Jumaat, 3 Februari 2012

Lelaki dan perempuan 'saling memerlukan'

Kongsi



Wanita dan lelaki adalah makhuk Allah yang dianugerah kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ada yang berpendapat bahawa wanita dan lelaki adalah makhluk asing kerana banyaknya perbezaan antara mereka.

Di sini nak berkongsi satu kupasan yang menarik tentang tajuk diatas oleh Abu Hassan Ali Nadawi

Mula-mula sekali ingin saya bacakan sepotong ayat Al-Quran, dan
kemudian saya akan cuba menerangkan pandangan Islam tentang
perhubungan sosial dan menggambarkan betapa ianya amat realistik di dalam
kehidupan bermasyarakat Ayat itu bermaksud :

Wahai Manusia' Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu
dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang
biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan
mempergunakan namanya' kamu saling meminta antara satu sama lain, dan
peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
mengawasi kamu.
(Surah An-Nissa': 1)


Ayat ini menerangkan dengan jelasnya pandangan Islam tentang kedudukan wanita,hak-hak serta kewajipan lelaki dan wanita.Pertamanya,Allah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dijadikan dengan cara yang sama dan matlamat kewujudan mereka amat berkait rapat,seolah-olah mereka berasal dari tubuh yang satu.Kelainan dalam binaan tubuh-badan mereka menyebabkan mereka menjalani kehidupan ini dengan selesa.

Kedua-dua lelaki dan wanita dicipta dari satu jiwa dan jiwa itu dibahagikan kepada dua bahagian, namun demikian tidak wujud percangahan atau permusuhan sesama mereka. Dalam menjalani hidup ini, kaum lelaki diberikan seorang teman hidup dari jenisnya sendiri yang mana ia adalah sebahagian daripada tubuhnya. Selepas itu umat manusia berkembang biak dari mereka berdua.

Allah S.W.T merestui penyatuan, kasih sayang dan kehidupan rumahtangga mereka dengan menambahkan bilangan mereka,dengan ini mereka yang pada asalnya cuma dua orang kini telah berlipat ganda menjadi berjuta-juta orang sehingga tiada siapa yang dapat
memberitahu berapa ramai jumlah manusia yang dilahirkan di dunia ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Allah membayangkan ramainya bilangan mereka dengan menggunakan perkataan "Berkembang Biak".

Kemudian Allah menyatakan: Takutilah Allah yang atas namanya kamu meminta kepada orang lain. Satu saranan yang bersifat revolusioner pertama kali disebut oleh Al-Quran iaitu dalam hal ehwal pengendalian ekonomi manusia, tiada seorang pun boleh berdiri sendiri, semua orang bergantung kepada orang lain.

Setiap orang pada masa yang sama ialah seorang pemberi dan seorang peminta. Pembahagian ini bukanlah pada satu pihak terdiri dari.peminta-peminta dan pada satu pihak lagi adalah pemberi-pemberi. Si peminta juga adalah pemberi dan begitu juga sebaliknya. Setiap orang diikat oleh rangkaian hak-hak dan kewajipan,Dalam susunan (network) hidup bertamaddun setiap orang saling memerlukan antara satu sama lain.

Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau memintanya kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah.Seperti: "As aluka billah" ertinya: Saya bertanya atau meminta kepadamu dengan nama Allah.

Tanpa wanita, tiada lelaki yang dapat memenuhi perjalanan tabi'enya dengan cara yang selesa dan mudah, dan begitu juga, tiada wanita soleh yang dapat menjalankan kehidupan yang bahagia dan tenteram tanpa ada seorang teman hidup. Allah Pencipta alam menjadikan mereka saling memerlukan,yang mana tanpa ada seorang maka kehidupan seorang lagi menjadi tidak sempurna



Ikatan antara lelaki dan wanita adalah ikatan Iman dan kasih sayang; ikatan yang mendalam, rapat dan semula jadi. Ini, merupakan satu ikatan yang unik.Semua ini ialah keajaiban yang lahir dari menyebut nama Allah.Satu dunia baru dilahirkan apabila disertakan dengan Nama Allah.Muslim dan Muslimah tidak boleh bercampur secara bebas antara satu sama lain dan adakalanya mereka tidak boleh berjalan sama.'Mereka bukan muhrim’ (Mereka tidak boleh masuk ke bilik Muslimah dan sebaliknya).Tetapi satu ikatan yang suci dibuat sebaik sahaja Nama Allah di sebut di antara mereka


Dengan mempergunakan Namanya kamu saling meminta antara satu sama
lain.


Ayat ini seterusnya mendesak supaya kita bertaqwa kepada Allah yang dengan menggunakan Namanya kita menghalalkan apa yang dihalalkannya dan mencetuskan revolusi dalam kehidupan kita. Al-Quran telah menggunakan satu ungkapan yang tiada tolok bandingnya untuk menjelaskan perhubungan yang rapat antara suami dan isteri.

Ayat itu menyebut: Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. (S. Al-Baqarah 2:187) Hanya Al-Quran sahaja yang mampu menggunakan perkataan
pakaian dalam konteks ini. Pakaian digunakan untuk menutup kebogelan dan perhiasan hidup. Ia menyimpulkan kepada kita segala-galanya yang merangkumi pengertian perhubungan cinta, kepercayaan dan sikap amanah antara suami dan isteri. Jika tanpa pakaian manusia kelihatan seperti haiwan dan tidak berupa manusia yang bertamadun, maka begitu juga tanpa perkahwinan, manusia adalah tidak bertamadun.

Di dalam Islam perkahwinan tidak dianggap sebagai satu keperluan tetapi tergolong sebagai suatu Ibadah yang menghampirkan manusia kepada khalidnya atau dengan kata lain, konsep perkahwinan di dalam Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan biologi atau kehidupan sosial yang tanpanya kenikmatan hidup menjadi tidak sempurna, tetapi ia mempunyai kepentingan Aqidah dan mempunyai kedudukan sebagai satu Ibadah. Rasulullah S.A.W menunjukkan contoh yang terbaik dalam kehidupannya.Sabda Baginda "Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada keluarganya, dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku." Jika saudara mempelajari sirah Rasulullah S.A.W saudara akan ta'ajub terhadap kehormatan yang Islam berikan kepada kaum wanita. Usaha Rasulullah S.A.W untuk menggembirakan isteri-isteri Baginda, penglibatannya dalam aktivitiaktiviti rekreasi mereka dan keadilannya terhadap mereka amatlah mulia

Rasulullah amat baik hati dan sayang kepada kanak-kanak, sehingga Baginda akan memendekkan solah (Namaz) yang paling di sukainya, jika ia mendengar suara anak-anak menangis, inilah kemuncak kemurahan hati dan pengorbanan. Tiada suatu pun yang lebih berharga bagi Rasulullah selain dari Solat. Meskipun demikian Rasulullah menyatakan," Kadang kala saya gemar memanjangkan solah tetapi apabila saya mendengar suara kanak-kanak menangis, saya memendekkannya dengan berfikir yang ini akan menyusahkan hati para ibu (yang turut sama dalam solah jema'ah)". Contoh-contoh ini ada di hadapan kita.
Allah meminta kita menjaga nama baik kita. Kita tidaklah boleh mempunyai kepentingan yang lain. Perintah ini ditujukan kepada lelaki dan wanita. Saudara-saudara kini hidup dalam masyarakat Amerika. Kita bukan sahaja mesti memperkenalkan ajaranajaran
Islam kepada masyarakat Amerika, tetapi juga kita mesti menunjukkan model (contoh) sistem kekeluargaan Islam kepada mereka.




Perasaan kasih sayang dan sifat percaya mempercayai yang menjadi tunggak kehidupan keluarga sekarang ini diambil alih oleh sifat kepentingan diri dan syahwat. Ahli-ahli falsafah moden berasa bimbang dan kajian-kajian untuk menjaga keutuhan keluarga telah dilakukan. Seharusnya wujud perasaan simpati dan kasih sayang dari kedua-dua belah pihak, kerana inilah sahaja yang dapat memberikan kebahagian yang sebenarnya.

Walaupun berlaku kemiskinan dan kelaparan tetapi dapat diatasi oleh ketenteraman
kerana di sana terdapat kesediaan dan perasaan kasih sayang dan mengongsi perasaan antara satu sama lain. Sampai ke hari ini pun terdapat banyak keluarga di Timur yang tidak cukup makan tetapi mereka hidup bahagia kerana ada perasaan kasih sayang. DiBarat,terdapat segala kekayaan, penemuan saintifik, dan pencapaian keilmuan - tetapi hati-hati itu tidak merasai ketenangan dan kepuasan. Mereka tidak mampu menjadikan Rumah tangga mereka sebagai syurga.
Seperti kata Iqbal:la mencari orbit bintang, tetapi tidak dapat menyelami dunia pemikirannya.

Smg sama2 mendapat manfaat...Ssengguhnya stiap apa yang diciptakan Allah ada hikmah disebaliknya..

Ringkasan dr ceramah Abu Hassan Ali nadawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan