Jumaat, 3 Februari 2012

Contoh muslimah abad 20

Kongsi


Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar
tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula
ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari
penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil
statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada
hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan
yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser

Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina
Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh. Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik
oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.



Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah peluru
durjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazali
terus berbai'ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am penganti Hassan
Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan
pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan
mengambil pengajaran daripada mereka.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang yang dihormati, seorang 'Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untuk
meneruskan da'wah ditengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab Al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan berbagai cara bagi melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital. Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab
sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, ia bersumpah "sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku". Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masih dalam Tahanan.

Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan,
kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat
dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal
Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan
menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu
dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti
Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi
Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: "Dalam perjuangan ku tidak
bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah" Jamal Nasser
telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah,
Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali
Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya pembunuhan telah
dirancangkan……sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab di tahan…..
setelah di tangkap semula, setelah di bebaskan pada tahun 1964.

Penyeksaan yang menyiksakan

Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta,
dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akal
dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran.
Setelah sampai ke penjara beliau diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajardihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia.
Merekamengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada
berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk
menanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluhpuluh
orang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali.
Dengan kata-kata yangkasar, ia diheret kehilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besarseperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan saya berdoa dalam hatisaya. "Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah
pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan
tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan
daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai".


Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke
dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan)
yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catitan, yang saya tahu
itu adalah buku catitan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa
Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.

Di waktu itu saya mendengar azan 'Asar ... saya bersyukur kerana ALlah
SWT telah menyelamatkan saya dari "keganasan syaitan". Saya dapat
menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan
sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan.
Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel
kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusia yang
diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin.

Mereka sedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjara itu. Mereka adalah
pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang
pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya
berdoa "Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami
daripada kejahatan orang-orang yang jahat."

Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinya dinyalakan
dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjinganjing,
anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjinganjing
itu dilepaskan kepada saya... saya memejamkan mata dan meletakkan
dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas
lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya
merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu.
Sayamembuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya...
dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan
memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai.

Saya berdoa "Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah,
agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!"
Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar.

Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah... itulah
yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa apa
kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah S.W.T
bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.
Beliau mengeluh dan merasai ni'mat kurniaan Allah yang tinggi serta
kemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya

Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan
Jamal Abdel Nasser (la'natullah 'alaih) kepada pegawai penjara yang
memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap
lelaki.

Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula
dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk...
dan macam-macam lagi penyeksaan... dengan segala sepak terajang dan
pukulan-pukulan cota…menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di
hospital beberapa kali.

Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk
memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata "Duhai Makcik ku (Ya
Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya
memukul mu, Ya Khali". Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai
perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada
esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda
itu ditembak mati

Di sini jelas menunjukkan bahawa muslimah yang jelas fikrah dan kuat hubungan dengan Allah akan menyerahkan segala-galanya dan tidak takut yang kepada Allah. Tawakal dan yakin kepada Allah menjadi kunci kejayaan dalam menempuh ujian dan dugaan di dalam kehidupan kita ini.Penyerahan yang total kepada Allah menyebabkan hati seorang muslimah itu tenang dan sabar walaupun dalam kondisi yang berbahaya bagi dirinya krna yakin bahwa Allah yang Maha Memelihara dirinya.

Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al-
Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu
berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari
Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika
Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata:
Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan
tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu
. Inilah kekufuran yang
berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau
dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb,
bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di
dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang
disapu dengan najis.

Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis. SubhanaAllah hebatnya mereka2 yang diproses melalui tarbiyah imaniyah.

Sahabat2 sekalian seandainya kita berada ditempat zainab apakah iman kita akan diterjemahkan seperti mana keimanan beliau.Hanya orang masuk ke dalam proses keimanan sahaja yang mampu bertahan dengan dugaan dan cubaan. Sanggup disiksa dan menahan kelaparan demi menengakkan syahadah di muka bumi Allah ini.. Hanya keimananan yang amiq dan penuh keyakinan bahawa tidak ada pertologan yang datang melainkan pertolongan daripada Allah.




Rujukan :Petikan tulisan-tulisan: Zainab Al Ghazali
(1) Al Yuum Fi Hayati (Beberapa hari dalam hidupku)
(2) Tulisannya dalam majallah Al-Da'wah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan