Ahad, 27 Disember 2009

penyelewangan syiah(2)

Kongsi

iii. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada')

Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini j elas menganggap Allah itu j ahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal 146.

Terjemahannya:

"AI-Bada" ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada' itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)".

Mengikut akidah Syiah, ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubah kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan keadaan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi, oleh al-Kulaini, Juzu' 1, hal. 146:

Terjemahannya;

Bab al-Bada'

Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhamad bin Isa, daripada al-Hajjal daripada Abu Ishak Tha'labah daripada Zararah bin Ayun daripada salah seorang daripada keduanya a.s. katanya, "Tidak ada ibadat yang paling utama seperti al-Bada'. Di dalam riwayat daripada Ibn Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abdullah a.s., "Tidak ada perkara yang paling agung di sisi Allah seperti al-Bada'.

Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibnu Abu Umar daripada Hisham bin Salim dan Hafs bin al-Bukhturi dan selain dadpada keduanya daripada Abu Abdullah a.s. katanya mengenai ayat ini maksudnya; "Allah menghapuskan apa yang ia kehendaki dan menetapkan apa yang Ia kehendaki".

Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada', An-Naubakhti menyebut bahawa Ja'far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja'far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya:

Terjemahannya:

"An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, "Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenaiperistiwa anakku Ismail".

(Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15)

ULASAN

Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud:

"Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati."

(Surah al-Mukmin ayat 19)

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit".

(Surah A-li Imran ayat 3)

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."

(Surah al-An'am ayat 59)

"Demi TuhanKu yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. Tidak tersembunyi datipengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil day! itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. "

(Surah Saba'ayat 3)

"Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"

(Surah al-Ikhlas ayat 2)

iv. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan (ar-Raj'ah)

Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka terinasuk para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.
Terjemahannya;
Akidah Kami Tentang Raj'ah

"Sesungguhnya pendapat Syiah Imamiah tentang Rajlah itu ialah kerana mengambil daripada Ahli Bait a.s., di manaallah S. W. E akan mengembalikan sesuatu kaum yang telah mati ke dunia ini di dalam bentukyang asa4 Ialu sebahagian daripada golongan memuliakan satu puak dan menghina satu puak yang lain dan ia menunjukkan mana golongan yang benar dan mana golongan yang salah dan menunjukkan golongan yang melakukan kezaliman. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad s.aw. dan tidak kembali ke dunia ini kecuali orang yang tinggi darjat imannya ataupun orang yang paling jahat. Kemudian mereka akan mati semula. Begitulah juga dengan orang-orang yang selepasnya sehinggalah dibangkitktin semula dan mereka akan menerima pahala atau siksaan. Sebagaimana Allah S.W.T menceritakan dalam al-Quran al-Karim, di mana orang-orang yang akan dikembalikan di dunia ini bercita-cita untuk kembali ke dunia, sedangkan mereka itu tidak boleh kembali lagi ke dunia ini. Mereka akan mendapat kemurkaan Allah bahawa mereka akan kembali ke dunia ini kali ketiga dengan harapan mereka dapat berbuat kebaikan."

Firman Allah yang bermaksud..

" Mereka berkata, wahai tuhan kami engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami, maka adakah jalan keluar (daripada neraka?)"

(Surah al-Mukmin ayat 11)

ULASAN

Konsep raj'ah Syiah ialah mereka mempercayai Allah akan menghidupkan semula Ahli Bait dan Imam-imam mereka untuk menghukum para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap telah melakukan kezaliman. Kemudian mereka mempercayai orang-orang yang telah dihukum ini akan mati semula dan akan menerima pembalasan daripada Allah S.W.T. Ini berdasarkan firman Allah surah al-Mu'min ayat 11 yang bermaksud:

"Mereka menjawab; Wahai Tuhan kami Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"

Sebenarnya ayat ini menjelaskan dialog di antara orang-orang kafir dengan Allah S.W.T. di akhirat di mana mereka ingin mencari jalan keluar daripada seksaan api neraka dengan memohon kepada Allah supaya diberi peluang hidup semula ke dunia, mereka mengaku dan insaf terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan dahulu. Pengertian ini diperkukuhkan melalui firman Allah yang bermaksud:

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia memati;L-an kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak), akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"

(Surah al-Baqarah ayat 28)

Kebangkitan dan hukuman di padang Mahsyar adalah hukuman Allah yang akan dikenakan kepada semua orang, bukan hukuman para Imam, ini telah dijelaskan oleh surah-surah berikut:

"Dan (ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata, dan Kami himpunkan mereka (dipadang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka."

(Surah al-Kahfi ayat 47)

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum ."

( Surah al- Waqiah ayat 49)

Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa dalam ayat tersebut tidak ada konsep raj'ah iaitu menuntut bela dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman ke atas Ahli Bait. Fahaman ini jelas menunjukkan golongan Syiah salah memahami ayat al-Quran tersebut dan salah memahami terhadap ayat-ayat al-Quran boleh membawa kepada penyelewengan akidah.

v. Berpura-pura (al-Taqiyyah)

Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217:

Terjemahannya:

Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf".

ULASAN

Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu, perkara yang benar. Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sifat ini perlu dijauhi kerana ia mempunyai ciri-ciri sifat nifaq berdasarkan firrnan Allah yang bermaksud:

" Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan), yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri kepada sesuatu bahaya yang ditakuti datipihak mereka (yang kafir itu).....

(Surah A-li Imran ayat 28)

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menetima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dadallah dan merekapula beroleh azab yang besar.

(Surah al-Nahl ayat 106)

Tidak ada Taqiyyah seperti ini dalam ajaran Islam, yang ada di dalam Islam ialah masalah rukhsah, umpamanya jika seseorang itu dipaksa dan diugut dengan kekerasan supaya melafazkan kata-kata kafir, maka waktu itu diharuskan orang itu melafazkannya, tetapi hatinya tetap dengan iman yang sebenar, tidak ada ragu sedikit pun sebagaimana yang berlaku kepada Ammar bin Yasir, sehingga Allah menurunkan ayat 106 Surah al-Nahl memperakui kebenaran beliau, firman-Nya yang bermaksud:

"Kecuali orang-orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman."

vi. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.

Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira'Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu' oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 61:

Terjemahannya;

Syiah Imamiah mempercayai bahawa Imam Hasan al-Askari itu ialah imam yang kedua belas bagei Syiah. Ketika wafat tahun 260H, beliau mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad berumur lima tahun, dialah Imam Mahdi al-Muntazar. Di sana terdapat beberapa riwayat yang lain menyatakan bahawa Imam Mahdi itu lahir selepas wafat bapanya Imam al-Askari. Sekalipun berkeadaan begitu, maka sesungguhnya Imam Mahdi tetap menerima jawatan imam selepas ayahnya dan telah ditentukan oleh ayahnya kepadanya. Kekallah ia tersembunyi selama 65 tahun. Golongan Syiah sentiasa berhubungdengan Imam Mahdi dalam tempoh ini melalui wakil-wakil yang telah ditentukan bagi tujuan ini. Wakil-wakil itu ialah Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman, Husain Ibnu Ruh dan akhirnya ialah Ibnu Muhammad al-Saimiri.

Kesemua wakil-wakil yang empat ini digelar sebagai wakil-wakil khas. Tempoh ini diberi nama "Ghaibah Sughra". Dalam tahun 229H sebelum wafat Ali Ibnu Muhammad al-Samiri beberapa bulan, sampailah secebis surat kepadanya yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang tertera di dalamnya "Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang sempurna. Maka ia tidak akan muncul kecuali dengan izin Allah, maka sesiapa yang telah mendakwa melihatku maka dia adalah seorang pendusta lagi penipu".

Tahun inilah bermulanya "al-Ghaibah al-Kubra". Semenjak daripada masa itu terputuslah perhubungan golongan Syiah dengan imam secara langsung. Sehinggalah apabila ada berlakunya dakwaan seperti itu, maka Syiah menganggap perkara itu dustadengan sebab nas dengan sebab nas yang terdapat di akhir surat yang datang daripada imam Mahdi itu. Ini adalah ringkasan akidah Syiah Imamiah berhubung dengan Imam Mahdi al-Muntazar.

ULASAN
Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. malah apa yang jelas melalui hadith nabi s.a.w ialah Imam Mahdi dalah daripada keturunan Rasulullah. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w yang bermaksud:

"Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah"

(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud,

"Daripada Abu Said r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama 7 tahun".

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

"Daripada Abdullah bin Mas'ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: Allah akan mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman.

(Riwayat al-Tirmidhi)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah bumi selama tujuh tahun."

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka. Dengan ini bererti orang yang mengingkari Imam Mahdi tidak dianggap kafir, tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya. Jelas daripada hadith di atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi dengan penuh keadilan dan kejujuran dan bukannya dengan dendam menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu.

vii. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali

Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min Kafi oleh al-Kulaini, jld. 1 hal.197:
Terjemahannya;
Saidina Ali ra. telah berkata: "Akulah pembahagi ahli syurga dan neraka bagi pihak Allah, akulah pembeza yang Maha Besar dan akulah Pemegang Tongkat Nabi Musa dan Pemegang seterika (dapat membezakan di antara orang mukmin dan munafik, seolah-olah ia boleh menyelar dahi orang yang munaftk). Sesungguhnya para malaikat dan jibril telah memberi pengakuan terhadapku sebagaimana mereka telah memberi pengakuan te.rhadap Nabi Muhammad s.a.w. senditi, dan sesungguhnya Allah telah mempertanggung-jawabkan ke atasku sama sepertimana yang telah dipertanggungiawabkan ke atas Nabi Muhammad untuk mendidik umat manusia. Nabi Muhammad dipanggil, diberi pakaian dan disuruh bercakap. Lalu ia pun menyeru, memakai pakaian dan bercakap. Dan sesungguhnya aku dibeilkan beberapa sifatyang tidak diberikannya kepdda seseorang sebelumku. Aku mengetahui kematian dan bala, keturunan dan percakapan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tidak luput kepadaku apa yang telah Ialu. Tidak hilang daripadaku apa yang ghaib, aku diberi khabar gembira dengan izin Allah dan aku melaksanakan daripada Allah. Kesemuanya itu diberi kedudukan yang tinggi kepadaku dengan izin Allah.
ULASAN
Tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah apatah lagi lebih daripadanya. Dengan kepercayaan yang keterlaluan terhadap Saidina Ali ini adalah amat menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata.

Nama Saidina Ali tidak terdapat di dalam al-Quran, kerana beliau bukan seorang nabi atau seorang Rasul, tetapi hanya sebagai sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk syurga. Namun Nabi Muhammmad s.a.w. sendiri tidak disanjung-sanjung dan dipuja-puja oleh para sahabat secara berlebih-lebihan sehingga melampaui batas. Ini bertepatan dengan hadith:

Al-Zuhri berkata; Urwah bin al-Zubair memberitahuku datipada al-Miswar bin Makhramah bin Urwah berkata " Wahai kaum, demi Allah sesungguhnya aku diutuskan kepada raja-raja dan aku sendiri diutuskan kepada raja Kaisar Kisra dan raja Najasyi, demi Allah jika engkau lihat, seseorang raja sahaja yang disanjung oleh rakyatnya, tetapi para sahabat Nabi Muhammad s.a. w. tdak menyanjung Nabi Muhammad s.a.w."

(RiwayatAhmad)

viii. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.

Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66:

Terjemahannya;

Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapiapabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; " Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Sulaiman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi".

1 ulasan: