Sabtu, 28 November 2009

Risalah buatMu Pemuda1

Kongsi
Ya akhi fillah:

Salam Allah(s.w.t) kpd kamu:Rahmat dan berkatNya kpd kamu.Manusia memperkatakaannya kerana adat ttp kita mengucapkan sbg 'ibadah kita'.Kita mengucapkannya(as-salam) krn merasakannya sbg satu pengertian yg agung.Salam Allah(s.w.t) kpd kamu wahai kekasih:Rahmat dan berkatnya kpd kamu.

Aku merasakan seolah-olah sku berdiri di dalam satu mihrab solat,di dalam kehalusan doa yang benar,yang membawa cinta dan kasih-sayang.Lalu spontan aku berkata di waktu aku berada di atas kemuncak keikhlasan dan kesetianku kpd saudara:''salam Allah (s.w.t) kpd kamu dgn rahmat dan berkatNya.''Itulah doa yg sempurna yang doakan utk kamu dgn slm sjhtera dan berkat dr Allah(s.w.t).

Itulah doa dr hati yg mencintaiMu walaupun tanpa melihatMu.Ketahuilah bahawa org yang paling ku cintai di dlm diriku ialah org yang ku lihat dgn hatiku dimana hati itu adalh perbendaharaan rahmat,cinta dan kehidupan.Dialah juga yg membezakan dr yg lain, beza dr aspek kebaikan,kebenaran(hak), cita rasa ,keindahan dan rasa malu .

Inilah wasiatku yang pertama kpd kamu.Jadilah kamu satu penjelmaan utk kebaikan,utk Al-haq,utk perasaan ,utk sifat malu dan utk keindahan.Sifat malu berkuasa menawan hati dan keindahan berkuasa menawan aqal.Keindahan yg kumaksudkan disini ialah tampak jelasnya sinar jiwa tergambar pada keserian wajah.

Firman Allah Taala:
''Tanda2 mereka,tampak pd muka2 mereka lantaran bekas sujud''(Al-Fath:29)

Apabila saudara melihat kpd wajah2 mereka ini spt demikian,maka bahawa merekalah petunjuk kpd al-hak dan An-Nur.

Firman Allah Taala:
''sedang cahaya mereka memancar dihadapan dan di sebelah kanan mereka.''(at-Tahrim:8)
Firman Allah Taala:
''yang sedang bersikap lemah-lembut terhadap org2 mu'min yg bersikap keras terhadap org2 kafir''(Al-Maidaah:54)
Inilah keindahan al-haq.Adapun sifat malu itu,disinilah terletaknya keindahan org yg pemalu,tetapi bersinar,taktala berkata2 ia menarik dan menawan hati dan jiwa.
Benarlah Rasulullah(s.a.w) yg bersabda:
"sifat malu itu baik smuanya dan tiap2 agama mempunyai akhlaknya dan akhlak agama ini ialah sifat malu"

Manusia yg memberikan kebaikan (Al-khair)ni,dia bercita2 pdnya dan menunggu-nunggu daripadanya.Jadi org2 yg mempunyai bakat2 itu,mesti menjadi lilin utk manusia dan menjadi pendukung da'wah(du'at) kerna mereka telah dikurniakan oleh Allah(s.w.t) sifat2 yg baik dan akhlak yg mulia.Mereka berdiri di pangkal jalan ar-Rahman yg memanggil manusia dgn kalimat Allah (s.w.t)
''Dan bahawa(yg kami perintahkan ) ini adalah jlnKU yg lurus,maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jln2(yg lain) kerna jalan2 itu mencerai-beraikan kamu dr JalanNya'' (an-An'aam:153)

Ya akhi,

Alam ini berhajat kpd hati,perasaan dan sentimen.Jadilah kamu sbg hati bg alam ini dan hidupknlah dia dgn perasaan dan sentimen kamu.SSungguhnya manusia yg hidup tanpa hati,perasaan,sentimen walaupun ia mempunyai falsafah,teori @ pengalaman,tetapi manusia ini tdk akan menjadi manusia sebenarnya jika tidak mempunyai penilaian nafsiah dan rohaniah.Sebaliknya ia hanya menjadi manusia robot dan komputer, yang memenuhi tugas dan kepentingan manusia.

Ssungguhnya manusia itu,adalah hati,ruh dan perasaan.Jika perasaan itu kurang di dalam pemberian pujian,maka ia bukan perasaan mutlak yg bebas tanpa ikatan dan batas.ssungguhnya perasaan itu,adalah denyutan,kesedaran dan kehidupan di mana mesti diikat usul syari'ah. Orang2 yg berkira bicara dgn perasaan jahiliyah,tdk akan berdiri di atas tapak yg sama dgn perasaan yg bersih dan suci,yang menjadi rahsia hidup seorg muslim dan itulah rahsia kewujudan rohaninnya.

sesungguhnya iman kita,Al-Iman Al-Syahid Hassan Al-Banna Rahimahullah,mengetahui hakikat ini di dalam kata2nya:
"wahai saudara,kekanglah urusan perasaan dgn pandangan akal dan sinarlah pandangan akal dgn nyalaan perasaan"

Sesengguhnya perasaan saudara yang muslim diikat dan dipagari dgn taqwa Allah Azza wa jala.Adalah tidak logik klau kita mengepung dia@ jahil terhadapnya@tidak membunuhnya kerna dia itu adalah fitrah.Tetapi Islam yg agung itu telah datang membukakan tingkap2 kebersihan.Kesucian dan kejernihan utknya.Tingkap yg terbesar drp ucapan ini:"Aku mencintai anda krn Allah(s.w.t)."Inilah perasaan persaudaraan dan cinta pada Allah (s.w.t) menjadi sebesar2 bekalan di hadapan arus kebendaan yg melanda ini.Itulah juga makanan bg perasaan yg kelaparan yg menimpa banyak hati2.

Aku selalu mencium anak2ku yg kecil semasa menyusu.Aku suka mencium mereka krn merasakan kesenangan dan kebahagian di dalam diriku.Pada mulanya aku menyangka bahawa perbuatanku ini agak keterlaluan,tetapi pada suatu hari aku terbaca ssuatu mengenainya di dalam sirah junjungan kita Rasulullah(s.a.w) yg agung.Peristiwa itu terjadi dalam peperangan mu'tah,iaitu taktala baginda pergi ke rumah Ja'faar b. Abu Talib(r.a) utk memperhatikan anak2nya (Jaafar) setelah Allah (s.w.t) memberitahu baginda syahidnya Jaafar (r.a) perawi berkata:
"Maka Rasulullah(s.a.w) mengambil anak2 Jaafar dan mencium-cium mereka."

Jadi selepas aku membaca kalimah itu aku tidak dapat menahan sebak dadakky lantas menangis.

Wahai Muslim yang berjiwa besar:

Penuhilah dunia ini dgn limpahan kasih sayangmu,Khususkanlah buat saudara2mu yang muslimin itu dgn kepanasan cintamu Yang Maha Tinggi dan biarkanlah mereka tahu bahawa anda mencintai mereka.Yang demikian itulah al-aktir(batu geliga) utk mengubati seribu satu kesulitan san kesususan.Ssungguhnya banyak kesulitan di dalam dunia ini timbul perasaan tg telah padam dan berlakunya penyelewengan perasaan itu.

Ya akhi:
Sesengguhnya para pendukung da'wah Allah (s.w.t) kpd manusia,dia mestilah berada di puncak kebersihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan