Sabtu, 2 Oktober 2010

pengalaman di Jordan 1

Kongsi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang kumengerakkan jari2 tanganku ini utk menulis.Terasa agak kaku utk menulis kerana sudah lama tak menulis .Didahulukan maaf buat kalian semua kerana udah lama tak up date blog ini.Di sini bukan nak kata saya ini sangat sibuk kerana semua manusia sibuk antara sibuk ke arah kebaikan ataupun keburukan.

Sejak akhir2 ini macam2 terjadi ada yang mengejutkan, ada yang mengembirakan dan ada yang menyedihkan.Itulah warna-warni kehidupan kita. Jika ditakdirkan kehidupan kita gembira selalu dan tidak pernah merasai kesedihan sebenarnya kehidupan kita tidak pernah merasai kemanisan kegembiraan itu.Kerna itulah Allah mengatur kehidupan ini adakalanya kita gembira, adakalanya kita sedih dan adakalanya kita kita marah dan geram.Ini menujukkan bahawa Allah itu Maha Bijaksana mengatur kehidupan kita

Dalam derita ada bahagia dan dalam bahagia itu sendiri ada deritanya itulah kehidupan.Masa memang cepat berlalu, dulu aku hanya mimpi utk belajar ke Jordan dan pada hari ini kaki ku telah menjejaki Bumi Anbiya' SubhanaAllah, Alhamdulillah,Allahuakbar buatmu tanda kesyukuran buatmu ya Allah.Sebenarnay tidak tergambar perasaan ini saat melangkah ke Bumi Anbiya' ini ada rasa gembira, sedih, terkejut dan memang saat itu peraaan ku bercampur gaul.Namun yang paling aku terasa adalah perasaan malu kepadamu ya Allah kerana siapakah aku ini Ya Allah, insan yang banyak dosa dan sedikit aku bersyukur padamu dan yang sikit ilmu ini memilih aku utk belajar di Bumi Anbiya' ini. Tanpa disedari airmata ku becucuran kerana hatiku malu dan takut kepadamu.Sebelum melangkah ke airpot Terengganu ummiku berpesan padaku " Acik pergi sana bukan main2, membawa satu amanah yang besar dan bersungguhlah dlm belajar dan ingat pesanan muraabbi2 matri" Aku cuma mengangguk kerna kuingin control utk tak nak nangis.Sebelum aku berpindah dari sekolah lamaku ku talah ambik semua nasihat2 murabbiku yg mengajarku terutamanya ayah dan ummi halaqahku yang disayangi.smua pesanan antum semua terlakar di dalam hatiku dan bukuku ini.Aku akan ingat pesanan antum smua

Aku melihat keluar tingkap bas yang menghantar kami dari Amman ke Irbid bentuk muka buminya bergunung-ganang berlainan dengan Malaysia yang banyak tanah pamah. Tak hairanlah penduduk di sini gagah2, besar,tinggi dan orangnya berjalan sangat laju kerana faktor keadaan sesebuah negara itu.SubhanaAllah Maha Penciptanya Allah. Pemikiran ku tiba2 teringat akan satu ayat Qur'an surah Ali Imran ayat 191 dan ayat ini dibahaskan oleh mak cik halaqahku dulu yang bermaksud:

"(yaitu) orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk @ dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan ttg penciptaan langit dan bumi(seraya berkata)" Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2, Maha suci Engkau, lindungilah kami dr azab neraka"

Dalam tafsir Qur'an mengatakan ketika Rasulullah membaca ayat ini di depan para sahabat tiba2 banginda menangis.Maka para sahabat pun bertanya kepada baginda "Wahai Rasulullah kenapa Engkau menangis? maka Rasulullah pun bersabda yang bermaksud aku menangis kerana akan datang satu saat dimana umatku membaca ayat ini tidak merasai apa2 pun dr ayat ini.

Apa yang diperkatakan oleh mak cik halaqah ku ini sangat mendalam dan amat terkesan di hatiku ini. Hati ku menangis sambil memanjatkan doa agar aku termasuk dikalangan org2 yang membawa islam dalam keadaan islam itu dagang.

Lamunanku terhenti apabila seorang syabab senior berdiri sambil memberi pengumuman bahawa kami dah sampai. Alhamdulillah sampai juga akhirnya setelah duduk dalam bas dlm 1 jam 45 minit. Kini aku berdiri di sakan(asrama) universiti Yarmuok maka bermulalah pengembaraanku sbg perantau di sini.

1 ulasan:

  1. jika berjalan dgn kaki yg menyedari anugerah Illahi,
    serta merenung alam dgn rasa kerinduan utk mngakhiri duniawi ini,
    maka ketenangan dlm mengabdikan diri pdNya adlh anugerah yg selalu harus disyukuri.
    moga kita tergolong dlm kelompok yg 'sedikit'

    mohon doamu sahabat :)

    BalasPadam