Khamis, 3 Disember 2009

Belajar dari para sahabat

Kongsi
Komitmen para sahabat Rasulullah S.A.W.Sukar utk kita membuat penilaian.Setiap drp mereka memiliki ciri2 khas yang istimewa shg menjadikan mereka ttp unggul sbg Khairulummah(sebaik2 umat). Tahap dan standard komitmen mereka begitu ideal.Komitmen yang bersumberkan al-Qur'an dan as-sunnah.

Ana teringat satu peristiwa yang berlaku pada saatku masih bersekolah menengah.Sahabatku bertanya kpd seorang ustaz yang sangat terpengaruh dan komited dalam mendidik kami.

sahabatku bertanya"Ustaz ana apabila membaca sirah Rasulullah dan para sahabat ini memang takkan sampai habis punya dan pasti akan tertidur"

dia menyambung lagi" Ana sebenarnya memang tak suka sejarah ni. Bosanlah"

Ustaz menjawap sambil tersenyum,"Masukkan dirimu ke dalam sirah "

SubhanaAllah ringkas dan padat jawapan ustazku tapi sangat bermakna.Aku meneliti dan mencari apa makna tersirat dalam jawapan ustazku itu.

Untuk mendapat jawapan yang lebih jelas aku bertanya pada ummiku maksud yang tersirat dari perkataan ustazku itu.

Ummiku tersenyum melihat telatahku"maksudnya kita bayangkan kita berada didalam situasi tersebut dan sedang melihat apa yang berlaku, jika nak ringkaskan spt kita melihat video.

Dan disini ana nak bawa tentang satu kisah tentang seorang sahabat nabi yang begitu rapat dgn Rasulullah iaitu Abu Bakar RA. Menelaah tentang ketaqwaanya yang kuat kpd Allah.Beliau adalah satu sosok agung begitu komitmen dlm ketaqwaannya,disamping keadilan dan amanah sentiasa menghiasi dirinya dlm menjalankan roda2 khilafah yg dibebankan kedalam pundaknya.Beliau begitu ketat menjaga dirinya drp segala perkara yang syubhah agar badan,pakaian,rumah tangga fikrahnya tidak tercemar dgn perkara2 yg diharamkan Allah.

Antara peristiwa yg menunjukkan ketaqwaan ialah,apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau telah menyampaikan khutbahnya.Antara isi kandungannya adalah "Sesengguhnya sebijak2nya adalah taqwa" kemudian beliau membaca hadis tentang taqwa.Keesokan harinya beliau keluar ke pasar.Umar al-Khattab bertanya ke mana dia hendak pergi? Jawap Abu Bakar RA: "Ke pasar". Lalu Umar menengahnya.Namun Abu Bakar menjawap: "Maha suci Allah! Adakah jawatan khalifah ini membebaskan aku diriku dari tanggungjawap ke atas ahli keluargaku? Apabila Umar mencadangkan beliau digaji oleh baitulmaal, Abu Bakar berkata : "Aku takut menyesal ya Umar!.Sesengguhnya aku tidak berhak ke atas harta Baitulmaal tersebut."

Malah semasa detik kematiannya mrnghampiri beliau mewasiatkan agar memulangkan semula seluruh perbelanjaan sebanyak 8 ribu dirham kpd Baitulmaal.

SubhanaAllah sampai begitu sekali ketaqwaannya kpd Allah.sesengguhnya sosoknya begitu teliti dan lemah-lembut.Marilah kita bersama2 mengambilnya satu contoh.Sesunggunya Rasulullah pernah bersabda yang membawa maksud "sahabat2 spt bintang berkelipan yang dimana bintang2 ini memberi petunjuk para pengembara menuju ke destinasi " salam da'wah dan Tarbiyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan