah Subhanahuwata’ala kepadanya telah terpenuhi. Ia juga tidak mengandaikan bahawa akhlaknya telah sempurna sehingga layak dan terjamin untuk mendapat syurga Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan hatinya sentiasa takut akan hukuman Allah Subhanahuwata’ala. Justeru itu beliau terus-menerus berusaha menyem¬pur¬nakan akhlaknya. Dan, terus meneruskan mengharapkan redha Allah Subhanahuwata’ala.



Beliau akan terus bersemangat dan berusaha semaksima mungkin untuk memperoleh redha Allah Subhanahuwata’ala dan mendapatkan cinta-Nya. Pada hatinya terkandung sifat-sifat takut dan harap sekali gus. Beliau bekerja keras, tetapi tidak pernah merasakan usahanya mencukupi dan tidak pernah menganggap dirinya telah sempurna, sebagaimana dinyatakan dalam ayat-Nya


“Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang di suruh oleh Allah supaya dihubungkan, mereka takut kepada kemurkaan Rabnya dan takut dengan hisab (perhitungan amal) yang buruk.”
(ar-Ra‘d: 21).

Rasa takut kepada Allah Subhanahuwata’ala menyebabkan mereka berwaspada dan menjauhi sifat lalai. Dan, rasa harap kepada Allah Subhanahuwata’ala menyebabkan mereka gembira akan janji syurga-Nya (atau khabar gembira) untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ini menyebabkan mereka bersemangat dan iltizam (komited) dengan ‘amal Islami. Antara ayat Allah Subhanahuwata’ala yang menceritakan khabar gembira bagi orang-orang beriman ialah:

“Dan sampaikanlah berita gembira kepa¬da orang-orang beriman, bahawa sesungguh¬nya mereka memperoleh kurnia yang besar daripada Allah.”
(al-Ahzab: 47).

Iman yang tulin dan tulus akan melahirkan semangat yang besar. Pemiliknya akan berlumba-lumba untuk bekerja dan memperolehi redha Allah Subhanahuwata’ala.
Ayuhlah syabab wa fatayat kita bangkit bersemangat berlandaskan al-qur'an dan sunnah..

p/s:Bersemangat utk melawan hawa nafsu dan syaitan lebih lagi di musim syita' nie..Ayuh kita jadi org2 yang berjaya di sisi Allah..Baiki diri dan serulah org lain..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan