Rabu, 15 Disember 2010

Saat lafaz sakinah

Kongsi




Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang..ALhamdulillah akhirnya dgn izin Allah dpt up date blog nie..afwan blogku dah berabut.

BarakaAllah kuucapkan kepada pasangan Munaeem(Along)dan Qbee baru disatukan oleh Allah..Semoga pernikahan ini makin mendekatkan diri kepada Allah.Meskipun ku tidak bersama kalian namun doa kukirimkan tanda kasih-sayang seorang adik kepada abangnya

Penulisan ini khusus buatmu wahai abang dan kakak iparku...

Saat lafaz sakinah dituturkan oleh seorang lelaki yg akan mendapat pangkat menjadi seorang suami maka pada saat itulah semakin bertambah amanah dan tanggungjawapnya .


Pernikahan adalah amanah sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW
“Kalian menerima isteri berdasar amanah Allah SWT”


RUMAH TANGGA MESTILAH DIBINA DI ATAS ASAS KEIMANAN DAN UBUDIYYAH KEPADA ALLAH SWT. Inilah ASAS yang paling KUKUH dan TEGUH yang menjadikan kesemua aktiviti rumah tangga adalah IBADAH kepada ALLAH SWT.

Cinta adalah kurniaan Allah SWT yang di tempatkan di dalam hati manusia yang menjadi pengikat yang kukuh antara suami dan isteri, yang mana keduanya membina rumah tangga atas ‘taqwa kepada AllahSWT’. Suami isteri saling cinta mencintai kerana Allah SWT.

“Cinta kerana Allah SWT akan membawa kepada mencintai Allah dan dicintai oleh Allah SWT”

Matlamat pembentukan rumah tangga


Islam itu syumul dan mengambil berat kepada seluruh kehidupan penganutnya.Dalam aspek berumah tangga ini islam telah mengariskan matlamat , bukan sahaja mengikat dua insan yang mencintai antara satu sama lain tetapi islam memandang dengan pandangan yang jauh iaitu:

1)Mendirikan syari‘at Allah SWT dalam urusan rumah tangga;

2)Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan roh;

3)Mewujudkan Sunnah RasuluLlah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehingga umat manusia merasa bangga akan kehadiran kita;

4)Memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak, dan ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpang akhlak dan perilaku.

Pernikahan dan hidup berumah tangga adalah satu ibadah yang mempunyai matlamat yang tinggi, antaranya untuk membina generasi yang boleh mewarisi tanggungjawab menegakkan Deen Allah SWT dan mengatur bumi ini menurut syari‘at Allah SWT. Kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga ini dibina dengan usaha bersungguh-sungguh dan ikhlas atas tujuan untuk memperolehi keredhaan Allah SWT. Kebahagian ini dibina di atasa dasar-dasar: IMAN, CINTA, MAWADDAH, RAHMAH, AMANAH, SABAR dan penunaian hak serta tanggungjawab sebaik mungkin.



Di sini adikmu di perantauan mendoakan agar kalian berdua bahagia dan mendapat redha Allah di dunia dan akhirat..



2 ulasan: